18 JANUARY 2014
=HyunaPOV=
Aku terasa ada something yang berbulu bulu langgar telinga aku . Aku bukak mata aku perlahan-2 dan .....
KRIS ?!
Apa dia buat kat sini ? Dan dia pegang apa tu ? Bulu ayam ? Kuajak betul dia kejutkan aku pakai bulu ayam -,-
Aku hampir hampir tak ingat yang dia tumpang tidur kat rumah aku semalam . Tapi apa dia buat kat bilik aku ?
"Bangun ! Eomma dah panggil . Tak malu bangun lewat ." kata dia . Aku terperanjat . Bangun lewat ?
Aku segera tengok jam di telefon ku . A'ah dah nak pukul 7:30 pagi . Lewat gila aku bangun hari ni . Alarm aku tak bunyi ke , aku yang tak perasan ?
Aku pun bangun daripada tidur dan mencapai tualaku dalam keadaan mamai .
Tiba-2 aku tengok Kris masih lagi tak berganjak daripada bilik aku .
"Ehh , keluarlah . Saya nak mandi ni . Nak buat apa dalam bilik saya ni ?" tanyaku . Kelopak mataku masih lagi berat .
"Hmmm .." dia terus keluar daripada bilik aku dan tutup pintu . Tapi tak lama lepas tu , pintu terbuka kembali .
"Ehh jangan lupa nak turun makan ...."
"Tahu lah !" kataku lalu segera ke bilik mandi . Pintu tu ditutup kembali .
Tapi , macam tadi , pintu terbukak sekali lagi . Kelihatan Kris masuk bilik aku balik .
"Mandi tu cepat sik ...."
"Keluar !" aku dah naik bengang . Aku terus bergerak ke arah dia dan menolak dia keluar daripada bilikku . Aku menutup pintu bilik dan mengunci .
Kedengaran dia masih berkata - kata .
"Cepat sikit !" kata dia dalam suara yang agak kuat . Tu je perkataan terakhir yang aku dengar dari dia . Lepas tu senyap terus .
Aku pun terus menuju ke bilik mandi .
Selesai mandi , aku turun ke bawah nak makan sarapan .
"Hey , anak eomma dah bangun . Ingat ke nak tak nak pergi sekolah tadi . Nasib baik si Kris ni tolong kejutkan ." ujar eomma . Aku memandang Kris dengan pandangan yang tidak menyenangkan . Serabut betul aku dengan dia ni . Eomma pulak asyik-2 nak puji dia .
"Kris , awak tak tukar baju ke ?" tanyaku apabila mendapati Kris masih lagi berpakaian biasa .
"Saya tak bawa baju sekolah . Nanti saya singgah kat rumah saya lah ." jelas dia .
Aku hanya mengangguk .
"Kris , nanti eomma hantarkan kamu ke rumah kamu okey ?" tanya eomma .
Kris terus menolak .
"Tak apa lah . Biar Kris pergi dengan teksi ." ujar Kris .
"Tak apa lah . Biar eomma yang hantarkan . Dah alang-2 nak hantar Hyuna ke sekolah , baek eomma hantar kamu sekali ke rumah kamu dan ke sekolah ."
"Eh ? Tak apa lah ." kata dia menolak .
"Tak apa . Eomma hantar kamu ke rumah kamu dulu . Lepas tukar baju , kamu pergi lah sekolah sekali dengan Hyuna ya ? Eomma hantar ." ujar eomma . Aku terlopong walaupun cereal dalam mulut aku ni penuh . Rajin betul eomma ni -_-
Tangan aku dah pun menarik - narik alas meja makan yang tak berdosa tu menahan rasa geram tengok muka Kris . Jangan terkoyak sudahh .
Kris hanya menyetujui percakapan eomma setelah dipujuk berkali - kali .
Aku tiba di sekolah dengan Kris selepas aku singgah kat rumah dia . Dia tak tunjukkan rumah dia . Dia suruh eomma berhentikan kereta tepi jalan . Dia kata dia boleh jalan sendiri . Pelik betul lah aku dengan dia ni . Eomma pulak ikut je apa yang dia cakap .
Hishhh -,-
Aku terus masuk ke kelas dengan Kris . Tapi , tiba-2 kami mendapat pengumuman daripada pengetua untuk segera ke tapak perhimpunan . Ni mesti nak bagi ceramah free ni .
"Okey hari ni , saya nak lancarkan satu program nak bantu pelajar menguasai bahasa inggeris dengan baik . Oleh itu , saya nak kamu semua tolong patuhi peraturan program ini . Antara peraturannya ialah :-
1. Pada setiap hari jumaat , pelajar dan guru dikehendaki menggunakan bahasa inggeris . HANYA INGGERIS .
2. Para pelajar tidak boleh sama sekali bercakap menggunakan hangul walaupun anda tidak tahu perkataan apa yang boleh digantikan . Jika tidak tahu hanya diam .
Hanya dua peraturan hanya kamu harus patuhi . Tetapi walaupun peraturannya agak ketat , ada jugak kelonggarannya .
Antara kelonggarannya ialah :-
1. Ketika rehat kamu boleh menggunakan hangul .
2. Ketika mempelajari matapelajaran hangul .
3. Jika diizinkan oleh guru yang mengajar . Sebagai contoh , cikgu yang mengajar tidak mahu bercakap bahasa inggeris , apabila cikgu itu mengizinkan para pelajarnya tidak berspeaking , kamu dibenarkan menggunakan hangul . Tetapi hanya ketika waktu pembelajaran subjek itu sahaja . Waktu pembelajaran subjek lain , terserah kepada cikgu masing-masing .
Kamu semua faham ? Cikgu-cikgu boleh memulakan program ini minggu depan . Jika mahu , cikgu juga boleh memulakannya hari ni .
Okey , semua pelajar boleh bersurai . Sila kembali ke kelas masing-masing sekarang juga ." panjang lebar keterangan yang diberikan oleh pengetua .
Aku tak setuju betullah dengan arahan ni . Aku tak suka speaking . Dah lah BI aku teruk . Memang gila lah .
﹋o﹋
#Wait for the next part !
#Voteeeee ✌
#Selamat Kembali Ke Sekolah -,-
YOU ARE READING
You're Under Arrest For Stealing My Heart ♥ [EXO] (ON HOLD)
FanfictionPark Hyuna seorang gadis biasa berusia 17 tahun . Dia amat bahagia di sekolah lamanya . Namun , disebabkan urusan perniagaan eomma nya, dia harus berpindah di sebuah sekolah baru di Gandong-Gu , Seoul . Di sana Hyuna bertemu dengan pelbagai jenis ma...