BAB2

4.7K 97 0
                                    

DI RUANG legar Lapangan Terbang Paris Beauvais dia berdiri sambil menunggu gadis bernama Bella Ammara sedang menyelesaikan pendaftarannya. Hati mula tidak keruan. Sebentar lagi Bella Ammara akan berlepas pulang ke Malaysia semula dan dia akan kembali ke UK meneruskan semester ketiganya.

Meskipun, waktu perkenalan mereka terlalu singkat tetapi di negara penuh cinta ini Rizki jatuh hati pada gadis bernama Bella Ammara. Gadis berambut panjang dan senyuman yang sentiasa nampak polos, cukup membuatkan hatinya menari riang seraya melahirkan sebuah perasaan yang dia sendiri tidak pernah rasakan sebelum ini.

Pertama kali berlanggar bahu di hadapan Eiffel Tower kemudian sesi Rizki mencari sang pemilik loket emas yang terjatuh di hadapan Eiffel Tower terus mempertemukan Rizki pada gadis ini. Di situ juga sebuah perkenalan yang terlalu singkat bermula. Ammara datang ke Paris sekadar menghabiskan percutiannya dan Rizki sekadar ingin menghabiskan cuti semesternya sebelum memulakan semester ketiganya.

Dia tidak pasti apakah Ammara juga rasa apa yang dia rasakan. Tak kan perkenalan yang sesingkat ini boleh melahirkan perasaan yang aneh dalam hati? Dia keliru. Ingin saja dia minta Ammara memanjangkan lagi percutiannya di situ dengan harapan mereka dapat meluangkan sedikit masa lagi.

Bahu kanan ditepuk perlahan. Rizki tersentak seraya menoleh ke sisi.

"Berangan?" Rizki tersengih kecil.

"Eh, by the way thank you sebab pulangkan balik loket emas I. Lepas tu, habiskan masa satu hari bawa I pusing-pusing kota Paris ni. Terima kasih banyak-banyak Encik Rizki."

"Tak perlu ber enciklah. Kalau orang lain pun akan buat perkara yang sama. Life is like give and take."

Gadis manis di hadapannya menghadiahkan senyuman manis.

"Ammara..."

"Yes..."

"Are you okay?"

Dia senyum manis lantas seraut wajah Daniel Rizki yang sedang berdiri di sisinya dipandang lama. Tak pernah dia rasakan perasaan aneh sebegini.

Perasaan tatkala mata memandang seorang lelaki dengan mata hati. Perasaan saat hati tidak mampu mengungkapkan apa yang bermain di dalam hati saat lelaki di hadapannya ini memberikan senyuman yang membuatkan seluruh hatinya menari.

Dia angguk kepala. "Insya-Allah, saya okey."

"You rasa kita boleh jumpa lagi tak lepas ini?"

"You nak jumpa I lagi ke?" Ammara angkat kening selamba. Rizki tergelak kecil seraya belakang tengkuknya disentuh.

"Insya-Allah kalau ada masa dan panjang umur kita jumpa lagi. Jaga diri Daniel Rizki." Ammara angkat tangan siap buat gaya 'peace'.

"Ammara..."

Baru sahaja hendak melangkah pergi lengan kanannya disambar Rizki. Ammara terdiam kaku seketika. Hati berdegup kencang. Perasaan apa ini, ya Tuhan?

"Kita akan jumpa lagi, kan?"

Ammara tunduk. Dia cuba kumpul seberapa banyak kekuatan. Tak kan nak tumpahkan air matanya di hadapan Rizki yang baru dia kenali tak sampai 24 jam. Apa pun perasaan yang sedang bermain saat ini dia harus mencampaknya jauh-jauh.

"Insya-Allah." Jawapan yang sama lagi.

Rizki akur. Genggaman tangannya pada lengan Ammara dilepaskan. Ammara tarik nafas panjang seraya melangkah. Dia cuba untuk gagahkan diri. Selangkah demi selangkah dia berharap kenangan di Paris tidak akan dibawa pulang ke Malaysia.

MY MR.BLIND DATE.Where stories live. Discover now