Angry

243 46 19
                                    

Taehyung, kau marah lagi ke?

"Ye, appa marah", Taehyung menjeling aku sekilas. Dijarakkan dirinya sebesar dua tapak kaki gorilla, cuba menjauhi aku.

Tolonglah, dulu mama aku jijik dengan aku. Sekarang kau pula, memang aku nampak jijik ke?

"Yeontan ada mak ke?"

Habis aku nak berkembang macam mana kalau tak ada ovum?

Ganti dengan duit siling?!

"Takde, appa yang lahirkan Yeontan. Appa yang bela Yeontan, semuanya appa yang buat sorang", kata Taehyung, cuba memanipulasikan otak aku. Tapi dia perlu tahu, aku bukannya anjing yang bodoh sampai tak pernah belajar sains bab empat.

"GONG GONG GONG", hanya itu yang keluar daripada mulut aku. Taehyung seakan terkejut, dia menekup mulutnya perlahan.

"Tan-ah.. macam mana suara boleh jadi garau? dah baligh ke?", Taehyung membelek-belek badan aku, terutama sekali dibahagian peribadi.

Hei! jangan sentuh tempat sulit!

Tapi dia tetap memegangnya.

Hm.

Aku redha dengan semua ini.

*****

"Apa dia?", aku memerhatikan Taehyung dan Seokjin yang sedang berbincang di ruang tamu. Aku menyorok di bawah sofa, dan mujur mereka tidak menyedarinya.

"Lepas ni kita busy, kau nak Yeontan mati kebulur sebab takde orang jaga?", aku hanya mendengar kata-kata Jin dengan kerutan di dahi. Apa maksud dia sebenarnya?

"Habis hyung nak buat apa?"

"Hantar dia dekat rumah mak bapak kau"

"Hah? taknak!", Taehyung membantah. Seokjin berterusan memujuk Taehyung.

"Tolong, aku betul-betul merayu. Nanti kau jumpalah balik dengan dia, bukannya buang dia pun"

"Tapi.. nanti aku rindu dia.."

"Tolong Taehyung.. tak akan disebabkan seekor anak anjing, kau sanggup korbankan karier kau?", kini Taehyung terdiam. Dia hanya menundukkan kepala. Rambutnya dikuak ke belakang dengan perlahan.

"Hm.. suka hatilah..", Taehyung mula mengalah.

Apa?

Jadi aku akan dihantarkan ke Daegu? aku akan dijaga oleh ibu dan ayah Taehyung? kenapa sebegitu mudah? kenapa setelah aku mula merelakan takdir aku sebagai seekor anak anjing, kini aku perlu berhadapan dengan ibu bapa Taehyung pula? aku cuma mahukan Taehyung.

Aku tak boleh terima dengan semua ini. Jadi aku membuat keputusan untuk keluar dari bawah sofa itu. Tapi..

Tersangkut di skala enam pulak!

Aku menyalak syahdu di situ, sekaligus membuatkan Taehyung dan Seokjin mengalihkan pandangan kearah aku.

"Tan-ah.."

Bebal, aku benci kau.

"Tan-ah dah dengar semuanya? appa tak bermaksud nak buat macam tu.."

Kau boleh berdrama nanti, tapi tolong keluarkan aku dari sini sekarang.

"Oh.. kejap", Taehyung mengangkat sofa itu lalu mengeluarkan aku. Dia memeluk aku erat sambil mengusap bulu aku perlahan.

"Appa tak berniat untuk buat macam tu"

Hotak kaulah.

"Tolong, jangan benci appa.."

"Gila ke cakap dengan anjing?", Seokjin menyampuk di tepi. Taehyung mengabaikan Seokjin, dia segera melangkah ke bilik. Diletakkan aku perlahan di atas katil.

"Appa minta maaf.."

Aku muak dengan maaf kau.

Seakan tahu akan kata-kata aku, bahu Taehyung terhinjut-hinjut. Dan dia menangis, dasar cengeng.

"Nanti kita jumpalah balik"

Taknak, aku taknak tengok muka kau buat selama-lamanya.

Aku menggigit Taehyung. Lalu aku berlari keluar dari bilik itu. Aku bertekad ingin keluar dari rumah ini. Aku tawar hati! aku lagi rela jadi anjing jalanan daripada dibela ayah Taehyung yang boroi itu dan ibu Taehyung yang lagi cantik dari aku itu.

"Tan-ah!", Taehyung mengejar aku. Aku melajukan lagi larian. Sampai sahaja dipertengahan jalan, aku menangkap sebuah sinaran yang hampir melanggar aku.

Yeah, boleh bunuh diri.

Semuanya menjadi gelap, malah aku tidak dapat mendengar apa-apa ketika itu, kecuali suara Taehyung yang menjerit memanggil nama aku.

Selamat tinggal, appa.

[C] I'm Yeontan! [KTH] Where stories live. Discover now