=HyunaPOV=
Aku , Kris dan Luhan keluar daripada balai polis setelah hal ini selesai . Aku nak balik , tapi Kris ajak aku dan Luhan pergi jalan-jalan pulak . Katanya , dia bosan .
Hmmm , aku dengan Luhan pun ikut je lah Kris sambil melayan perasaan aku yang agak terkejut dengan surat yang diberikan kepadaku . Memang aku tak percaya apa yang aku baca . Aku memang .... hurh ! Speechless aku dibuatnya .
Luhan kata dia nak beli ais krim setelah dia nampak ada gerai ais krim kat depan . Aku memesan perisa strawberi manakala Kris pulak pesan perisa coklat . Luhan pun meninggalkan aku dan Kris di bangku berdekatan gerai itu .
--FLASHBACK--
Isi surat itu .
Pada muka surat hadapan .
'To My Dearest Daughter , Hana Kim'
Bila aku bukak sampul surat tu , aku nampak ada tulisan yang agak besar terpapar kat muka depan surat aku yang mempunyai tiga halaman .
'Happy 4th Birthday Hana !
Eomma Appa loves you !'
Air mataku dah pun berguguran ketika itu . Aku teringatkan eomma dan appa . Aku rindu mereka .
Halaman kedua pula telah ku buka . Aku menghayati tulisan yang terdapat pada helaian kedua itu .
'Hana dah besar dah . Jadi , boleh lah eomma bagitahu satu rahsia kepada Hana . Ermmm , eomma tak tahu macam mana nak bagitahu tapi , nampaknya eomma kena bagitahu jugak .
Masa eomma lahirkan kamu , kamu bukan keseorangan . Kamu mempunyai seorang abang kembar . Namun perbezaan waktu lahir kamu dan dia hanya satu minit . Jadi , dia dah jadi abang kamu . Kamu berdua ni kembar yang tak seiras .
Sekarang umur dia jugak 4 tahun macam kamu . Namun , apakan daya eomma tak boleh nak sambut hari jadi dia bersama kamu disebabkan dia dah hilang di hospital sewaktu malam eomma melahirkan kamu berdua .
Eomma tak tahu macam mana boleh hilang . Pihak hospital pun tak tahu macam mana abang kamu boleh hilang . Masa tu lah masa yang paling sedih sekali bagi eomma . Tapi , kamu perlahan-lahan menghilangkan kesedihan eomma . Eomma sayangkan kamu . Eomma nak ucapkan terima kasih . Appa kamu juga tahu pasal ni , tapi dia tak berani nak cerita sebab risau kamu sedih .
Eomma harap Hana boleh simpan surat ni andai kata eomma dah tak ada dalam dunia .....'
Aku kemudian berhenti membaca seketika dan mengesat air mata yang jatuh macam air terjun di pipiku . Aku berasa sungguh sedih . Sebak di dada . Adakah eomma dah tahu yang eomma akan pergi ? Kenapa eomma berkata sedemikian ?
Aku pun membuka halaman terakhir surat itu . Masih lagi ada tulisan menunjukkan ada lagi perkara yang ingin eomma bagitahu . Aku pun sambung membaca .
'Hana , kalau eomma dah tak ada , eomma harap Hana dapat cari kembar Hana secepat mungkin bila Hana dah besar panjang . Eomma tak tahu sama ada dia masih lagi hidup ataupun tidak , tapi eomma harap Hana tak berputus asa mencarinya .
Eomma nak dia lindungi kamu sepanjang masa . Dan eomma pasti dia seorang budak yang handsome sekarang macam Hana yang comel ni :)
Dalam sampul surat tu , ada satu lagi sampul surat kecil . Dalam sampul surat kecil tu , ada gambar kembar kamu . Tapi gambar tu masa dia baru je lahir . Nurse yang jaga kamu dan abang kamu yang ambil gambar tu .'
Aku terus mengambil sampul surat itu dan membukanya . Ada gambar dua bayi yang agak comel . Jadinya ni lah aku masa kecil dan ..... abang aku ? Comel nya . Aku tersenyum sendirian .
YOU ARE READING
You're Under Arrest For Stealing My Heart ♥ [EXO] (ON HOLD)
FanfictionPark Hyuna seorang gadis biasa berusia 17 tahun . Dia amat bahagia di sekolah lamanya . Namun , disebabkan urusan perniagaan eomma nya, dia harus berpindah di sebuah sekolah baru di Gandong-Gu , Seoul . Di sana Hyuna bertemu dengan pelbagai jenis ma...