"Doktor.. Apa penyakit saya doktor?" kataku sambil cuba menenangkan diri.
Ya aku akui bahawa aku tidak sekuat yang aku sangkakan. Hati ku lemah memikirkan tentang nasib ku pada masa yang akan datang.
" Hmm... Cik Zahirah. Cik menghidap penyakit yang sangat kronik ni. " balas Dr Faris.
Kata-katanya itu membuat ku terdiam seribu bahasa. Apakah yang dimaksudkannya dengan kronik? Apakah ajal akan mendahului untuk menjemputku?
"Cik menghidap penyakit kentut-kentut ni, hmm busuk. " katanya sambil menahan ketawa.
Aku menghela nafas lega. Segala adrenalin ku yang terembes telah kembali ke tempat masing-masing.
"Jangan happy dulu cik.. Sebenarnya tadi tu, saya nak gembirakan cik je. Banyakkan bersabar ye.. Sebenarnya cik menghidap....." sambung Dr Faris semula.
Mata ku membutang. Aku menjadi tak keruan bila mendengar jawapan daripada salah seorang Doktor Specialist di Hospital Victorian ni.
Mataku tertutup. Hanya air mata mampu melambangkan perasaan yang ku rasakan di saat ini.
"Mengapa aku diuji sebegini? Aku tak kuat, aku.. tak.. kuat.." kataku sambil mendongak ke atas melihat langit yang biru.
"Assalamualaikum.. Tini, oh Tini.. ada orang tak? ""Waalaikumusalam. Eh Puan Sri.. Eh jemputlah masuk. Irah panggil mak jap. " kataku bila terlihat sahabat lama ibuku berdiri di depan pintu rumah. Kelihatan seorang pemuda berdiri di belakangnya.
"Tampan.. " fikirku singkat.
"Eh Kiah, haa jemputlah masuk." pelawa ibuku. Terlihat semyuman terukir di raut wajahnya yang semakin tua dimamah usia.
"Eh ape Kiah? It's Keiah. Sebutannya 'Kay-Ah', baru gempak. By the way, lama dah tak jumpa kau Tini! Makin kurus kau eh? Aku ni yang makin bulat." kata Puan Sri 'Keiah' berdesup lajunya.
"Makin advance kau sekarang kan 'Keiah', dah pandai cakap omputih.'' ujar ibuku sambil tertawa melihat celoteh Minah Salleh celup ni.
"Well Tini, laki aku kan Tengku so kenalah pandai cakap omputih, nanti aku kena label perempuan low class. Eee taknak aku. Lagipun cakap omputih ni banyak bagi aku 'expensive'." kata Puan Kiah.
Aku dan ibuku saling berpandangan. Hairan dengan kata-kata Puan Keiah ni.
"Ape kejadahnya expensive Kiah oii? " tanya ibuku. Riak wajahnya yang sedang menahan ketawa itu membuat ku tersenyum.
Lama dah tak tengok ibu senyum.
Rindu."OMG. Expensive pun kau tak tau? Ish tak patut tak patut. Pengalaman lah Tini." kata Puan Keiah dengan bangganya.
"Pintarnya kawan aku seorang ni. Tu 'experience' Kiah oi. English pun tak betul ada hati nak speaking. " ketawa ibuku.
"Oh ye tak ye kan. " Puan Sri Kiah turut ketawa.
Melihat mereka berdua, aku tidak dapat menahan diri daripada ketawa. Akhirnya, kami bertiga ketawa bersama-sama."Eh mana anak kau? Bukan dia ada ke tadi? " tanya ibuku.
"Ada, kat bawah. Segan katanya nak naik. " balas Puan Kiah.
"Oh yeke, Irah pegi temankan anak Puan Sri kat bawah. Kesian dia sorang-sorang. " arah ibuku.
Aku kaku apabila arahan ibuku sampai ke gegendang telingaku.
" Biar betul mak ni? Takkan aku nak pegi teman dia? Aduhai malunya." fikirku.
" Dah ape tercegat kat situ lagitu? Dah pergi cepat. " kata ibuku. Kali ini suaranya lebih keras sedikit.
" Ye mak .. " aku akur dengan suruhan ibuku. Aku capai tudungku dan memakainya lalu turun ke tangga.
"Assalamualaikum." kataku memberi salam kepada seorang pemuda yang tidak ku kenali.
Kelihatan dia sedang khusyuk menikmati permandangan di sekitar kawasan rumah ku."Waalaikumusalam. Eh Irah kan?" balas pemuda itu.
"OMG, macamana dia boleh tau nama aku pulak ni?" fikirku cemas.
"Eh.. Ha'ah.. Mana tau nama saya?" tanyaku ingin tahu. Adakah dia ini pembunuh upahan yang diupah untuk membunuh aku?
" Hahaha, tak penting la tu. Sorry saya tak naik atas tadi. Saya nampak awak tak bertudung, tu yang saya tak naik." balasnya.
Aku kaku.
" Eh sorry la awak, tak sempat pakai tudung tadi. Eh jomlah naik. Mak saya suruh panggil awak. " ajakku.
" But before that, I'm Hazwan Zaqri. Panggil Wan je. " katanya.
" I'm Zahirah Alyana. Panggil Irah je. Dahlah jom lah masuk. " ujarku.
" Tampan, berkarisma.. Aduh. Menggugat. " fikirku sekali lagi.
-end of part 2-
YOU ARE READING
Paris! In Love
RomanceHazwan Zaqri. Seorang lelaki yang menghabiskan hari-harinya dengan membahagiakan Zahirah Alyana dengan caranya yang tersendiri. "Awak tau kan hidup saya tak panjang? Kenapa masih nak kat saya? " - Irah " Tau, tapi saya tak kisah. Meskipun waktu yang...