Ammara sekadar ikut saja langkah Rizki dari belakang. Rasa macam tak layak nak berjalan sebelah lelaki kacak dan kaya seperti Rizki ini. Ammara sedar dia harus berpijak pada dunia yang nyata. Siapa dia jika nak dibandingkan dengan lelaki yang penuh berkarisma ini.
Nak jumpa puan sri pun Ammara dah kecut perut. Mana tahu ibunya si Rizki ni spesies yang dalam drama Akasia tu. Siapa tahu kan, tapi tak kan kut sebab awal-awal lagi dia dah siap scan wajah ibu si Rizki ni. Memang nampak baik dan tenang. Tak nampak pun ada aura-aura antagonis.
Ammara ikut langkah Rizki yang berjalan masuk ke ruangan makan. Dia biarkan Rizki melilau mencari ibunya.
"Ibu..." Rizki salam tangan puan sri.
Entah kenapa dia rasa malu. Rasa macam tengah menghadap mak mentua rasanya. Bezanya, ibu Rizki nampak lembut orangnya jauh sangat dengan mummy Afiq Adam yang kasar dan...
Ammara hela nafas perlahan. Dia tak nak ingat. Kalau boleh dia mahu lumpuhkan ingatannya tentang apa yang pernah dilakukan oleh ibu mentuanya dahulu.
Afiq Adam? Mata Ammara redup memandang ke lantai. Sepotong nama itu tak pernah hilang dari ingatan. Rasa takut sentiasa menyelubungi diri. Kenangan pernah jatuh cinta dan ditinggalkan oleh orang yang paling dicintai buatkan dia mula takut untuk jatuh cinta lagi. Cukuplah...
"Ni abang bawakan penyelamat ibu. Susah betul nak angkut dia jumpa ibu."
Ammara angkat muka seraya tersenyum manis. Tangan dihulur. Angkut? Ingat kita ni peti ais ke dia nak main angkut-angkut pula? Sempat dia jeling Rizki.
Ya Allah! Sebak hatinya apabila puan sri tiba-tiba saja menariknya ke dalam pelukan. Lama puan sri memeluknya. Ammara pejam mata rapat seraya membalas pelukan puan sri. Makin kuat rasa rindu dia pada mamanya.
Rizki sekadar senyum manis. Suka dia melihat wajah Ammara tersenyum manis.
"Jadi, kita nak ke mana lagi?"
"Nak cari perabot sekejap untuk kondo baru abang tu. Ammara okey, kan?"
Ammara sekadar senyum lembut. Tak kan tak setuju pula kan. Lagipun, dia pun nak cuci mata juga. Sakit hati dengan kerusi di rumah Sakinah yang memang layak ditendang keluar. Mana tahu ada set meja makan yang murah kalau boleh dan ada rezeki lebih dia nak tukar set meja makan di rumah Sakinah itu. Rasa sakit tersembam ke lantai masih tak hilang lagi.
Ammara jalan beriringan dengan puan sri. Dia selesa saat bersama Puan Sri Nia yang peramah dan senang berbual.
Matanya melilau segenap ruang showroom di bahagian set meja makan. Pelik dengan Rizki. Kata orang kaya tapi beli barang perabot dekat IKEA aje? Kenapa tak tempah dekat luar negara? Bukan banyak duit ke? Ke memang stock sayang nak keluarkan duit?
Ammara geleng kepala laju. Tak kanlah Rizki ni jenis kedekut? Kali pertama jumpa pun dah boleh describe Rizki sejenis manusia yang :
Tak berkira. Tengoklah sanggup beli tiket dinner in the sky dengan harga tiga kali ganda semata-mata nak makan di udara tapi sebenarnya membazir tau!
Tak berkira juga. Sanggup keluarkan duit untuk tukar cat kereta sekali dengan barang-barang dalam Kancil yang memang sepatutnya semua kena tukar siap dengan sport rim sekali tau!
Itu baru describe Rizki jenis kedekut ke tidak tapi cuba describe luaran Rizki macam mana pula.
Muka memang kalah Afiq Adam. Mula-mula ingatkan ada darah campuran tapi rupanya memang original made in Malaysia.
YOU ARE READING
MY MR.BLIND DATE.
Любовные романы"Awak pernah pergi Paris?" "You tengok I ni nampak macam berduit sangat ke nak bercuti sampai ke Paris? I nak bercuti dalam Malaysia pun kena kumpul duit bertahun-tahun. You silap orang." Namun, pertemuaan itu melelahkan Ammara. Rizki, lelaki blind...