Kejutkan aku.

85 1 0
                                    



"Selama sepuluh hari kau bekerja dengan aku, harini baru aku tau kau ni perempuan."


Hai. Aku, Aiman Syaza masih ada hidup lagi. Walaupun aku perempuan, memang menjadi kebiasaan orang lain menganggap aku seorang lelaki. Baju aku tak semengah mana. Rambut pendek juga. Perwatakan? Tak pun, sama saja. Aku waktu subjek Pendidikan Jasmani zaman sekolah pun masih main bola baling sambil menjerit-jerit (aku rasa tipikal perempuan main apa-apa game keluar bunyi...?). Lelaki main bola nampak 'cool' saja.


Aku menyusun buku-buku teori di sebuah rak seraya berkata, "Aku pernah kena tangkap dalam hostel waktu aku zaman asasi. Kebetulan, waktu tu kecoh lelaki masuk hostel. Jadi, cuba teka siapa yang paling dekat warga hostel untuk salah faham dengan keadaan macam ni?"


Aku menyeringai tunjuk muka tak ikhlas.


"Btw Redza, hand me over that book holder."


Nama pemilik soalan tadi Redza. Aku bekerja dengan dia di sebuah kedai alat muzik di satu pusat beli-belah. Tak adalah susah mana. Aku malas nak cerita lebih terperinci aku buat apa. Tetapi setakat ini, aku dah semakin selesa. Aku pun dapat curi-curi main piano akustik yang mahal di sini. Aku boleh beli barang dapur juga di kawasan ini.


"Catch!"


Aku menangkap pemegang buku itu secara refleks. Aku mengakui Redza memang berani mati. Benda ni bukan ringan! Silap kena kepala, mahu aku masuk ICU kali kedua! Aku pun terus menyusun seperti biasa tetapi aku tahu mata Redza tidak berganjak untuk memerhatikan pergerakan aku. Aku mengeluh dan pusing memandangnya dengan wajah yang kelihatan rimas. Belum sempat aku berkata apa-apa, dia seolah-olah membaca minda aku.


"Aiman, kau tak rasa badan kau susut?"


Berderau darah aku apabila segala kata adjektif yang digunakan untuk kondisi badan aku dilafazkan. Aku rasa riak wajah aku tak boleh menipu orang tapi aku cuba sembunyikan.


"Maksud kau?"


"Takda. Aku nampak baju kau pakai ni saiz tak sesuai dengan badan kau. Baju ni saiz S dah kan?"


Dia bangun dari kerusinya dan menyeluk poketnya. Tak syak, nak merokok lah tu. Sia-sia aku sembur bau vanilla dalam kedai ini nak hilangkan bau rokok dia telah tinggalkan.


"Sejak bila kau concern sampai saiz baju aku?" aku perli.


"Sebab aku lelaki."


Dia mengenyit matanya sambil rokoknya sudah terletak di mulutnya. Dia biarkan tidak menyala. Aku rasa dia faham kedai ni sudah bau elok. Dia ambil semula rokok itu diletakkan di poket belah dada kanannya.


Dia sambung sambil mengurut janggutnya, "Takda. Kalau kau betul-betul tak sihat ataupun ada masalah ke, especially pasal masalah kewangan ke, kau cakaplah. Jangan buat diam. Aku ni orang dewasa. Tahun depan nak masuk 30."


Percakapan dia bersahaja dan aku rasa dia cuma serkap jarang dengan situasi aku. Tapi entah kenapa aku rasa makin gelisah dan resah apabila dia seolah-olah boleh baca situasi aku sekarang. Tetapi tak apa, menyembunyikan emosi itu kan kerja aku yang paling handal bukan?


"Tengoklah macam mana. Setakat ni masalah aku cuma assignment saja. Ke nak tolong sekali boleh buatkan? Aku tak ada masalah..." Aku cuba tukar topik sedikit dan letak sedikit rencah lawak biar Redza lupa pasal soalan tadi.


Redza mula bertanya perihal institusi aku belajar dan maklumat peribadi aku selepas itu. Aku rasa dia ni taklah teruk mana jadikan kawan walaupun beza umur kami lebih kurang 9 tahun. Banyak juga kami bertukar cerita sampai aku tidak sedar telefon aku sudah berdering lima kali.


Aku terus melihat pemilik pemanggil yang cuba telefon aku. Mak aku rupanya.


"Haa salam mak. Maaf ada buat kerja tadi. Kenapa?"


Redza memandang aku dengan penuh tekun dan senyap. Dia tahu mak aku yang telefon aku sebab itu dia taknak cakap banyak-banyak. Takut terkeluar topik yang tak patut dibualkan ketika itu.


Dalam dua saat, aku terbaring ke belakang rak. Aku rasa jika rak itu tak ada dekat situ, aku jatuh terbaring terus. Mata aku sedikit membulat dan tekak aku menjadi kering sedikit. Redza yang nampak aku sedikit pucat dan agak terkejut terus mendekatkan diri kepada aku.


"Kenapa Aiman? Ada berita tak best?"


Mata aku masih tidak berkelip kerana terlalu tak percaya. Aku menelan air liur dan menggeleng sedikit kepala. Aku pejam mata aku menahan rasa realiti itu.


"Bukan Redza. Berita baik." Suara aku sebak.


"Eh! Jangan nangis doh! Jap tisu-tisu."


Aku tarik tangan Redza dan dia memandang aku.


"Bawak aku pergi hospital sekarang boleh?"


Dia pandang aku pelik dan buat riak mukanya, 'kenapa?'


"Yana dah bangun."

Fugue Cinta Di Dalam 4'33''Where stories live. Discover now