BELLA Ammara melangkah tenang masuk ke dalam Pavilion seraya menuju ke food court. Selepas turunkan Sakinah di terminal bas tadi, dia terus dapat panggilan telefon daripada seseorang yang sudah lama tidak menyepi. Bila si dia ajak bertemu terus saja dia bersetuju. Ammara dah tak fikir apa. Barang pelanggan esok sajalah dia hantar.
Dia terus mencari tempat duduk paling tersorok. Bukan apa, dia tak nak sampai terserempak dengan Afiq Adam. Bukan takut tapi dia risau tak mampu untuk kawal perasaan amarahnya ini.
Kenangan pahit dijadikan pengajaran paling bermakna buat Ammara. Syukur pada yang Allah swt kerana bangunkan dia daripada lena yang agak panjang. Ammara sangat bersyukur kerana dia tidak terus terlena dengan khilafnya sendiri.
Kisah silam? Kalau boleh Ammara mahu campak jauh-jauh kisah silam itu daripada hidupnya tapi makin lama, dia makin sedar. Tak perlu campak jauh-jauh sekalipun memaksa akal dan hati untuk lupakannya. Biarkan selamanya ia tersemat dalam ingatan agar dia sentiasa ingatkan dirinya yang pernah melakukan kesilapan ketika usia remajanya.
Tetapi, dugaan yang datang menimpa dirinya langsung tidak mematahkan semangatnya. Ammara yakin, semua ini adalah dugaan buat dirinya yang kerdil ini. Silapnya juga kerana selama ini tidak pernah sedar akan kesalahan yang telah dia lakukan pada orang sekelilingnya terutama sekali pada keluarganya sendiri.
Ammara ambil tempat di sekeliling anak muda yang ramai berkumpul di meja panjang. Mujurlah, hari ini hujung minggu jadi memang food court sedang penuh dengan segala manusia. Ammara ambil tempat paling hujung. Sebaik sahaja punggung dilabuhkan telefon bimbit dikeluarkan dari beg IKEA yang sentiasa dibawanya. Lantas, jari-jemari menyentuh skrin telefon menghantar pesanan ringkas.
+Along ada betul-betul berhadapan dengan Teppanyaki meja paling tepi and paling hujung. Oh ya! Nak air Milo ais please. Malas dah nak bangun. Peace!
Tak sampai beberapa minit pesanan WhatsApp dibalas.
-Okay I saw you. What are you doing there along? Jomlah lepak Starbuck ke apa. Bisinglah sini. Ke along nak buat sesi berbisik dengan Mika?
Ammara tersenyum kecil .
+ Starbuck tak best terlalu privasi sangat. Just here. Tak apalah bukan selalu kita buat sesi berbisik. Barulah nampak macam pasangan sejoli. Werk!
- Oh may! Yalah yalah. Tunggu kejap Mika order air dulu. I watching you from here, takut ada orang ngorat kakak Mika paling cantik di abad ini. Lagi takut kalau si gila talak tu kacau along.
Ammara senyum lembut. Telefon bimbit disumbat masuk ke dalam beg IKEA yang penuh dengan barang yang akan dihantar pada pelanggannya esok.
"Air Milo ais kaw kaw for my pretty ladies." Mikhail letak dua cawan plastik Milo ais. Dia senyum manis pada Ammara yang nampak manis menguntum senyum buatnya.
"Sihat?" Mikhail hulur tangan seraya cium tangan si kakak.
"Alhamdulillah. Mika sihat?" Mikhail ambil tempat di sebelah Ammara. Diperhatikan setiap inci wajah kakak kesayangannya.
"Alhamdulillah..."
"Ada apa nak ajak jumpa ni?"
"Nak jumpa kakak sendiri pun tak boleh ke? Pelik?" Mikhail angkat kening.
Ammara tunduk cuba menahan sebak. Ini baru jumpa Mikhail, kalau jumpa Tuan Abdullah mahu menangis teresak-esak.
"Dari dulu kakak ni memang cantikkan."
Ammara tergelak. Laju tangannya menampar bahu Mikhail.
"Tak payah nak bodek sangat! Ni apa cer nak jumpa ni?"
YOU ARE READING
MY MR.BLIND DATE.
Romance"Awak pernah pergi Paris?" "You tengok I ni nampak macam berduit sangat ke nak bercuti sampai ke Paris? I nak bercuti dalam Malaysia pun kena kumpul duit bertahun-tahun. You silap orang." Namun, pertemuaan itu melelahkan Ammara. Rizki, lelaki blind...