Sleep

428 54 9
                                    

"YEONTAN! TIDUR SEKARANG!"

"Kejaplah mama! Yeontan tengah main game abe bitiyes ni", aku bermain dengan lincah sekali. Tiada satu butang pun yang tertinggal. Selepas itu, kedengaran suara aku menjerit riang.

"YAS, AI WIN!", jerit aku. Namun jeritan aku bertukar menjadi jeritan sakit sebab mama tarik telinga aku dengan kuat.

"Dah menang kan? pergi tidur sekarang", kata mama dengan suara yang ditegaskan. Terus sahaja aku mencapai selimut lalu berbaring di atas katil.

"Mama, nak tarik telinga Yeontan sampai bila?", tanya aku. Mama terus sahaja melepaskan telinga aku lalu menepuk-nepuk tangannya dengan wajah menahan geli.

Amboi, jijik sangat.

"Kalau mama tahu Yeontan main handphone lagi, jangan tanya mama kenapa handphone tu pecah", amaran mama lalu meninggalkan aku di ruangan bilik tidur itu.

Aku mencebik, sebelum ni pun dia pernah ugut aku macam tu. Malah lebih teruk, dia pernah berniat untuk bakar bilik tidur aku kalau aku main telefon. Tapi tak buat pun.

Aku mencapai telefonku senyap-senyap. Tiba-tiba aku ketawa kecil, gambar Taehyung bersama anak anjingnya aku belai perlahan.

"Kelakarlah kau ni Taehyung, dalam banyak-banyak nama. Nama aku juga kau bagi dekat anak anjing kau", kata aku sambil memerhatikan wajah kacak milik Taehyung.

Kalau jadi anak anjing Taehyung, mesti selalu kena gomolkan? selalu kena cium, kena peluk.

"Alangkah bagus kalau aku dapat jadi anak anjing kau.."

[C] I'm Yeontan! [KTH] Where stories live. Discover now