=HyunaPOV=
Aku berjaya merampas bola daripada Jong Ki . Jyeahhh ! Aku segera bergerak ke arah tiang gol , tapi tiba-tiba ....
Aku dipeluk oleh seseorang dari belakang . Dia cuba untuk merampas bola daripadaku . Aku menoleh ke belakang dan .... Kris ?
Wahhhh , bersungguh-sungguh betul mamat ni ! Tapi , aku takkan sesekali lepaskan bola ni . Tangan dia kemudian berjaya mencapai bola yang dipegang oleh aku dari tadi .
Dia terus menolak bola jatuh ke atas gelanggang . Aku terlopong . Dia ni !!!!
Baru sahaja Luhan nak ambil bola yang tengah duk sedap bergolek di gelanggang , wisel pun berbunyi menandakan tamatnya permainan . Ughhh ! Mati lah kau Kris !
"You are teacher..che..chea..cheat..cheater !" marahku kepada Kris apabila kumpulan perempuan sudah bersorak tanda kemenangan . Hehe tengok lah sape yang main . Tapi asal aku gagap pun tak tahu . Bengang terlajak kot !
"Hey , not me ." balas dia selamba . Eh mamat ni bajet betullah .
Aku memandang dia dengan kerlingan tajam . Dia tidak mengendahkannya . Aku pun melompat sedikit untuk menyekeh kepala Kris yang agak tinggi tuh .
"Aaaa !" Kris mengaduh kesakitan . Aku hanya berlari meninggalkan Kris sambil menoleh ke belakang . Okey jadi aku sekarang tengah berlari sambil pandang belakang . Bukan ke tu pelik ?
Tiba-tiba .....
Bbbaangggggg !
Jatuh terduduk aku dibuatnya . Sakit gila . Aku tak dapat nak tengok apa yang aku langgar . Aku terus ..... pengsan .
◇♚◇♚◇♚◇♚◇♚◇♚◇
=KrisPOV=
Hyuna menyekeh kepalaku . Aku hanya mengaduh kesakitan . Biar tak sakit pun . Dia kemudian lari meninggalkan aku . Takut lah tuh . Takut aku pergi bunuh dia . Cis !
Dia berlari sambil tengok aku . Dia ni nak terus lari pandang belakang ke ? Rasanya tak . Dia pandang depan lah tu karang .
Aku segera mengambil botol airku daripada beg dan ...
Bbbaanggggggg !
Suatu bunyi tempuhan telah menarik pandanganku . Aku tengok ada manusia jatuh terduduk . Siapa tu ? HYUNA !
Dengan segera aku berlari ke arah dia dan mengangkat dia . Dia ni lari tak tengok depan . Kan dah tempuh tiang elektrik tu .
Ramai yang tak perasan Hyuna tertempuh tiang tu sebab dah syok sangat bersorak happy bagi perempuan . Manakala lelaki pula sedang sibuk membuat hal masing-masing di hujung gelanggang sana . Aku sorang je yang berdekatan dengan Hyuna sebab tu lah aku dengar .
Aku segera bergerak ke UKS (Unit Kesihatan Sekolah) walaupun ramai antara mereka yang bertanyakan keadaan Hyuna apabila menyedari hal ini .
Sampai sahaja di bilik rawatan , aku berjumpa dengan seorang cikgu lelaki . Aku tak kenal dia . Ahh lantak lah . Tak perlu kenal pun sekarang . Lepas ni kan boleh .
"Cikgu , ada orang pengsan terlanggar tiang elektrik ." aku bersuara lalu meletakkan Hyuna di atas katil rawatan .
Kelihatan Cikgu Baekhyun berlari-lari anak mendapatkan aku dan Hyuna .
"Apa dah berlaku ?" tanya Cikgu Baekhyun .
"Ada orang pengsan terlanggar tiang elektrik katanya ." balas cikgu itu selamba . Cikgu ni nak rawat ke tak ?
"Betul ke ? Macam mana boleh jadi macam ni , hyung ?" tanya Cikgu Baekhyun lagi . Ahhhh jinja cikgu-cikgu ni . Kalau ya pun nak berbual , rawat lah dulu manusia depan aku ni . Risau pulak aku kang dia tak bangun-2 .
YOU ARE READING
You're Under Arrest For Stealing My Heart ♥ [EXO] (ON HOLD)
FanfictionPark Hyuna seorang gadis biasa berusia 17 tahun . Dia amat bahagia di sekolah lamanya . Namun , disebabkan urusan perniagaan eomma nya, dia harus berpindah di sebuah sekolah baru di Gandong-Gu , Seoul . Di sana Hyuna bertemu dengan pelbagai jenis ma...