"WHAT? KAHWIN DENGAN ORANG CACAT? ARE YOU OUT OF YOUR MIND ADEL?" terpekik Marisa setelah mendengar hasrat hati adiknya itu. Matanya terjegil, tanda dia benar-benar terkejut. Aidan yang sedang meniarap bermain dengan kereta di hadapan mereka juga turut berhenti bermain dek kerana terkejut.
Adellia ikut sama berdiri. Tangan kakaknya itu pantas diraih lalu digenggam erat. Dia tahu kakaknya akan membantah habis-habisan namun dia tetap akan cuba memujuk sehingga Marisa setuju dengan keputusannya itu. Walau dengan apa cara sekalipun!
"He is not cacat kak.. Dia hanya tak boleh berjalan sa-"
"Tak boleh berjalan kan? Okay now tell me how is that not cacat? God's sake Adel! He literally cannot walk at all! Dia hanya akan menyusahkan Adel saja nanti! Percayalah.."
"Kakak.."
"Enough Adel.." suara Marisa bertukar lembut. Tangannya membelai pipi mulus Adellia sambil matanya merenung sepasang mata Adellia dalam-dalam. "Adel cantik dan kakak yakin ada ramai lagi lelaki yang-"
Tangan Marissa dibawa jauh dari mukannya. Bukan dia tak tahu, Marisa cuba memujuk dia untuk tidak meneruskan hasratnya untuk berkahwin itu. Dia perlu membantah juga walau apa jua caranya!
"Kakak.. Listen." Potongnya.
"Adel kahwin dengan dia bersebab. His mom pays me to marry him."
Marissa jelas kelihatan terkedu.
"Kakak ingat Adel tak waras ke siap buat keputusan untuk kahwin dengan lelaki lumpuh macam tu je?" dia ketawa sinis.
"Mummy dia tawarkan Adel duit.. Adel rasa dia beri keuntungan kepada Adel so Adel fikir why not grab je peluang ni kan? Bodohlah kalau Adel tolak buta-buta tawaran ni macam tu je.. Easy money kak.."
Membuntang mata Marissa lima saat. Adellia mengangguk lagi, menyakinkan Marisa tentang apa yang telah diucapkannya tadi.
"How much is her deal?"
Akhirnya gadis itu terbeli juga dengan kata-kata adiknya itu, sekaligus mengundang senyum di bibir Adellia. Bukan susah pun nak pujuk Marissa ni sebenarnya!
"3 juta ringgit." Bisik Adellia sambil menjongketkan kening. "Marriage contract for 3 months. Berbaloi kan?"
"Kakak teman beli baju kahwin Adel" putus Marissa sambil senyum penuh makna.
***
"HEY bakal pengantin baru.. You nak kawin kan hujung minggu ni? Borang cuti dah isi?" soal Amelia sebaik saja dia lihat batang hidung Adellia di meja kerja. Kopi panas yang dibuat di pantry tadi dicicip perlahan sementara menanti jawapan dari sahabatnnya itu.
"HR said boss gave me 1 week cuti tau" ujar Adellia dengan muka berlagak.
Amelia terus ambil tempat di sisi Adellia. Mug dipegangnya tadi diletak atas meja.
"Eh? Senangnya dapat approval? Bukan haritu you kata nak cuti Isnin saja?"
"Tan Sri izinkan.. Takkan I nak tolak.. Goodluck uols kerja tanpa I okay?"
Amelia beri jelingan maut. PC di depannya itu dihidupkan. "You pasti ke nak kahwin dengan dia? Masih sempat lagi untuk ubah fikiran. Bukan apa, you nak duduk satu bumbung dengan dia lama tau. Tanpa cinta pula tu. It's gonna be hard for you nanti"
"Define hard"
"Okay look. You orang kahwin tanpa cinta, right? Then you're gonna stay with him for a couple of months. You don't even know him.. His attitude.. Is he abusive or not.. Hot tempered ke? You and the world never know. Maybe I'm just exaggerating and maybe he's nothing like that but sis, the probability is still there. You'll marry a complete stranger tau. Anything is possible"
Adellia diam sejenak. Kata-kata gadis berbangsa cina itu ada betulnya juga. Dia sendiri tak pasti perangai sebenar lelaki itu bagaimana. Dibuatnya kaki pukul ke.. Kaki maki ke macam mana?
