"Senyap saja you malam ni.. Makanan pun kuis-kuis saja.. Kenapa?" Nubhan menyoal sambil matanya mencerlung ke arah pinggan si isteri. Wajah Marissa yang tak beriak itu dipandang pula.
"Papa.. Nak chicken" Aidan berkata, mengganggu kosentrasi Nubhan pada isterinya.
Ayam goreng di depan pinggannya itu diambil lalu diletak ke dalam pinggan Aidan membuatkan anak kecil itu diam menikmati makanan kegemarannya itu.
"Makan elok-elok"
Aidan angguk saja.
"Teringat kat kekasih lama ke?" Kali ini, Nubhan perli pula. Matanya sambil-sambil itu menjeling ke arah Marissa yang sudah terbuntang matanya itu.
"You.. Kita kat depan anak tau. Jangan mulakan boleh tak? Control sikit baran you tu depan Aidan"
Meja terus dihentak, membuatkan Marissa dan Aidan tersentak. Aidan sudah kemam mulut, takut dengan perubahan muka papanya itu.
"Jadi betul lah?" Suara Nabhan bertukar tinggi.
"Betul apa you ni?"
Terus, nasi di dalam pinggan Marissa dicekup lalu dilumur dengan kasar ke wajah isterinya itu tanpa memberi sebarang amaran. Aidan sudah menjerit menangis di kerusinya melihat perbuatan papanya kepada mamanya itu.
"KAT MANA YOU JUMPA DIA?" Jerkah Nubhan membuatkan Marissa menunduk takut.
Buat masa itu, air mata sudah bercucuran ke pipi. Sedih dan malu terhadap Aidan kerana diperlakukan sebegitu rupa.
Bengang dengan diam Marissa, Nubhan terus bangun lantas mendapatkan isterinya itu. Rambut Marissa digenggam pula membuatkan beberapa helai rambut itu tercabut dari kulit kepala.
"Papa jangan buat mama macam tu"
"You jangan buat I macam ni.. Sakit"
"AKU TANYA KAT MANA KAU JUMPA SI CACAT TU? APA KAU DAH GATAL SANGAT NAK GET BACK SEMULA DENGAN DIA KE? THEN WHAT NEXT? KAU NAK BERNIKAH DENGAN DIA?" tubuh Marissa seterusnya dihumban ke lantai dari kerusi membuatkan wanita itu menjerit kesakitan.
Dari rentak nafas Nubhan, Marissa tahu dia bakal dipukul habis-habisan pada malam itu.
***
"HAZE.."
"Ya sayang"
Sebelah tangan Adellia yang tadinya memegang steering kini sudah ditempatkan di mulut. Suka dengan cara Haze menggelarkan dirinya tadi. Sayang.
"Alah.. Alah.. Sukanya dia" Haze sudah geleng kepala. Pada masa yang sama dia suka melihat manja Adellia begitu.
"Sayang.. Kejap.. Ada benda nak bagi" ujar Haze dalam pada masa yang sama sibuk menyeluk saku jeansnya umpama cuba mengeluarkan sesuatu darinya.
Adellia hanya pandang sekilas saja sebelum tumpuannya di alihkan ke jalan semula. Paparan Waze juga dipandang untuk melihat jalan. Hampir sampai ke destinasi nampaknya. Tak sabar rasanya dia untuk meluangkan masa bersama Haze nanti.
"Ni.." Adellia menadah tangan di bawah genggaman Haze.
"Nak bagi apa ni sebenarnya? Adel tak faham" sebaik saja Adellia habis berbicara, tangan Haze menggenggam tangannya ke bibir lelaki itu.
Haze nak pegang tangan dia rupanya!
"Ala..." Adellia sudah menjerit suka. Badannya sengaja digoncang, ikut rasa gembira dalam hati.
Kalau di luar, mau dia melompat suka dah ni!
"Adel dahla tengah drive ni.. Kenapa cuit-cuit hati Adel macam ni. Kenapa sweet sangat rasa nak jerit je!! Sayaaaaang" Adellia merengek pula. Sungguh senyumnya pada ketika itu begitu lebar dari biasa.
"Eei over tau dia ni.. Isteri siapa enta-"
"Saranghae" potong Adellia dalam nada manja dan sambil-sambil itu dia menjeling manja ke arah suaminya itu. Sekadar mahu melihat reaksi Haze selepas dia menuturkan perkataan keramat itu.
"Sorry tak faham bahasa asing" perlahan, senyum Adellia hilang dari bibir sebelum dia mencebir. Terus musnah impiannya untuk mendengar balasan yang sama keluar dari mulut Haze. Nadanya tadi pun biasa-biasa saja. Lurus saja.
"Balasla saranghae balik"
"Tak naklah.."
"HAZE!!" Jerit Adellia, lepaskan marah yang disimpan dalam hati membuatkan Haze ketawa.
Terus, dagu runcing si isteri diusap lembut,
"Ye I love you too sayang.."
YOU ARE READING
Kerana Dia Untukku (E-book)
Storie d'amoreEBOOK IS OUT ON Shopee! Adellia diupah menjadi isteri kepada Hazeman Iskandar yang lumpuh itu selama 3 bulan. selama 3 bulan itu dia perlu bikin lelaki itu sukakan dia sepenuh hati namun, dia perlu mengawal hatinya sendiri agar tidak terlamau menjiw...