Crying

290 57 13
                                    

Untuk hari ini, aku hanya meraung sepanjang masa. Yang menyedihkan, aku bukan meraung, tapi menyalak. Aku tak tahu kenapa semua ni berlaku. Aku telah menjadi seekor anak anjing.

Aku ulangi semula, seekor anak anjing.

Aku sedih, namun dalam masa yang sama. Aku gembira, sebab aku jadi haiwan peliharaan milik jejaka kacak bernama Taehyung.

Artis k-pop yang paling terkenal di seluruh dunia.

Namun, apa yang untungnya? Walaupun aku akhirnya dapat melihat wajah Taehyung secara dekat, malah aku dipeluk dan dibelai. Namun, aku tetap seekor anak anjing.

Anak anjing takkan pernah bercinta dengan seorang manusia, lagi-lagi manusia yang tampan.

Aku bersyukur sebab akhirnya impian aku tercapai. Tapi dengan keadaan sekarang ini, aku rasa menyesal sangat-sangat sebab terfikir untuk jadi anak anjing Kim Taehyung.

Kenapa aku jadi anjing? kenapa tak jadikan aku girlfriend kepada Taehyung. Kenapa aku perlu menjadi seekor anak anjing?

Aku rimas menjadi anak anjing, lidah aku asyik menjelir sahaja. Ianya sangat hodoh, tapi entahlah Taehyung ini buta atau gila, dia mengatakan itu comel.

Ergh, serabut.

"Tan-ah..", Taehyung merapati aku. Dibelainya kepala aku lalu diangkatnya aku ke atas sofa. Aku dipeluk oleh Taehyung erat, ianya pelukan yang sangat menenangkan.

Namun ianya menjadi tidak tenang apabila aku dipeluk sebagai anak anjing.

Lalu aku menyalak lagi.

"Woof woof"

"Hei Tan-ah, jadi budak baik", Taehyung membelai aku dengan lebih laju. Amarah aku hilang untuk seketika. Aku melentokkan kepala di atas dada Taehyung. Lalu terpacul lah keluhan dibibir aku, ianya berbunyi seperti anjing yang kesedihan.

"Tan-ah.. kenapa ni? tak sihat ke sayang?", Taehyung mengangkat badan aku ke atas. Dia melaga-laga hidung mancungnya dengan hidung kecil aku.

"Tan-ah.. kenapa ni? selalunya Yeontan akan jilat hidung appa, Kenapa ni?", tanya Taehyung. Dia memerhatikan wajah aku. Selepas itu, dia menarik aku ke dalam pelukannya semula.

"Tan-ah.. jangan buat appa risau"

Semaklah.

Sebab tak mahu mengecewakan Taehyung. Aku menyalak dengan kuat, secara terpaksa. Taehyung mengangkat wajahnya memandang aku semula.

"Tan-ah dah baik!", girang dia ketika itu. Aku hanya menyalak dengan penuh keterujaan. Maksud aku, terpaksa. Aku mahu tersenyum, namun ianya kelihatan pelik apabila aku berbuat begitu. Jadi aku hanya menyalak sahaja.

"Tan-ah, lompat", Taehyung menurunkan aku dan mula memberi arahan. Dia mengeluarkan sebekas makanan anjing yang ada di bawah sofa, bersedia untuk memberi ganjaran sekiranya aku lompat. Tapi aku hanya duduk, memandang dia kosong.

Lompat? tak mahu aku.

Walaupun aku seekor anak anjing, tapi aku tetap berjiwa manusia. Aku tak sepatutnya dilayan seperti anjing dan aku tak sepatutnya berperangai seperti anjing.

"Tan-ah.. budak jahat!", senyuman Taehyung memudar. Dia menundukkan wajahnya. Selepas itu, dia berbaring di atas sofa, wajahnya ditutup dengan bantal bercorak Tata, salah satu animasi yang direka olehnya.

"Semua orang jahat..", Taehyung bersuara lagi.

Alahai.. aku mengeluh perlahan, lalu aku melompat di atas peha Taehyung.
Aku memanjat perutnya lalu duduk di atas dadanya. Tangannya yang sedang memegang bantal bercorak Tata itu aku sentuh dengan lembut.

Taehyung menolak bantalnya ke tepi. Terpampanglah matanya yang sudah berair.

Dia menangis.

Aku menyalak kuat, risau juga aku tengok dia nangis.

Taehyung, maafkan aku sebab jadi budak jahat.

Dengan terpaksa, aku memberanikan diri untuk menjilat air matanya. Walaupun ianya menggelikan.

Tetapi, bukankah itu tugas aku sebagai anak anjing? untuk ada di sisinya ketika susah dan senang?

"Tan-ah.. semua orang tak suka appa. Semua orang tak suka perangai appa, diorang kata appa mengada-ngada, lepastu manja sangat. Salah ke? itu personaliti appa, kenapa diorang nak marah appa?", Taehyung meluahkan semuanya. Aku hanya mendengarnya dengan tekun. Alahai, kasihan pula aku lihat dia.

Lalu aku menempatkan kedua tangan aku di atas dadanya. Aku menepuk dada itu perlahan, cuba menenangkan dia dengan cara begitu. Ternyata dia senyum perlahan.

"Yeontan tak macam tu, kan? Yeontan baik, Yeontan suka buat appa gembira, sebab tu appa sayang Yeontan. Yeontan anak appa yang baik", kata Taehyung lalu mengusap kepala aku lembut. Aku menerima sentuhan itu dengan hati yang lapang. Sedapnya dibelai begini, tak sia-sia aku jadi anak anjing.

Tiba-tiba rasa seronok jadi anak anjing.

"Yeontan, jom jalan-jalan?"

[C] I'm Yeontan! [KTH] Where stories live. Discover now