BAB9

3.3K 80 0
                                    


Budi ikutkan saja arahan dari Tuan Abdullah untuk menghantar majikannya ke pejabat. Ikutkan hati dia tak mahu hantarkan. Lagi-lagi dengan keadaan majikannya yang masih belum sihat sepenuhnya.

Mikhail, awal-awal lagi dah beri arahan jangan benarkan Tuan Abdullah masuk ke pejabat selagi majikannya itu belum betul-betul sihat tapi, siapa yang berani tolak arahan Tuan Abdullah?

"Terus hantar tuan ke pejabat ke?"

"Sebelum tu Budi, tolong berhentikan saya kat satu tempat ni dulu."

Budi angguk kepala perlahan.

Bagi Budi, setiap arahan dari Tuan Abdullah perlu dilaksanakan walaupun ada ketikanya arahan itu membuatkan dia agak keberatan untuk laksanakan. Setiap kali Tuan Abdullah minta dihantarkan ke pejabat, hati Budi pasti berat. Dia lebih suka Tuan Abdullah berehat saja di rumah.

"Tuan, saya nak cakap sikit boleh?" Mata Budi mengerling cermin pandang belakang. Melihat majikannya mengangguk, Budi tarik nafas panjang cuba menyusun kata. Takut juga kena sembur dengan Tuan Abdullah.

"Masa tuan masuk hospital kat KL, saya ada nampak Ammara."

Wajah Tuan Abdullah nampak tenang saja. Selama ini Budi tak berani nak sebut nama Bella Ammara di depan Tuan Abdullah tetapi tak tahu kenapa hari ini hatinya terasa mahu saja sebut nama gadis itu di hadapan Tuan Abdullah.

Tuan Abdullah hembus nafas perlahan.

"Saya pun nampak..." Perlahan saja Tuan Abdullah bersuara.

Dari cermin pandang belakang, Budi cuba cari riak wajah seorang ayah. Dia terdiam saat melihat Tuan Abdullah seperti mengesat air mata.

"Tuan masih marahkan Ammara lagi ke?"

Bertahun berlalu, Budi pun sudah lama bekerja dengan Tuan Abdullah dan dia sentiasa berharap hubungan antara Bella Ammara dan Tuan Abdullah berakhir dengan satu ikatan yang utuh.

"Marah seorang ayah ni lain, Budi. Marah seorang anak pun lain. Awak doa sajalah semoga perkara ini cepat berakhir."

Budi sekadar angguk kepala. Dia tidak pernah sekali pun berhenti untuk mendoakan kebahagiaan keluarga Tuan Abdullah malah, dia berharap kebahagiaan yang sebenar akan hadir.


"MINUM dulu."

Tin soya dihulurkan pada Ammara yang sedang jauh termenung di luar wad kecemasan.

"Insya-Allah semua akan baik-baik. You janganlah risau. Muka you macam tu lagilah buat I risau. Doktor pun cakap tak ada apa yang parah pada kawan you tu."

"Tragedi tu dah lama sangat berlalu. Dah 3 tahun lebih dah tapi kenapa sekarang? Kenapa Aly? Apa yang dia tak puas hati lagi?"

Kesian Aly jadi mangsa. Dia tak sangka selama ini Afiq Adam pasang orang perhatikan gerak langkah Aly. Kenapa Aly? Kenapa bukan aku? Kenapa dia nak hukum orang yang tak bersalah?

Aly teruk dibelasah beberapa orang gengster. Ia terjadi selepas beberapa hari dia dan Aly bertemu secara tak sengaja di LRT minggu lepas. Pasti Afiq sangka yang selama ini Aly dan dia memang ada hubungan.

"Eh, you nak ke mana?" Cepat-cepat Rizki tarik tangan Ammara.

"I nak pergi cari Afiq. I nak bersemuka dengan dia."

"Sabar, duduk dulu." Rizki tarik tangan Ammara semula.

"You nak I sabar macam mana lagi? Aly teruk kena belasah sedangkan Aly tu tak salah apa pun. Kita orang baru terserempak minggu lepas dan tiba-tiba dia kena belasah dengan gengster mana entah! Ini semua kerja Afiq!"

"I suruh buat laporan you tak nak."

