Bab 1

98 3 3
                                    

Kehidupan ini sementara. Tiada yang kekal buat selamanya. Dugaan hadir untuk menguji keimanan dan kematangan kita untuk menyelesaikannya. Aku juga tergolong dalam kalangan manusia yang tidak lepas dari dugaan daripada-Nya.

"Kakak, mak panggil."
Teguran satu-satunya adik kepadaku itu serta merta membawaku kembali tersedar daripada lamunanku sebentar tadi.

"Eh adik kakak yang comel ni datang panggil kakak makan eh? Sekejap eh, kerja khusus ni hah, banyak lagi nak kena siapkan. Nanti kakak turun eh. " balasku.

Pipi adikku yang bernama Deserie yang baru berusia 15 tahun itu kupegang lembut.

"Kakak... Kenapa ni? Cuba cerita kat adik. " tanya adikku bila air mataku mula jatuh membasahi pipi kakak tersayangnya.

" Adik.. Bila kakak dah tiada nanti, adik ambil tugas kakak jaga mak eh? Kita dah tiada siapa-siapa dah dalam dunia ni. Mak je yang kita ada. Adik jaga mak baik-baik tau. "

"Kakak, ewww.. What are you talking about? Trust me. You will be just fine kakak. Echi tak nak lah dengar benda ni lagi. I know you are strong kakak, I know you can fight this disease." balas Deserie sambil mengusap pipiku.

Suasana sunyi memenuhi bilik tidur kepunyaanku. Hanya terdengar suara tangisan aku dan adikku di dalam kesunyian itu.

"Irah... " Satu suara menghentikan lamunanku yang telah berlangsung selama berjam-jam.

" Ye mak, ada apa dia? " sahutku lembut.

" Kamu ni, kamu yang tengok tv ke tv yang tengok kamu? Tau tak bil elektrik sekarang ni mahal? Kamu tu duk membazir je " ujar ibuku tidak puas hati dengan perbuatan ku.

Ya, Siti Kartini Malyani, ibuku yang nampak tua tapi masih muda jiwa raganya. Setiap malam pasti terdengar bunyi lagu-lagu "omputih" yang tengah meletup sekarang.
Ibuku tidak pernah menunjukkan kesedihannya kepadaku mahupun adikku walaupun ayah baru sahaja pergi meninggalkan kami 2 tahun yang lepas.

" Laaa, sorry la mak. Bukan apa, teringat kat penyakit Irah ni je." balasku.

" Oh ye tak ye, kamu dah jumpa doktor kan haritu? Apa doktor kata? Semuanya baik-baik je kan? "
Matanya yang sayu membuatku sedih untuk memberitahunya perkara sebenar.

"Mmm, ye mak semuanya baik-baik je. Mak takpayah lah risau eh? Irah kan kuat. Irah boleh jaga diri sendiri. Mak tu yang kena jaga kesihatan. Takyah lah buat kerja-kerja berat lagi ye mak. Irah kesian tengok mak ni. " kataku sambil air mataku mengalir di pipiku.

Ibuku yang selama ini menjaga aku dan adikku dari kami kecil, kini sudah tua. Namun, dia tetap tak berhenti berusaha untuk mencari nafkah bagi adikku yang masih bergelar budak sekolah.

" Yelah, mak kurangkan lah ye kerja mak tu. Dah pegi tido. Dah nak dekat jam 1 pagi dah ni. Besok nak kena bangun awal tolong mak cuci tingkap, mop lantai, kasi makan ayam, bersihkan tandas... "

"Ahhh takk nakkkkkkkkkkkkk " jeritku sambil berlari masuk ke bilik.

Aku berlari kembali ke luar untuk mencium tangan ibuku sebelum masuk tidur. Sempat ku mengucapkan dua patah perkataan yang membuatkannya tersenyum hingga ke pipinya.

"Sayang mak. "
Demi Tuhan, aku sayang mak aku.

-end of part 1-

Paris! In LoveWhere stories live. Discover now