Wut?

271 57 11
                                    

"Huwarghhh", aku menguap luas lalu menyelesakan baringan. Kepala aku garu kerana gatal.

Eh, kenapa tangan aku berbulu?

Wajah aku berkerut. Tiba-tiba sahaja kesejukan menyapa aku.

Kenapa aku tak pakai baju? siapa buka baju aku?

Aku mencelikkan mata, apabila mataku sudah bersedia untuk melihat sekeliling. Aku tergamam..

Ini bukan bilik aku.

Aku cuba berdiri, tapi tak boleh. Jadi aku hanya menonggeng. Mata aku tutup semula, takut aku untuk membuka mata. Sebab aku tahu aku berbogel sekarang.

Aku cuba membuka sedikit mata, semua benda kelihatan besar di mata aku. Lalu mata aku merayap pada tubuh aku pula.

Oh tidak, kenapa badan aku kecil dan berbulu?!

"Tan-ah!", suara garau seseorang menyapa gegendang telinga aku. Pantas sahaja aku menarik sebentang selimut, walaupun selimut itu sangat besar. Namun aku kuatkan juga diri untuk menarik selimut itu, aku bersembunyi di bawah meja. Selimut itu aku salutkan ditubuh agar tidak terlalu terdedah.

Oh Tuhan, aku terlalu berdebar.

"Tan-ah?", pintu bilik itu dikuak lalu terjegul kepala seseorang. Aku menutup mata, tak sempat aku tengok wajah itu. Memandangkan mata aku sedikit kabur ketika ini.

"Tan-ah..", suara itu bersuara lagi.

Tanpa aba-aba, aku ditarik lembut lalu dipeluk. Aku menjerit kuat, namun malangnya suara aku langsung tidak kedengaran seperti manusia, malah kedengaran seperti seekor anak anjing.

Apa semua ini?

[C] I'm Yeontan! [KTH] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang