BAB5

3.7K 83 0
                                    

Kuatnya kita hari ini kerana,

keperitan masa lalu.

Berdirinya kita sekarang kerana,

bangkit daripada jatuhnya kita dulu.

Ammara parkir keretanya di kawasan tempat letak kereta sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan terus menggunakan pengangkutan awam untuk ke Kenanga Mall. Naik kereta waktu puncak begini, hari minggu pula tu maksudnya dia tak kan sempat sampai ke Kenanga Mall.

Semenjak hidupnya berubah 360 darjah, dia banyak belajar tentang perkara baru dan yang pasti Sakinah banyak membantu. Dia begitu beruntung kerana dianugerahkan kawan sebaik Sakinah. Sahabat yang ada saat dia tergapai-gapai seorang diri di kota Kuala Lumpur ini.

Mereka bukan kawan sejak dari zaman sekolah. Sahabat di zaman remaja pun jauh sekali tetapi, mulianya hati Sakinah kerana memberikan dia tempat tinggal untuk berteduh. Bukan untuk sehari atau sebulan tetapi hampir 3 tahun.

Sakinah, seorang anak jati Pahang datang ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib keluarga. Misi hidupnya hanya satu, adik-adik harus belajar hingga ke menara gading. Biarlah dia hidup susah tetapi masa depan adik-adik terjamin.

Ammara labuhkan punggungnya. Syukurlah ada seorang lelaki memberi tempat duduk kepadanya yang sedang mengusung beg IKEA yang sentiasa diusung ke mana saja dia pergi selain beg sandang kecilnya. Sedang asyik dia mengelamun tiba-tiba...

"Opss sorry!"

Ammara sekadar angguk kepala apabila sepasang kaki tidak sengaja tersepak lembut beg IKEAnya. Dia diangkat beg itu seraya diletakkan ke atas ribanya.

Ammara angkat muka untuk melihat perhentian seterusnya. Lagi dua stesen, hati bersuara kecil. Pandangan mata Ammara beralih pada sebatang tubuh tegap yang berdiri membelakanginya. Dia mengesot ke kiri sedikit memberi ruang.

"Encik," panggil Ammara separa lembut seraya memberi isyarat mata agar si lelaki itu ambil tempat di sebelahnya. Lagipun, hanya lelaki itu seorang sahaja yang sedang berdiri.

"Terima kasih."

Ammara angguk kepala. Perlahan, wajahnya berubah riak.

"Aly?"

"Puan?" Aly mengukir senyuman lebar dan terus duduk di sebelah Ammara.

"Puan buat apa kat sini?"

Ammara senyum nipis. "Just Ammara."

"Oh! maaf..." Seraut wajah bekas majikan yang juga senasib dengannya ditatap penuh ikhlas.

Bertahun dia dan Ammara tidak bersua. Bertahun juga Aly tidak mendengar apa-apa khabar berita. Kali terakhir jumpa di hadapan vila mewah Afiq Adam tetapi pertemuan terakhir itu bukanlah pertemuan yang berakhir dengan kegembiraan.

Aly senyum sumbing.

Ammara yang perhatikan wajah Aly turut mengukir senyum. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Aly saat ini.

"Awak sihat Aly?"

"Alhamdulillah, sihat. Awak?" Aly terasa kekok ber awak-saya dengan Ammara. Dia terlalu hormatkan Ammara sebagai majikannya. Ammara seorang yang sangat tegas tetapi baik hati.

"Saya sihat. Nak ke mana?"

"Oh, saya nak pergi kerja."

"Kerja?"

Aly tersengih seraya tangan kanan menurunkan sedikit zip jaketnya. Terpampang lambang Pizza Hut di dada.

"Oh..." Ammara tunduk kepala.

MY MR.BLIND DATE.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang