Crazy

245 48 2
                                        

Ketika menjadi seorang manusia, aku adalah seorang gadis jelita yang cantik memukau malah mempesona.

Ya Tuhan, kenapa mama bagi aku nama Yeontan? macam tak ada nama lain.

Tak kreatif betul.

"Tan-ah, mari appa cuci punggungmu"

Aku yang sibuk memukul robot kucing milik Jimin terhenti. Wajah aku gerun melihat Taehyung yang mula menghampiri aku.

Tidak..

Tolong aku..

Oh tidak, masa untuk membasuh punggung aku telah tiba!

Lagi-lagi dengan penuh kelembutan dan sopan santun!

Aku berlari ke bawah meja, sambil berlari sambil itu juga aku menyalak.

TOLONG! TOLONG!

"Yeontan!", Taehyung mengikuti aku dari belakang. Dia hanya memandang aku yang diam menyorok di bawah meja.

"Tan-ah.. sini"

TAKNAK!

Capslock itu menunjukkan betapa kuatnya aku menyalak. Taehyung buat muka syaitan, sengaja dia tarik kaki kiri aku, tapi lepas tu aku akan tendang tangan dia sekuat yang boleh. Walaupun tak sakit, dia tetap lepaskan kaki aku.

Jangan ganggu punggung suci aku!

"Siapa suruh berak merata-rata"

Aku bukan nak buang air besar merata-rata, tapi mangkuk jamban tu besar sangat. Kau fikir aku boleh lompat? kalau tergelincir masuk dalam lubang jamban macam mana? lebih teruk kalau aku tertarik flush jamban tu sekali.

Tak remuk aku waktu tu?

"Hah, menjawab je kerja", balas Taehyung. Kali ini tak ada lagi belas kasihan, Taehyung angkat aku dengan satu tangan sahaja lalu berjalan ke dalam bilik air. Dia menghela nafas berat, badan aku ditonggeng oleh Taehyung. Dengan muka pasrah, dia mengambil sabun dan..

Tidak.. kesucian aku!

*****

"Lepas ni jangan berak merata-rata lagi"

Kalau macam tu, belikan aku pampers.

"Waktu tu suruh appa beli kasut, sekarang pampers pulak"

Memang itu tugas kau, kan?

"Yelah, nanti appa beli"

Yelah tu, waktu tu kau cakap nak beli kasut. Tapi tak beli sampai sekarang, sembang nak kencang je kerja.

"Tan-ah.. appa sibuk sayang, tak sempat..", Taehyung mengusap kepala aku lembut. Dia memberikan semangkuk makanan anjing kepada aku. Belum sempat aku nak sentuh makanan tu. Taehyung pantas menarik mangkuk itu menjauhi aku.

"Tan-ah, makan dekat atas meja boleh?", kata dia lalu meletakkan mangkuk itu di atas meja. Badan aku juga diangkat.

Tak perlu, aku layak makan bawah je, akukan anjing.

Wah, sejak bila aku mengaku diri sendiri anjing.

"Jangan Tan-ah, Tan-ah anak appa, jadi Tan-ah kena makan dekat atas. Appa tak suka Tan-ah diperlakukan seperti binatang", kata Taehyung dengan ikhlas.

Jujur, aku sangat terharu.

Tapi, aku kurang senang dengan kata-kata terakhir dia. Tak suka memperlakukan aku seperti binatang konon, tapi kau bagi juga aku makan makanan anjing. Dasar manusia.

Weh Taehyung, macam mana kau boleh faham apa yang aku cakap?

"Hm..?", Taehyung memandang aku sekilas. Tangannya lincah membasuh pinggan, dia menghabiskan aktiviti membasuhkan pinggannya dulu, barulah dia jawab soalan aku.

"Entah, mungkin sebab Yeontan anak appa kot..", Taehyung mengenyitkan matanya kearah aku. Ketika ini, aku sepatutnya menyalak gembira dengan kenyitannya. Tapi, aku tak rasa mahu melakukan itu, aku hanya memandang dia kosong. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya. Bagaimana aku boleh menjadi seekor anjing?

Macam mana?

Ah! lupakan dulu, biar aku nikmati masa menjadi seekor anak anjing sepuas-puasnya.

"Tan-ah, kenapa termenung, mesti tengah mengutuk appa tu", Taehyung cuba menebak. Aku hanya meneruskan kunyahan, malas aku nak melayan budak separuh matang ini.

"Hm, hidup ni memang susahkan?"

Memang pun.

[C] I'm Yeontan! [KTH] Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang