Part 13 : Speaking ~

753 37 2
                                    

Aku bosan . Aku nak jalan-jalan memandangkan cikgu ada meeting . Bosan gila tahap gaban wey aku duk kat kelas tu . Dah la bising . Seo Nyeo pulak tak datang sekolah .

Dengan sape aku nak borak ? Takkan dengan Luhan dan Lay kot ? Agak2 lah wey . Laki kot . Tak berani lah aku . Tak tahu la aku nak cakap apa diorang .

Kris ? Haha memang tak lah kan ? Aku memang takkan tegur dia . Nak suruh dia tegur ? Berjanggut lah aku nak tunggu . Hurh !

Aku pun bangun lah nak jalan di bawah blok C iaitu blok kelas aku . Aku ingat lagi aku tempuh dengan mamat tuh -,- Memang tak boleh buat aku lupalah . Tiba-tiba aku dengar suara seorang lelaki dibelakangku . Belum sempat aku menoleh ke belakang , dia sudah tiba di sebelahku .

"Kenapa jalan sorang-sorang ni ?" tanya dia . Terkejut mak aii . Kris rupanya .

"Ouh , tak de pape lah . Bosan ." jawabku cuba membuat muka selamba .

"Kalau macam tu nak ikut ." ujarnya .

"Uhmmm , awak dah ikut dah pun ." ejekku .

"Okey . Thanks ." kata dia dengan kuat . Ni pehal dengan mamat ni ? Terlebih excited ke apa ? Kesah pulak aku . Aku pun terus jalan .

"Dah ready ke ?" tanya Kris . Ni ready apa pulak ? Aku mengerutkan dahi tanda tak faham .

"Dah ready ke ? Tak dengar ke apa yang principle bagitahu pagi tadi tentang program terbaru kat sekolah kita setiap selasa tu ? Speaking day ?" tanya dia lagi . Oh , pasal tu ke ? Cakap lah awal-2 . Ni tak datang kat aku tanya dah ready ke tak ? Ingat ke apa tadi .

"Uhmm , tak tahu lah . Saya sebenarnya lemah kalau bab-2 speaking ni . Tak tahu lah macam mana nanti . Tapi saya akan cuba yang terbaik ." ujarku . Dia hanya mengangguk lalu tersenyum . Eh eh mamat ni pehal gembira semacam je hari ni .

"Fighting !" balas dia . Aku dah bengong dah . Tak pernah-pernah dia sebaik ni dengan aku . Dia kemudiannya menyeluk kedua-dua tangan ke dalam poket seluar sekolahnya . Haaa , nampak handsome lah pulak . Alahaii meltinggg !

"Awak ni ermmm ... tak de kerja ke ?" tanyaku bila tengok dia senyum-2 kat aku . Pengsan aku kat sini jangan tanya kenapa .

"Ada lah . Ni haa tengah jalan dengan awak ni ." balas dia selamba . Okey seriously aku cakap pipi aku panas tak bersebab . Aku kemudian tersenyum dan sambung jalan .

Sedang aku tengah tengok-tengok depan nak jalan , aku perasan tanganku dipegang oleh seseorang .

Oh My Gucci ! Terkejut beruk aku . Beruk pun kalah tau tak bila aku tengok tuan punya tangan tu . Tangan Kris . Ni pehal lah dengan mamat ni ?

Dengan mulut yang terlopong , aku pun memandang ke arah Kris . Dia hanya tersenyum puas . Dan yang paling mengejutkan aku apabila aku tengok manusia-manusia yang lalu-lalang semua tengah tengok aku dengan Kris . Terkejut agaknya dengan perlakuan Kris tuh . Aku pun terkejut jugak .

"Jom , masuk kelas . Cikgu dah habis meeting . Tengok tuh . Cikgu Sehun dah keluar dari pejabat dah ." jelas dia namun tangan dia yang masih lagi memegang tanganku . Dia kemudian memusingkan badan dia membuatkan aku turut berpusing . Dia menarik tanganku dan segera berjalan agak cepat melepasi mata-mata yang memandang aku dan Kris supaya aku dapat sampai ke kelas sebelum cikgu .

Lari lintang pukang aku dengan Kris naik ke kelas . Aku segera melepaskan tanganku . Kris memandang ke arahku . Why ? Takkan lah nak pegang tangan aku sampai balik kot .

Selepas aku dan Kris duduk di tempat masing-masing , cikgu pun masuk . Mula lah misi program yang pengetua cakap pagi tadi .

"Okey class . Did you hear what the principle told us this morning ?" tanya Cikgu Sehun . Speaking lagi cikgu ni . Alahaii .

"Yess !" balas kami sekelas . Bila cikgu speaking kami pun speaking lah jugak . Cehh -,-

"Okey , orang lain start next week . I want kamu semua start today ." ujar cikgu dalam bahasa rojak membuatkan kebanyakan pelajar dalam kelas kami mengeluh . Termasuk aku . Gila wey aku nak speaking . Memang salah gila-2 lah kan ?

"Kris~ah , eottokeh ?" bisikku . Eh , ni apahal aku pergi tanya dia pulak ni ? Mesti sebab Seo Nyeo tak ada ni . Dah tak keruan aku dibuatnya .

"Eo ? Gwaenchana . I will help you . My english is a quite good ." balas dia cuba menenangkan aku . Cis perasan pulak mamat sorang ni . Okey , kalau tak tolong aku , mati kau !

"Okey I want two of you come in front and speak something about yourself IN ENGLISH ." Eleh sengaja je cikgu tekankan perkataan english tu . Ya laa . Takkan lah aku nak cakap india kot ? -,-

Apabila tak de sorang pun yang angkat tangan , mata cikgu dah mula melilau mencari mangsa dua orang tu . Aku tengok cara cikgu tengok kami semua ni macam raja tengok rakyat pulak . Kebanyakan 'rakyat' dalam kelas aku ni , dah bisu habis . Takut agaknya .

Aku buat muka tenang je sebab aku yakin cikgu takkan panggil aku .

"KRIS ... !" panggil cikgu . Tengok , cikgu takkan panggil aku punya . Kekeke . Kesian Kris . Tak pe lah kan dia pandai . Tadi cakap pandai sangat .

"... DAN HYUNA !" tersentak aku . Gila lah cikgu panggil aku woi . Mati lah aku ! Eottokeh ?

Kris kemudian bangun lalu menarik lenganku . Aku juga turut terbangun . Haiyyoo apa yang aku nak cakap ni ?

"Baiklah kamu berdua boleh ucapkan apa-apa sahaja asalkan bahasa inggeris . HANYA INGGERIS !" tekan Cikgu Sehun .

Kris memberi isyarat kepadaku untuk memulakan ucapan . Budak ni memang lah ! Aku pun berdehem sebelum memulakannya .

﹋o﹋

#Do vote and comment :)

#Wait for the next part :D

#Okey dah malam ni . Gudnite :) Sy nak buat kerja sekolah dulu . Tak sentuh satu pon lagi :D Tapi , kalau tak siap pon tak pe . Cikgu sy baik ;) Hahah . Annyeong

You're Under Arrest For Stealing My Heart ♥ [EXO] (ON HOLD)Where stories live. Discover now