Jika seseorang bertanyakan aku, aku mencintai seseorang itu dengan tulus walau apa keadaan pun hatta dia seorang gadis seperti aku. Cinta aku kepada Yana kuat seperti aku dicandu sesuatu. Tetapi cinta aku kepada dia seperti duri dalam daging. Semakin ia terpendam, semakin bernanah luka di dalamnya yang pastinya lambat atau cepat, aku terpaksa buang keluar. Aku masih suka kepada lelaki, tetapi perempuan itu lebih misteri. Perempuan yang aku sanjungi mempunyai raut emosi yang aku cuba selami. Perempuan yang aku dambakan sentuhan jasadnya seperti lagakku ingin menyentuh bunga mawar tapi akhirnya terluka kerana durinya. Perempuan yang aku benarkan dia melihat aku bogel dari segala emosi. Biar dia jelas melihat aku di dalam jasad ini bukan hanya sekadar perut kosong yang aku bawa sehingga mati tetapi hati penuh kecintaan dan kesengsaraan menghadapi hidup. Dia perlu tahu aku sudah kenyang dengan rencah hidup dan dia ialah salah satu rencah kehidupan aku.
Yana, sekiranya dia tahu betapa dambaan dirinya buat aku tergila-gila, aku rasa dia akan berlari pergi meninggalkan aku yang jijik ini. Tetapi kali ini, dia membuat aku rasa bertambah keliru apakah cinta aku tidak bertepuk sebelah tangan? Apakah cinta larangan ini diterima oleh ahli bumi dan ahli langit? Argh aku kenal mana satu dosa mana satu pahala. Tetapi izinkan aku meluahkan rasa hati ini yang membengkak kerana pendam. Aku manusia bukan tempayan air yang boleh diisi simpan lama. Aku masih terseksa dengan ujian ini agar tidak melakukan sebarang noda terhadapnya. Dia terlalu suci dalam perhubungan kotor ini. Malah apabila aku cuba berlawan apa aku rasa dalam benak hati ini, hati aku semakin sakit kerana apa aku cuba usahakan dan cuba lawan adalah kerana tanda cinta aku kepadanya sangat besar dan bermakna.
Aku rasa aku mulai faham bagaimana Beethoven yang semakin pekak, semakin buka mata hatinya tentang bunyi-bunyian. Aku mengerti kenapa Syed Qutb seorang penulis yang kritis terbuka hatinya menjadi lebih damai setelah dapat mengenal erti kebenaran hidup dalam agama. Mungkin tak sama seperti dalam konteks cinta, tetapi aku percaya cinta aku adalah ujian. Tetapi cinta aku dambakan bukan hanya sentuhan jasad, tapi sentuhan hati. Yana telah menyentuh hati aku dan itu lebih dari cukup. Tapi aku tak nafikan cinta aku tak berbalas. Aku rasa aku banyak berkonflik dengan Tuhan kenapa ujian aku perlu menghadap satu kekecewaan dalam cinta larangan. Aku masih bertatih. Aku tak kuat. Sungguh aku bermonolog begini beribu-ribu patah perkataan, pedih di hati masih tidak hilang. Maafkan aku.
Nah, sekarang aku kembali dalam realiti aku. Aku memandang sebelah aku. Yana yang aku sayang. Aku dengan Yana sedang berbaring di atas katil sambil memandang kipas siling. Dada aku berombak dan otak aku semakin keliru. Aku tak tahu nak mulakan perbualan dengan dia.
"Yana, could you forget about what we did?"
Aku hanya berkata sambil memandang lagi kipas siling yang bergerak dengan kelajuan 3. Aku tidak berani memandang Yana lagi. Malu aku tak tahu nak simpan di mana lagi. Hatta, bilik ini sudah sejuk, badan aku rasa berpeluh yang dashyat. Aku dapat rasa Yana baring menghadap aku dan cuba menelek muka aku yang semakin cuak. Dia bangun dan mengeluh.
"Aiman, do you like girls?"
Aku bangun dan rasa air mata aku bertakung. Soalan jujurnya itu menyentuh hati perempuanku. Air mata aku mengalir dengan deras sampai aku tak sedar pun yang aku sedang menangis.
"Aiman mohon sangat Yana lupakan apa yang jadi."
Aku dapat rasa Yana memegang bahu aku dan aku terus melibas tangannya.
"Don't touch me! Yana saja je kan nak main-mainkan Aiman sekarang bila dah tahu Aiman macam ni?"
Suara aku serak basah. Air mata aku berjujuran lebat. Aku tidak tahu di mana lagi aku mahu letak maruah aku dengan adanya orang yang paling aku sayang mengetahui sisi buruk aku yang hodoh ini.
"Stop torturing yourself. I don't hate you Aiman. I love you."
