Bab 4

42 1 0
                                    

              "Jeng jeng jeng.. akak dah nak kawin.. Akak dah nak kawin.."

               Seperti biasa adikku akan menyakat ku bila Puan Sri Keiah datang melawat ibuku di teratak kami yang tak seberapa ini.

              "Ish adik ni. Apa cakap macamtu? Puan Sri tu datang sebab rindu kat mak lah. Kan diorang dah lama tak jumpa." balas ku tidak puas hati.

            "Eleh, kalau rindu pun, takkan hari-hari datang? Siap bawak Encik Hazwan Zaqri lagi. Tak ke macam ada udang di sebalik mee tu?" ujarnya.

            Ada benar kata adikku. Apakah yang sedang berlaku? Adakah dia jodohku? Aips aips..

           "Dah, pegi buat kerja rumah tu. Kakak tau.. folio sejarah kamu belum siap kan? Dah pegi siapkan." kataku memutuskan perbicaraan sebelum ia semakin jauh ke laut.

          "Irah.. meh sini jap. Encik Hazwan Zaqri nak jumpa kamu jap." Kedengaran suara ibuku memanggil dari ruang tamu kami.

            "Haaa tengok tu, nak masuk minang lettew. Hehehehe. Untung la kakak dapat suami tengku, kaya pulak tu. Adik pun nak jugak bersuamikan tengku. Tu pun kalau dapat. Ngehehehe. Mesti best kan dapat suami tengku. Nanti taklah orang pandang rendah kat adik. Takdelah orang nak kata adik ni miski-".    

           "Deserie! Diam! Akak tak nak adik cakap macam tu. I don't you to even think about it! Akak tak suka. Akak tau keluarga kita takda harta banyak macam keluarga Datin Keiah tu, tapi adik tak perlu lah nak conteng arang dekat muka sendiri. Kesian mak. Kalau mak dengar adik cakap macamtu, kecik hati mak tau!''

           Laju Irah mencantas kata-kata adiknya itu. Dia tak mahu mendengar lebih lanjut akan kenyataanya yang kurang sopan itu. Dia tahu adiknya tidak berniat untuk berkata sedemikian, tapi apakan daya? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

            "Sorry akak. Deserie tak berniat nak cakap macamtu. " balas adiknya sedih. Riak wajah 10 sen diajukan kepada kakak nya itu. 

            "Yelah yelah. Janji tak buat lagi eh. Haa akak pegi lah sana. Nanti marah pulak mak kalau akak lambat-lambat kat sini." Riak wajah sedih masih ditunjukkan di muka Deserie. 

             Sesungguhnya dia masih rasa bersalah terhadap kakaknya. Namun disorokkanya perasannya itu daripada kakaknya sebelum dia tahu bahawa dia tengah bersedih. Hanya senyuman mampu dipamerkan di wajahnya untuk menutup rasa bersalahnya.

             "Haa yelah. Akak keluar dulu lah ye. Adik tu. Fokus pelajaran adik jangan nak gatal sangat nak cari laki muda plus kaya. Nanti dapat laki gemok, pemalas baru tau macam kawan akak Hafiz tu baru tau."

              " Okey... okey..." balas adiknya selamba. 

              Zahirah pun berjalan ke ruang tamunya dengan hati yang berat. Dia tahu, Encik Hazwan Zaqri tidak menyukai kehadirannya. Namun, dia tetap menabahkan diri demi ibunya.

             "Really nigga? Dia pakai baju macamtu depan aku? Ini yang mama nak kasi jadi menantu? Please lah. Takde class langsung. Muka tu bolehlah. Walaupun berjerawat sikit. Jerawat aku masih boleh terima. Tapi gaya penampilan dia ni? Sorry morry lah. " getus Wan dalam hati. 

               "Buruknya!" Tanpa disedari, kata-kata itu terlepas keluar dari mulutnya. 

               "Ehh, apa cakap macamtu? Tak baik tau!" marah Datin Keiah. 

              "Tak, maksud Wan, buruknya dunia ni jika tiada Zahirah mak." 

             Sengih Wan diendahkan oleh Datin Keiah. Pandangan wanita tua itu dialihkan ke arah Zahirah. 

            "Irah. Nak tak jadi bini Wan?" Tiada ribut, tiada hujan terus sahaja soalan itu meluncur keluar dari mulut Datin Keiah.

            "WHAT? Mama cakap kita datang sini  sebab mama rindu Puan Kartini. Ni dah nak minang anak orang ni kenapa? Wan tak setuju!" bantah Wan keras. 

             "Kalau tak setuju. Terima dia kerja!" kata Datin Keiah.

             " Ta.. ta.. pii......" kata-katanya putus apabila Datin Keiah bersuara keras.

            " No objection!"

            "Fine! You can work with me. Start kerja lusa. Jangan lambat. Or saya pecat terus! Faham?!" 

           Suasana menjadi sunyi apabila Tengku Hazwan Zaqri meninggalkan rumah itu.

         

             "Apa bising-bising ni? Papa nak rehat pun tak senang lah." tegur Tengku Rizalman bila anak sulung nya itu tak berhenti-henti membebel sejak sampai di rumah tadi.

             "Papaaaa. Tengok mama ni. Boleh-boleh mama ambik anak kawan
mama yang entah pape tu kerja kat syarikat kita.  Diorang tu dahlah low class. Mencemarkan nama syarikat je lah bawak diorang masuk company. "

             Paanggg!!! Pipi flawless Hazwan dihadiahi dengan sedas tamparan bermagnitud 3.5 megaHertz yang cukup untuk memberi kesedaran kepada anaknya bahawa kata-katanya itu sudah melampau.

             "Mama tak pernah ajar Wan jadi biadap macam ni. Siapa ajar Wan biadap ni hah? Ada papa ajar? Hah? Papa ke yang ajar?" Pandangan Datin Keiah dialihkan ke arah suaminya.

             "Ehh apa tengok papa pulak? Papa ni goodboy tau. Takde naughty pun."  kata Tengku Rizalman dengan selamba. Haa tau cuak. Kalau Datin Keiah mengamuk.. Singa pun boleh tunduk tau!

              "Mama tampar Wan?! Mama sanggup tampar anak mama sendiri sebab betina tu? Tak, sekarang ni anak Mama ni siapa? Wan ke betina tu?"

              Paanngggggg!!! Kali ini, tamparan bermagnitud 9.8 pula ditujukan kepada anaknya. Namun kali ini, cepat Hazwan mengelak dan tamparan yang sepatutnya menjadi miliknya telah selamat sampai di pipi papanya. Entah bila orang tua itu berdiri  di situ.

              "Aduhhhhh. Sakitnya tuh disini. Di dalam pipiku. Sakitnya tuh disini. Ditampar biniku"  Tengku Rizalman mengusap-usap pipinya yang masih merah akibat tamparan bininya yang ganas itu.

              Datin Keiah tidak dapat menahan lalu menghamburkan tawanya. Sumpah dia tak berniat menampar suaminya yang kacak itu.

              "Eee. Tak kuasa lah Wan nak layan drama petang mama dengan papa ni."
 
              Hazwan pelik. Dalam marah mamanya, boleh pulak dia ketawa sakan. Dia mengabaikan ibu bapanya lalu mengangkat kaki pergi ke biliknya.

              "Eh, mama tak habis cakap lagi ni. Wan nak pergi mana tu?" kata mamanya. Mulutnya masih tak berhenti mengetawakan suami tercintanya itu.

              "Nak masuk bilik. Nak tido. Lagi bagus daripada layan lakonan tak berbayar mama dengan papa ni. " balas Wan selamba.

              Tanpa banyam cakap lagi. Dia meninggalkan kedua orang tua nya itu. Terselit sebuah senyuman di bibir lelaki itu bila teringat bagaimana papanya ditampar ibunya. Namun, senyuman itu pantas dimatikan apabila teringat bahawa amarah mamanya itu berpunca daripada Zahirah Alyana. Huh! Ego!.

             
   

Paris! In LoveWhere stories live. Discover now