15 JANUARY 2014
=LuhanPOV=
"Hyung , hari ni balik nak tumpang k ? Aku kasihankan Lay lah . Selalu je tumpang kereta dia kalau hyung ada meeting . Hari ni tak ada kan ? Tumpang eih ?" rayuku .
"Hmm , okay !" balas Cikgu Sehun .
Selesai breakfast , aku bergerak ke kereta hyung untuk ke sekolah . Aku pun masuk ke dalam kereta . Sedang aku membetulkan kedudukanku di dalam kereta itu , aku terdengar bunyi telefon . Aku tercari - cari arah dari mana datangnya bunyi telefon itu .
Cikgu Sehun yang baru sahaja masuk ke dalam kereta menegurku .
"Ni apahal pulak pasang lagu 'Gom Se Ma Ri Ga' pagi-2 ni ?" tanya Cikgu Sehun kepelikan .
"Eh , bukan aku lah yang pasang . Aku pun tak tahu datang dari mana lagu tu ." balasku yang masih lagi tercari - cari . Tiba - tiba aku ternampak satu telefon berwarna pink di bawah tempat dudukku . Telefon itu masih lagi bergetar dan menyanyikan lagu itu .
"Oh , jadi dari situ la datangnya bunyi tu . Ingat ke kau yang pasang tadi . Tapi telefon tu kau punya ke ? Sejak bila kau minat pink ni ? Eeee tak gentleman langsung ." tanya Cikgu Sehun lalu membuat muka menjengkelkan .
"Hyung ni ! Bila pulak ni jadi telefon aku ? Sape punya pun aku tak tahu !" marah aku lalu menghidupkan telefon itu . Aku melihat skrin telefon itu terpapar wallpaper gambar seorang gadis membuat jari berbentuk V *✌* .
"Eh , ni bukan Hyuna ke ?" tanya aku kebingungan .
"Ha'ah laa . Ni Hyuna la !" balas Cikgu Sehun mempersetujui kata-2ku . Namun , dibalas dengan pandangan blur olehku . Tiba - tiba Cikgu Sehun juga memandang aku pelik .
"Mana hyung kenal dia ?/ Mana kau kenal dia ?" serentak soalan itu keluar daripada mulutku dan juga Cikgu Sehun .
"Dia kan sekelas dengan aku . Hyung ?" balas aku selamba .
"Hyung tumpangkan dia balik semalam . Aaaaaa ! Mungkin sebab tu la telefon ni boleh ada kat sini . Mungkin dia tercicir kot ." balas Cikgu Sehun pula .
.....
(Suasana menjadi sunyi sepi seketika)
"Oh , biar aku yang pulangkan ." kata aku mengakhiri perbualan mereka . Biarpun masih ada banyak soalan yang sedang bermain di mindaku bak kanak-2 tadika first time jumpa taman permainan . Tetapi , bagiku memulangkan telefon itu lebih penting . Ya !
"Hmm , kau pulangkan lah . Lagi pun tak ada waktu hyung mengajar kelas kau hari ni kan ? Tapi ,... nanti kejap ." percakapan Sehun berhenti di situ . Selepas memeriksa sesuatu dalam telefon itu , dia pun menghidupkan enjin keretanya dan pergi ke suatu tempat .
"Hyung , eodiga ?" tanyaku yang dari tadi bingung .
"Adalah ." jawab Cikgu Sehun lalu mengangkat keningnya .
(≧﹏≦)(≧﹏≦)(≧﹏≦)
=HyunaPOV=
Kira-2 pukul 6 : 30 pagi aku bangun . Hmmm , macam biasalah . Tapi kelmarin aku bangun terlajak awal . Hehee mungkin betul bak kata eomma ,'Awal bangun ? Excited lah tu .'
Haha . Tapi mujurlah aku dah tanam sifat bangun awal pagi walaupun telefon aku tak berbunyi hari ni . Selalunya aku akan pasang alarm di telefon aku dan telefon tu akan berbunyi setiap pagi untuk mengejutkan ku daripada tidur . Aku berhasrat untuk mandi dan bersiap dahulu sebelum sambung kegiatan mencari telefonku yang terhenti semalam akibat mengantuk . Selesai bersiap , aku memulakan aktiviti mencari .
Selepas beberapa minit mencari , aku masih lagi tidak jumpa . Hadoi . Kat manalah aku letak erk ? Aku pun berputus asa . Aku turun ke meja makan untuk bersarapan . Kemudian , aku dan eomma bertolak ke sekolah kira-2 pukul 7 : 25 pagi.
YOU ARE READING
You're Under Arrest For Stealing My Heart ♥ [EXO] (ON HOLD)
FanfictionPark Hyuna seorang gadis biasa berusia 17 tahun . Dia amat bahagia di sekolah lamanya . Namun , disebabkan urusan perniagaan eomma nya, dia harus berpindah di sebuah sekolah baru di Gandong-Gu , Seoul . Di sana Hyuna bertemu dengan pelbagai jenis ma...