BAB10

4.8K 110 3
                                        

"Abang..." Panggil puan sri dari tingkat bawah.

"Ya, bu..." Rizki baru saja rebahkan badannya. Malas sungguh nak keluar dari bilik.

Malam-malam ni ibu tak tidur lagi ke? Rizki panjangkan leher melihat jam di atas meja. Dah larut malam rupanya. Dia baru saja sampai rumah dari berjumpa Ammara atas urusan perubatan Aly.

"Ni sepupu kesayangan datang."

"Bu, suruh dia naik atas. Abang penatlah nak turun." Hilang mood sungguh bila dengar perkataan 'sepupu kesayangan'.

Dari berbaring dia ambil tempat duduk di luar balkoni biliknya. Anak mata meratah pemandangan di malam hari. Angin malam yang sepoi-sepoi menolak rambutnya ke belakang.

"Bro!" Tegur satu suara yang baru sahaja melangkah masuk dan menutup pintu biliknya.

Rizki toleh ke belakang. Siap dengan pandangan tajam pada wajah si sepupu. Pemetik api dan sebatang rokok Dunhill dibakarnya. Berkepul-kepul asap rokok terbang dibawa angin malam.

"Muka kau macam nak bunuh aku dah kenapa?"

Rizki ketap gigi. "Kau ni memang patut kena bunuh."

Si sepupu tayang muka tak bersalah.

"Aku dah cakap jangan masuk campur! Biar aku selesaikan semua."

"Aku tak nak budak tu rosakkan rancangan aku."

"Rancangan apa? Nasib budak tu tak cedera parah. Dia tahu kau yang hantar budak pukul dia! Aku tak nak terbabit dalam cerita pukul memukul ni. Kau jangan ikut suka hati kau. Sebabkan baran kau nilah kau hilang bini kau sendiri!"

"Bella tahu?"

Rizki diam. Dia biarkan persoalan Afiq Adam itu tergantung. Itu bukan soalan yang patut untuk dia jawab. Cukuplah masalah yang dia dah hadap hari ini.

"Boleh tak lepas ni kau biarkan aku selesaikan semua?"

"Tunggu kau selesaikan semua? Berapa lama? Sebulan? Dua bulan? Ke dua tahun? Bro, aku dah tak boleh tunggu. Aku nak Bella Ammara!"

Rizki tarik kolar baju Afiq Adam.

"Kau boleh sabar tak? Masalah ni semua datang dari kau sendiri. Kau pergilah marah mummy kau tu! Ada otak lain kali fikir sikit. Bini kau tu tak salah apa-apa, yang salah mummy kau. Kerja nak memfitnah orang!" Rizki lepaskan geramnya.

Fikirkan apa yang Bella Ammara ceritakan padanya tadi, memang tak boleh diterima dek akal. Mak long pun satu, perangai gila darjat tu tak pernah berubah! Rumah tangga anak sendiri pun nak dihancurkan. Kan tak pasal-pasal manusia sorang ni dah jadi gila talak.

"Aku tak boleh sabar! Aku nak bini aku!" Badan Rizki ditolaknya kasar.

Wajahnya diraup kasar. "Okey! Salah aku. Aku mengaku memang semua salah aku. Aku ikutkan sangat perasaan marah ni. Aku percayakan sangat apa yang mummy cakap sampai aku tak percaya kat bini aku sendiri. Sekarang ni aku dah tak boleh nak buat apa-apa. Kau sorang je yang boleh tolong aku."

Rizki diam. Lama dia mendiamkan diri. Ada beberapa persoalan mula bermain di fikirannya. Rasa bersalah mula menerpa hatinya. Sanggup ke dia bawa Bella Ammara masuk semula ke dalam keluarga yang pernah menganiayanya? Rizki geleng kepala perlahan menolak semua rasa kasihan yang perlahan memujuk hati.

Afiq Adam pegang bahu Rizki. "Bro, kita sama. Misi kita satu. Kau dapat Bella Ammara untuk aku dan aku akan bagi tahu kau kat mana kembar dia, senang kan. Bukan susah pun apa yang aku nak kau buat. Kau rapat dengan dia. Kau ambil hati dia dan kau ajak dia kahwin dengan kau. Satu hari pun jadilah, bro dan kau ceraikan dia."

MY MR.BLIND DATE.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang