Bab 17

5.2K 291 10
                                    

Makanan ikan digenggam sebelum dicampak ke dalam kolam. Geli hatinya melihat ikan-ikan koi itu berebut makanan sesama sendiri. Mertuanya tiada dirumah. Mereka ke majlis hi tea anjuran rakan kongsi dato' Mustafa. Jadi hanya ada dia, Haze dan bibik saja dirumah.

"Seronok rupanya beri ikan makan. Terapi jiwa!" gumam Adellia kecil.

"Adellia.." terlompat kecil Adellia setelah terdengar namanya tiba-tiba saja dipanggil. Lantas, dia menoleh.

Haze sedang menuju ke arahnya bersama kerusi roda.

"Nak ikut aku?" 

"Pergi mana?"

"Makan laksa" Adellia sudah membuntang matanya. Air liurnya terus jadi kecur dengan serta merta.

Makanan kegemaran dia tu!

"Nak!! Nak!!" balas Adellia, teruja. Balang makanan ikan terus ditutup dan ditempatkan di tepi kolam. "Adel siap kejap"

"Eh tak payah" Haze pantas melarang. Tubuh isterinya itu ditilik atas bawah. "Dah okay dah ni.. Jom.. Jom"

Cemberut muka Adellia sambil menyental span pada tayar kereta Haze. Tadi ajak makan laksa. Tiba-tiba kena basuh kereta! Busuk betul permainan Haze ni!

Suaminya yang seronok bersiul-siul itu dipandangnya. Seolah-olah sengaja menyakitkan hati dia.

"Basuh bersih-bersih ya tayar tu.. Nanti wax sekali" tambah Haze lagi sambil menyiram air pada badan kereta Mercedes Benz A250 hitam itu. Sesekali sengaja dia menyiram ke arah tayar yang Adellia sedang cuci. Biar dia basah. Dalam masa yang sama, dia menguji kesabaran isterinya itu dalam diam.

"Bukannya kotor pun keretanya.. Sengaja je kan nak buli?"

"Hm.. Suami minta tolong.. Tak baik tau pertikaikan.. Berdo-"

"Iya tahu berdosa.. Sorry" kata Adellia separuh hati. Tak ikhlas langsung.

Selesai mencuci kereta, Adellia labuh duduk di pondok kecil bersebelahan dengan kolam renang itu. Curi nafas yang hilang. Haze tak habis-habis buli dia dari tadi. Ada saja tak kena dimatanya.

"Macamla kereta dia tu berdebu sangat.. Padahal elok je berkilat macam baru keluar dari showroom.. Huh sengajala tu nak busuk hati dengan aku" gumamnya perlahan sambil matanya tajam memandang Haze yang sedang menuju ke arahnya.

Sengih-sengih.. Sakit pula hati aku ni!

"Kenapa duduk sini lagi? Kan aku suruh siap-siap"

"Penat tau.. Bagila orang rehat kejap"

"Ah tak ada.. Tak ada.. Basuh pun mengecoh ada hati nak berehat konon.. Aku bagi kau masa 10 minit je untuk bersiap. Lambat, cancel"

"Bagila Adel rehat ke-"

"9 minit 59 saat" potong Haze sambil melihat waktu pada jam tangan.

Adellia terus bangun dan pergi. Muka jelas nampak tak puas hati. Kakinya sengaja dihentak-hentak ke tanah. Tunjuk perasaan!

"Tak baik tau hentak-hentak kaki macam tu. Dosa" laung Haze. Dia ketawa kecil sebaik saja Adellia mengucapkan kata maaf dan berjalan seperti biasa semula.

"Comel betul perangai. Seronok nak buli ni!"

Sepuluh minit menunggu, Adellia muncul di ruang tamu. Dia hanya mengenakan t-shirt kosong bewarna merah jambu lembut dan jeans. Rambut didandan dan dikenakan topi di kepala. Muncung dibibir masih ada.

"Hm siap dah isteri aku ni ha.. Hampir-hampir je aku nak cancel plan tau sebab kau lambat" Haze masih bersenang lenang di atas sofa itu bersuara. Telefon bimbit dimasukkan ke dalam kocek seluar. "Tu muncung tu nak bawa juga ke?"

"Mana boleh nak tanggal" Adellia menjawab. Dia kemudiannya mendekati Haze, bantu lelaki itu naik ke kerusi roda.

"Nah" kunci kereta berambang Y terbalik itu dihulurkan buat Adellia. Isterinya itu geleng laju.

"Adel tak pandai bawa kereta mahal.. Naik kereta Adel sajala eh?"

"Belajarla bawa.. Aku bukan beli kereta tu saja-saja tau.. Aku hadiahkan untuk kau"

Terdiam Adellia seketika. Wang hantaran Haze beri dia bernilai 2 juta, kali ini dia kasi kereta mewah pula? Dia uji aku dengan kemewahan ke ni? Dia sengaja nak lihat sama ada aku mata duitan atau tidak? Tak tahula. Yang penting dia benar-benar rasa kurang senang pada ketika itu. Seolah- olah seperti dia ambil kesempatan ke atas suaminya pun ada.

"Adel tak nak terima"

"Ni termasuk dalam hantaran kau.. Ambil la" kunci itu tetap dihulur oleh Haze ke arah isterinya itu. Adellia geleng lagi,

"Tak nak" Haze membalikkan kerusi rodanya, menghadap isterinya.

"Kenapa?"

"Boleh tak beri kasih sayang instead of showering me with all this luxury stuff, Haze? Adel tahu, Haze mampu nak bagi semua benda ni tapi penting sangat ke mandikan isteri dengan kemewahan? Haze nak pentingkan material dari cinta dan kasih sayang dalam hubungan ni? Is that it?"

Soalan itu membuatkan keadaan jadi tegang.

"Kasih sayang aku mahal tau. Kau ingat senang nak dapat?" jawab Haze berniat untuk bergurau.

Hati Adellia pula pada ketika itu berhati tisu, dia termenangis di depan Haze. Kata-kata suaminya itu padahal biasa-biasa saja. Tak menusuk mana pun tapi dia betul- betul terasa

"Alright. Bye" Adellia terus berlari ke atas. Tinggalkan Haze sendirian di ruang tamu.

Pintu bilik ditutup rapat. Adellia bersandar padanya. Air mata cepat-cepat dikesat. "Nasib baik tak susah sangat nak menangis tadi"

Tak lama, dia senyum.

"Bodohla kalau aku tolak kereta yang dia bagi. Nak tunggu gaji aku kerja? Sampai pencen pun belum tentu merasa nak pakai kereta mewah!"


Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now