Tapi look on the bright side Adel.. His mom offers you RM3 million kot. Tak nak ke? Senyum terus diukir dibibir. Wajah kawannya itu dipandangnnya semula.
"I'm positive he is a good man. I want to marry him"
Amelia mengeluh kecil. "Betul la orang kata.. Money can make people blind"
"You doakanla semoga satu hari nanti I dibutakan dengan cinta dia dan bukannya dengan duit mak dia.. Tapi I rasa itu impossible kot.. Takkanla I pilih cinta dari duit? Cinta bukan boleh bagi kebahagiaan yang hakiki pun. I boleh hidup bahagia tanpa cinta lelaki.. I don't need love" kata Adellia penuh yakin.
"Careful when you're talking. Your words might eat you darling"
"Trust me it won't. Itu prinsip I dan ianya tak akan berubah" jeda. "By the way, jangan lupa datang majlis I nanti tau. You kena teman I sebab I mungkin tak nak bawa ahli keluarga I datang ke majlis tu.. I tak nak keluarga mertua I kenal family I"
***
ADELLIA menghentikan kereta di hadapan banglo tiga tingkat itu. Berdebar-debar jantungnya pada ketika itu. Maklumlah, pertama kali untuk jumpa anak Dato' Zahirah la katakan.. Wajarlah debarannya lain macam.
Blaus bermotifkan bunga-bunga kecil itu dibetulkan ala kadar. Rambut dan gincu dibetulkan juga. Risau selekeh nanti anak dato' Zahirah reject pula! Turun dari kereta, dia terus melangkah masuk ke perkarangan rumah besar itu. Kata Dato' Zahirah, masuk saja kedalam. Buat macam rumah sendiri.
Tatkala dia sedang berjalan, matanya menangkap kehadiran seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi roda membelakanginya. Lelaki itu sedang memegang bekas berisi makanan ikan, di hadapan kolam ikan. Dia senyum sedikit. Barangkali itu ialah Haze, anak tiri dato Zahirah memerangkap bakal suaminya.
"Assalamualaikum" ucapnya sambil mengatur langkah ke arah Haze yang masih belum menoleh. Adellia kerut dahi sedikit.
"Dia tak dengar ke aku bagi salam tadi? Atau pura-pura tak dengar?" gumamnya perlahan.Hatinya mula rasa tak senang. Awal-awal pertemuan pun dah rasa begini, macam mana pula rasanya nak bekerja lagi tiga bulan dengan kehadiran lelaki ini di sekirarnya? Risaunya!
"You must be Haze?" senyum dikoyak, dia cuba beramah mesra dengan lelaki itu setibanya dia di sisi lelaki itu.
Wajah lelaki itu ditilik walau dari tepi. Benar, lelaki itu nampak berganda lebih kacak berbanding dalam gambar.
Haze masih belum berpaling namun tangannya masih bergerak melempar makanan ikan ke dalam kolam.
Tak puas hati dengan respons yang diberi, Adellia hulur tangan pula.
"I Adellia.."
Terasa seperti pengenalan dirinya tadi disambut dengan bunyi cengkerik saja. Haze langsung tak bersuara. Dasar!
Sedar-sedar saja kerusi roda Haze sudah diundur kebelakang dan seterusnya ditolak menuju ke pintu rumah. Adellia tarik tangan ke sisinya semula. Malu, salamnya langsung tak bersambut!
Tergamam Adellia seketika sebaik saja matanya menjamu rupa Haze tanpa jambang seperti dalam gambar kelmarin. Walaupun sekilas, dia dapat cam wajah itu!Ini kan....
YOU ARE READING
Kerana Dia Untukku (E-book)
RomanceEBOOK IS OUT ON Shopee! Adellia diupah menjadi isteri kepada Hazeman Iskandar yang lumpuh itu selama 3 bulan. selama 3 bulan itu dia perlu bikin lelaki itu sukakan dia sepenuh hati namun, dia perlu mengawal hatinya sendiri agar tidak terlamau menjiw...