Jarang nak dengar puan sri ni sakit. Masuk hospital lagilah jauh sekali. Ini kali pertama, rasa nak gugur jantungnya saat dia diberitahu. Mahu tak gugur bila orang lain yang jawab telefon.
"Ssshh..." Puan sri beri isyarat supaya Rizki tidak bersuara seraya mengerling ke sisinya.
Perlahan anak mata Rizki jatuh pada seraut wajah yang sedang elok terlena di sisi ibunya. Tangan kanan siap melingkar ke pinggang ibunya lagi. Bella Ammara!
Rizki tersengih. Sumpah! Nak ketawa kuat-kuat. Sungguhlah waktu macam ni rasa nak sekeh-sekeh kepala si budak 'mangkuk ayun' yang sedang elok terlena.
"Ibu okey?" Soal Rizki dengan nada berbisik. Puan Sri angkat tangan tunjuk tanda good.
"I'm so worried about you." Bisik Rizki seraya ambil tempat di sisi Puan Sri dan berhadapan dengan Ammara yang nampak sedang lena dibuai mimpi.
Penat sangat ke jadi penyelamat? Bibir Rizki mengukir senyum lebar.
"Ibu okey.."
Anak mata Ammara terpisat-pisat. Perlahan kepala diangkat. Tengkuknya diurut perlahan apabila terasa kebas. Anak mata dibuka cuba menerima cahaya lampu. Dahinya berkerut apabila kanta matanya mula menangkap bayang seseorang yang sedang duduk berhadapan dengannya. Bola matanya digosok beberapa kali.
"You buat apa kat sini!" Nada suara Ammara seakan menjerit dek terkejut melihat wajah tak bersalah Rizki yang sedang memerhatikannya.
Dah berapa lama dia kat situ? Jangan cakap dia tengok aku tidur. Malunya!
"Peace." Rizki buat muka selamba siap angkat tangan tunjuk gaya lagi. Puan Sri yang sedang terbaring sekadar menjadi penonton.
"My mom."
Sepatah saja perkataan keluar dari mulut Rizki sudah cukup buatkan Ammara hampir rebah. Mak Rizki? Dahi Ammara berkerut. Dia perhatikan wajah puan sri dan Rizki silih berganti. Sumpah rasa nak pitam! Kenapalah dia boleh tak sedar dan tak cam langsung suara lelaki itu tadi? Masalah besar!
"Abang kenal ke?" Soal puan sri.
Ammara alih pandangan pada puan sri dan senyuman manis diberikan.
"Terlebih kenal dah." Jawab Rizki selamba. Anak matanya masih tidak lari memandang wajah comel Ammara.
"Kawan abang?"
Ammara angguk. "Saya rasa saya nak minta diri dulu."
"Awalnya. I hantar you balik." Rizki bangun dari kerusinya.
"Tak apa! Err... maksud I tak apalah. You jaga ibu you."
"Eh tak apa, auntie dah okey dah. Tadi pengsan sebab pitam je. Malaysia ni panas sangat."
"See..." sambung Rizki siap tayang muka tak bersalah.
Ammara jeling Rizki sebelum alihkan pandangannya pada puan sri. Nasib baiklah ibu kau ada kat sini. Kalau tidak hesy... lama dah aku angkat kaki. Ammara ketap gigi kejap.
"Tak apalah. Saya ke toilet kejap." Cepat-cepat Ammara atur langkah keluar dari dari situ.
Sungguhlah, jantung rasa nak pecah bila lihat muka selamba 'tenuk' Rizki. Mesti dia tengok aku tidur tadi. Ya Allah, malunya! Dahinya ditepuk lembut seraya kaki terus diayun laju.
AMMARA bilas wajahnya seraya menatapnya pada dari biasan cermin.
![](https://img.wattpad.com/cover/142509566-288-k258050.jpg)
YOU ARE READING
MY MR.BLIND DATE.
Romance"Awak pernah pergi Paris?" "You tengok I ni nampak macam berduit sangat ke nak bercuti sampai ke Paris? I nak bercuti dalam Malaysia pun kena kumpul duit bertahun-tahun. You silap orang." Namun, pertemuaan itu melelahkan Ammara. Rizki, lelaki blind...