"Aly yang tak nak. Ikutkan hati I ni memang I nak buat report polis."

"Jadi, you kena hormat keputusan Aly. Ada sebab kenapa dia tak nak besarkan masalah ini."

"Sebab? Sebab apa?" Nada suara Ammara kembali reda.

"Dia tak nak babitkan you. Dia tak nak ada masalah lain yang datang. Lagi-lagi datang kat you. You tak pelik ke kenapa selama ni bekas suami you pasang spy kat Aly bukan pada you?"

Ammara terdiam. Mindanya ligat berfikir.

"Bekas suami you tak nak Aly dekat dengan you. Apa yang jadi kat Aly hari ni mungkin amaran kecil dari bekas suami you tu. Amaran pada Aly jangan dekat dengan you. Jadi, nasihat I kalau Aly tak nak buat laporan polis, untuk hari-hari akan datang dia kena jauhkan diri dari you kalau dia tak nak bekas suami you buat benda lagi teruk dari ni."

"You cakap macam kenal dengan bekas suami I tu."

Rizki tersengih kecil. "I just wonder. You ni sebenarnya kahwin dengan gengster KL ke?"

Pap! Laju penampar hinggap ke bahu Rizki.

"Dah okey ke? Dah tak marah lagi? Ada rasa nak pergi cari bekas suami you tu lagi tak?"

Ammara sorok senyum kecilnya. Sungguhlah tak menyesal ajak Rizki teman dia hari ni. Pandai sungguh kawal emosi orang.

"You tak nak sambung ke cerita you yang tergantung kat IKEA tadi?"

"Ingatkan dia dah lupa."

"Mana boleh lupa. Sambunglah..."

"Kat Korea I jumpa dengan Afiq. Kami bercinta. I tak sempat pun habiskan belajar. I balik Malaysia lepas Afiq ajak I kahwin. Benda baik tak kan nak lambatkan, kan? tapi keluarga I tak setuju. Papa menentang habis-habisan pilihan I. Masa tu I tetap berkeras nak kahwin dengan dia. Pendekkan cerita, I kahwin dengan dia tanpa restu keluarga. Tahun pertama perkahwinan kami memang indah, tak ada apa yang kurang tapi sampai satu malam tu..."

Ammara tarik nafas panjang. Ibarat mengali kembali kenangan pahit itu. Kenangan yang telah ditanam dalam-dalam. Kenangan yang penuh dengan penyesalan. Kenangan yang telah membuka mata dan hati seorang Bella Ammara.

"Aly dulu kerja sebagai pemandu peribadi I. Ada satu malam tu I tak larat nak bangun pergi klinik. Afiq pula outstation. I tak bagi tahu dia sebab tak nak ganggu kerja dia. Jadi, I telefon Aly minta hantar pergi klinik. Masa I nak masuk dalam kereta, I nak pitam jadi Aly cuba nak papah dan tiba-tiba Afiq pula muncul dengan mak mentua I. Mak mentua I tuduh I macam-macam dan hasut Afiq macam-macam. Mak mentua I memang tak suka I dari mula dan kat situlah bermulanya Afiq tuduh I curang. I cuba nak terangkan dekat dia tapi Afiq lebih percayakan apa yang dia nampak dan dekat situ juga dia ceraikan I dengan talak 3 tanpa dengar satu pun perkataan dari mulut I."

Rizki hanya mendiamkan diri. Mungkin tidak sangka apa yang dia dengar dari Ammara.

Ammara kesat sedikit air matanya.

"Jadi, maksudnya you memang tak pernah pergi Paris?"

"I dah bagi tahu you dari awal lagi, kan? You yang tak nak percaya."

Rizki sekadar membalas dengan senyuman hambar. Ammara pula diserbu rasa bersalah. Apa yang patut dia cakap? Beritahu kebenaran tapi nak ke Rizki dengar? Boleh ke Rizki terima?

Bahu Rizki dicuitnya selamba. Senyuman manis dihadiahkan.

"Thank you for today. Kalau you anggap I flashlight, I nak anggap you angin."

Rizki tergelak. "Kenapa angin?"

"Angin kita tak nampak tapi kita dapat rasa dan itulah you," bisik Ammara.

MY MR.BLIND DATE.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang