We meet

231 52 6
                                        

Aku berjalan kearah sebuah kedai runcit. Aku akan membuat kerja sambilan di sini. Sementara menunggu tawaran ke Universiti.

"Bosannya..", kedai itu sunyi tanpa pelanggan. Mungkin kerana masih subuh, jadi aku membuat keputusan untuk mengelap lantai.

Lagu Let go berkumandang di kedai runcit itu. Sekaligus membuatkan aku tersenyum kecil.

Menjadi seekor anak anjing kepada lelaki kacak bernama Taehyung, perkara paling mustahil yang pernah berlaku pada diri aku.

"Em.. maafkan saya", suara garau seseorang membuatkan aku berpusing. Aku menekup mulut. Tanpa teragak-agak, aku memeluk tubuh sasa itu kuat.

"Taehyung! aku rindu kau!", aku menjerit teruja. Namun, Taehyung hanya kaku di situ.

"Maaf.. tapi kita pernah berjumpa ke?", tanya Taehyung. Perlahan-lahan aku melepaskan pelukan, aku berdehem kecil. Walaupun kenyataan ini agak menyedihkan, namun aku sedar yang dia tidak pernah berjumpa dengan aku sebagai seorang manusia.

"Maaf.. saya salah orang", aku membongkok beberapa kali.

"Eh.. tak apa, tak apa", dia cuba menghentikan perbuatan aku. Tangan aku digenggamnya kemas, lalu dia tersenyum nipis.

"Nama awak apa?"

"Lee Yeontan", ujar aku lancar. Taehyung seakan terpana dengan kata-kata aku. Namun dia tangkas mengawal reaksi mukanya.

"Saya rindu awak, Yeontan"

"Hah?", aku terkejut apabila mendengarkan kata-kata yang terpacul pada bibir merahnya. Segera dia tersenyum nipis.

"Nama awak sama macam nama anak anjing saya.. maaf", dia tersenyum kekok di akhir katanya. Aku hanya mengangguk kecil.

Akulah anak anjing kau setan.

"Boleh.. saya peluk awak?", Taehyung meminta keizinan aku.

"Apa?!", mata aku membulat. Sepasang mata cantik Taehyung memandang aku dengan penuh harapan.

Apa salahnya, aku pun rindu dia.

"I.. iya boleh"

"Okay..", Taehyung mula memeluk badan aku, erat dan hangat. Pelukan ini, aku rindu akan pelukan ini. Tak sangka, aku bakal menerima pelukan ini lagi.

Mata aku tanpa sengaja teralih pada tangan kirinya, ada luka. Luka disebabkan gigitan aku pada waktu itu.

"Saya rindu Yeontan saya.. bilalah saya boleh jumpa dia"

Yeontan kau ada di sini.

"Yeontan, jangan benci appa"

Tak, aku tak benci kau.

"Akhirnya, appa jumpa jugak Yeontan.."

Taehyung..

Aku cuba menahan tangis. Namun, menjadi selemah-lemah aku, akhirnya terhambur juga tangisan aku di situ. Belakang aku ditepuk oleh Taehyung lembut, cuba untuk menenangkan aku.

"Kenapa awak nangis?"

Aku mendongak memandang Taehyung. Jelas wajah kacaknya berkerut kerana risau. Selepas itu, bibirnya kembali tersenyum.

"Tak sangka, Yeontan versi manusia seorang yang cantik", aku hanya tersenyum nipis dengan kata-katanya. Terasa berbahang pula pipi aku ketika ini.

"Awak begitu serupa dengan Yeontan saya. Rindunya saya dekat dia, kenapalah saya bagi dia dekat mak ayah saya?", ujar dia dengan wajah yang monyok.

Aku menghela nafas berat. Mahu sahaja aku cepuk kepala dia guna mop kedai dua ringgit yang aku pakai tadi. Aku fikir dia telah melupakan keputusan untuk menghantar aku kepada ibu bapa dia, rupanya dia masih teruskan agenda itu.

"Awak--"

"Eh! saya dah lambat..", Taehyung melepaskan aku. Dia tersenyum petak kearah aku.

"Bye anak appa!", lalu dia keluar daripada kedai runcit itu. Aku hanya menghantar dia dengan ekor mata, nafas berat kuhembus.

"Apa guna dia datang sini, tapi tak beli apa-apa", aku mengutuk dia perlahan. Bahu yang lenguh aku urut.

Singkatnya masa, detik untuk aku berjumpa dengannya lagi. Setelah berbulan berjauhan, masa ini adalah masa paling berharga untuk aku.

Aku tak kuat, aku betul-betul sedih.

Sejujurnya, perkara ini begitu rumit, malah tidak dapat diterima oleh akal manusia. Bagaimana aku boleh menjadi seekor anjing, semuanya begitu merumitkan.

Kim Taehyung, aku anak anjingmu.

[C] I'm Yeontan! [KTH] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang