"MWO ?!" tempikku dengan kuat apabila mendengar pertuturan lelaki disebalik telefon itu membuatkan semua pelajar termasuk guru yang berada di kantin itu terkejut besar . Makcik dan pakcik kantin pun terperanjat tau tak ?
Aku meminta maaf dan segera menyambung kembali perbualanku dengan lelaki disebalik panggilan itu .
"Ya , saya pun tak perasan dulu ada surat dalam tu . Saya ingat ke tak ada benda penting dalam tu . Jadi saya tak bukak lah beg tangan tu . Memang saya terkejut bila jumpa surat tu . Saya nak minta maaf sebab saya careless dulu . Jadi , boleh tak Hana datang ke balai polis hari ni ? Satu lagi , tolong datang dengan penjaga awak atau orang yang lebih dewasa . Saya takut ada apa-apa yang akan berlaku memandangkan lelaki langgar lari tu muncul kembali dan mengekori Hana ." ujar lelaki itu agak risau . Aku mengangguk sambil menyetujui percakapannya walaupun dia tak nak aku angguk tapi tak kesah lah .
Selepas aku meletakkan telefon , aku pun kembali ke arah mereka yang sedang sedap makan makanan masing-masing . Dah 35 minit berlalu waktu rehat maknanya tinggal 25 minit lagi waktu untuk aku kembali menjamah makanan aku dan minum air oren aku yang sedap ni .
Tapi , nampaknya air oren itu tidak lagi mempunyai rasa bukan kerana ais batu telah cair , namun sebab aku sibuk memikirkan hal yang diberitahu oleh lelaki tu .
Nama lelaki itu Gong Hyun Suk . Masa dia urus kes langgar lari tu , dia selalu jumpa dengan aku dulu . Aku panggil dia Pak Cik Hyun Suk je . Dia tak lah tua mana pun untuk dipanggil pakcik . Malah tak layak pun . Umur dia baru je 35 tak silap aku .
Dia yang suruh aku panggil dia macam tu , so aku panggillah . Lagipun masa tu aku kecil lagi . Sebab tu lah dia suruh panggil macam tu .
Aku menjamah makanku dengan chopstick yang dipegangku . Namun aku bukan makan , aku hanya menggerakkan chopstick tu je . Mereka yang sedang makan memandang aku pelik .
"Hyuna , apa yang berlaku ? Siapa lelaki yang telefon awak tadi ?" Cikgu Xiumin mula bersuara . Kepala otak aku separuh dengar separuh tak dengar . Aku tengah layan apa yang Pak Cik Gong cakapkan .
Soalan yang ada dalam fikiran aku ialah , BETUL KE ?
--FLASHBACK--
"Ni , sebenarnya pakcik nak cakap pasal ni .....
Semasa kemalangan langgar lari eomma appa Hana , pakcik kan ada di tempat kejadian . Pakcik harap Hana ingat . Pakcik dapat cam sikit muka pemandu itu .
Sebenarnya pakcik ingat kes Hana ni disebabkan ni kes first yang pakcik urus tapi tergantung memandangkan pemandu itu terus menghilangkan diri . Pakcik rasa sedih sebab kes ni tak berakhir dengan baik .
Baru-baru ini pakcik ternampak dia di Seoul . Pakcik pun tak tahu dia buat apa kat sini . Hari tu , kebetulan pakcik pergi jalan-jalan , pakcik ternampak Hana dengan seorang wanita pergi ke pusat beli belah . Hana ada pergi pusat beli belah kan baru-baru ni ? Pakcik baru dapat tahu yang wanita bersama Hana tu eomma angkat Hana ketika pakcik cek balik data Hana . Dan dari situ jugak lah pakcik dapat nombor telefon Hana ni .
Yang pakcik nak cakapnya ialah , kelmarin , pakcik nampak lelaki itu sedang mengekori Hana senyap-senyap . Lelaki itu nampak mencurigakan dan sebab tu lah pakcik nak siasat balik kes ni . Jadi pakcik nak bukak balik kes ni .
Semalam pakcik geledah beg tangan eomma Hana yang telah dijumpai di lokasi kemalangan ; pakcik minta maaf pakcik perlu geledah untuk cari bukti , tapi pakcik terjumpa satu surat .
Surat itu ada tulis ; To ~ My dearest daughter , Hana Kim :)
Jadi pakcik rasa Hana patut datang ambil surat ni kat balai polis hari ni . Tolong datang secepat mungkin sebab pakcik takkan sesekali bukak surat ni tanpa izin ."
YOU ARE READING
You're Under Arrest For Stealing My Heart ♥ [EXO] (ON HOLD)
FanfictionPark Hyuna seorang gadis biasa berusia 17 tahun . Dia amat bahagia di sekolah lamanya . Namun , disebabkan urusan perniagaan eomma nya, dia harus berpindah di sebuah sekolah baru di Gandong-Gu , Seoul . Di sana Hyuna bertemu dengan pelbagai jenis ma...