"Nampaknya, kau salah target lagi", lelaki bertopi hitam itu tersenyum sinis sambil tangannya ditepuk beberapa kali.
"Aku akan selesaikan", ujar seorang perempuan tua berjubah merah. Digenggam batu kemenyan dengan kuat sebelum dilemparkan ke tepi.
"Akhirnya, roh mereka dah bertukar..", perempuan tua itu tercungap-cungap menarik nafas. Dipandang lelaki bertopi tadi dengan wajah berharap.
"Aku dah kata, lain kali buat betul-betul", lelaki itu seakan tidak mempunyai belas kasihan. Ditendang perempuan tua itu sehingga lembik.
"Maafkan aku, agak susah untuk aku fokus sebab banyak nama Yeontan di daerah ni", perempuan tua itu memberikan alasan. Namun, kata-katanya hanya dianggap remeh oleh lelaki itu.
"Itu semua alasan"
*****
"Hoi! bangun!", aku terjaga dari lena apabila seseorang melempang aku dengan kuat. Aku membuka mata, dan deria cahaya aku menangkap wajah mama yang sangat bengis.
Adakah.. ini semua mimpi?
"Mama..", seru aku. Mama seakan terkelu apabila aku menyebut namanya. Serta-merta air mata mama bergenang, lalu mama menjerit memanggil papa.
"Abang! anak kita dah boleh bercakap!"
*****
"Kau tahu, sejak aku tarik telinga kau malam tu. Esoknya kau tak boleh bercakap, kerja menyalak je. Macam anjing perangai kau", mama bercerita dengan bersungguh-sungguh. Sehingga terabur semua roti yang dia kunyah.
"Tapi kau dari dulu lagi memang perangai macam anjing. Entah doa aku termakbul, kau jadi anjing jadian manusia pulak", mama puas mengutuk aku. Dia mahu bersuara lagi, tapi aku sempat sumbat roti bakar ke dalam mulut mama.
"Cukup mama, benda dah lepas"
"Serious kau tak ingat apa-apa?", tanya mama. Aku sekadar menggeleng. Pada mulanya aku fikir ini semua mimpi, namun apabila mama menceritakan apa yang terjadi kepada aku di rumah ini, ada satu firasat mengatakan bahawa roh aku dan si anjing Taehyung itu tertukar.
Aku peminat sinetron, jadi jangan hairan jika firasat aku terlihat begitu haih.. you know what I mean.
Entah kenapa, tiba-tiba sahaja aku rindukan Taehyung. Walaupun aku agak serba salah, apabila difikirkan balik. Bagus juga, selepas ini Taehyung tak perlu menghadap anjing jahat macam aku. Entah-entah, Taehyung sedang bergembira dengan Yeontan sebenar.
Taehyung, aku rindu kau.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] I'm Yeontan! [KTH]
FanfictionAku Yeontan, haiwan peliharaan Kim Taehyung, jejaka idaman para wanita. Tapi aku ada satu rahsia, aku sebenarnya manusia.