"Your love is not same as mine. Yana tak payah nak kesiankan Aiman. Yana kena sedar, Yana tunang orang. Lelaki tulen yang boleh beri benih zuriat kepada Yana. Ada keturunan sampai ke hari tua. Kalau Yana dengan Aiman, tak dapat apa-apa cuba dapat puaskan nafsu saja."
Tiba-tiba aku dapat satu tamparan daripada Yana. Kali ini aku yang terngadah kerana terkejut. Yana sudah merah matanya kerana menangis.
"Kau cakap macam-macam pun, kau buat macam-macam pun, itu takkan buatkan aku benci kau pun Aiman. Please for once, don't bear everything alone."
"Yana jangan jadi hipokrit. Aku tak teragak tampar muka kau balik."
"YOU HAVE TO UNDERSTAND WE'RE FREAKING WOMAN!" Yana mula menjerit.
"I DON'T UNDERSTAND HUH, YOU HOW DARE YOU?! HOW DARE YOU DEAL WITH MY SEXUALLITY LIKE A PETTY MATTER??!!"
"BECAUSE YOU LIKE DAYDREAMING AND NOT TRYING TO FACE IT ALL BY YOURSELF. SEMUA BENDA KAU NAK HARAP AKU. KAU KELIRU. YOU'VE BEEN ATTACHED WITH ME SINCE WE WERE KIDS. GROW UP AIMAN. YOU ARE NOT A KID ANYMORE. AKU PENAT NAK JAGA KAU."
Riak aku berubah. Aku senyap dan terduduk.
"See. Your anger shows your utmost true what's in your heart." Aku sambung dengan suara serak lagi.
Riak Yana seperti orang baru tersedar daripada pukau. Aku rasa dia sudah terlepas cakap. Betul kata pepatah melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
"Aiman, im so sorr..."
Aku terus keluar dari rumah dengan membawa kunci keretaku. Ngauman pacuan empat roda jenama Wira memecah kesunyian rumah kejiranan. Aku memecut dengan kelajuan 180km per jam dan aku nampak kelibat kereta Yana di belakang aku mengejar aku. Aku nampak dia mula menunjukkan kepalanya keluar dan mula terpekik-pekik. Bunyinya samar tapi cukup senang untuk aku fahami. Aku hairan dan cuak kenapa dia berkata begitu tetapi aku teruskan kerana dia mengatakan,
"AIMAN, CEPAT LARI! ADA ORANG KEJAR KAU!!"
Aku terlalu ralit dengan Yana sehingga aku tidak sedar aku sudah berada di simpang tiga. Aku brek secara mengejut dan kereta aku dalam luar kawalan terus melanggar signboard hadapan. Tidak kurang beberapa saat, aku rasa hentaman kuat dari belakang keretaku agak dashyat sehingga tingkap kaca belakang pecah. Tindakan refleks aku terus menjadikan lengan aku sebagai perisai. Aku dapat rasakan tusukan serpihan kaca terbenam di lengan aku dan ya, sangat sakit.
Yana sudah tidak sedarkan diri dengan keadaan kepalanya sudah berlumuran darah. Aku mengambil pisau di dalam dashbox dan memotong tali pinggang keledar aku. Susah payah aku pergi ke tempat duduk penumpang belakang dan menjerit nama sahabat aku. Aku rasa badan aku ringan semula. Aku seperti rasa diri aku dalam mimpi. Kenapa kejadian kemalangan ini terlalu cepat dan tidak disangka-sangka? Aku memanggil semula Yana sambil tangan melambai-lambai kepadanya. Jarak antara aku dengan Yana sangat dekat sehingga aku dapat memegang jarinya. Nah, nampak tak kereta aku kemik teruk dengan hentaman yang kuat?
Aku sudah rasa tidak siuman. Kenapa ada kemalangan? Tiba-tiba dari kanan aku terdapat kereta memecut laju. Mata aku terbuntang. Aku cuba membuka pintu paling dekat tetapi sudah rosak. Tanpa berfikir panjang aku keluar dari tingkap belakang kereta yang pecah tadi dan terus turun. Kaki aku sudah bengkak dan berdarah memijak kaca. Aku buka cuba buka pintu kereta Yana juga tidak boleh. Aku menangis dan menjerit namanya agar dia sedar.
"Yana! Bangun bodoh! Kereta tu taknak berhenti! Yana! Yana! Yana!"
Aku naik semula ke atas kereta dan terus memegang tangannya. Nadinya lemah. Aku dah semakin tak keruan. Telefon bimbit pula aku tak bawa. Aku rasa nak mati waktu itu juga.
Sebelum pandangan aku gelap, telinga aku menjadi bingit dengan bunyi nyaring.
YOU ARE READING
Fugue Cinta Di Dalam 4'33''
RomanceAiman Syaza - seorang pemain piano yang menghidap anorexia nervosa. Sufi Liyana - seorang gitaris dan bakal berkahwin. "Tapi, soal masalah otak aku bukanlah tujuan sebenar aku menulis panjang lebar ni. Aku ada kisah cinta yang ingin aku kongsikan se...