Uncang teh dimasukkan ke dalam teko. Teko itu kemudiannya dibawa dekat dengan penapis air, isi air panas. Adellia menyanyi kecil. Mana tidaknya? Haze suap dia makan pagi tadi.. Tak ke ceria dia jadinya!
Celik mata saja, Haze request nak minum teh yang isterinya bancuh. Dengan besar hatinya dia terus turun lepas mandi tadi. Hanya dia dan mak Biah saja di dapur pada ketika itu. Mertuanya masih dibilik. Mak Biah pula sedang menggoreng cucur di belakang.
"Bukan main mengada ya you semalam.. Tak nak turun makan konon. You nak suruh anak I pergi menatang dulang naik ke atas, layan you macam permaisuri ke?" teguran itu terus mematikan niat Adellia dari terus menyanyi.
Dia menoleh kebelakang. Dato' Zahirah sedang mengatur langkah ke arahnya.
"Adel tidur awal semalam mummy.. Penat sikit sebab tu tak turun makan" senyum disertakan sekali pada bibirnya.
Wanita itu julingkan mata ke atas.
Adellia tahu itu bukan petanda yang baik.
"Lain kali, jangan mengada-ada ikut kepala sendiri saja. Ingat.. You bekerja dengan I untuk serve Haze. Which means, kalau dia makan, you kena makan. Kalau dia belum tidur, you tak boleh menonong pergi tidur dulu dari dia. Know where you stand, Adellia.."
Adellia angguk faham. Dia menunduk,
"Maafkan Adel mummy"
"Takkan I asyik nak kena ingatkan you itu dan ini. Mana otak you?" dahi Adellia ditunjal pula.
"Common sense Adellia.. You tengah bekerja so buat cara bekerja. Ish penatla I asyik nak bising-bising macam ni dekat you. You belajar sampai Master degree kan? Takkan otak pandai macam ni pun tak boleh berfikir?"
"Adel minta maaf mummy.. Adel akan lebih berhati-hati lepas ni"
"Tak guna belajar tinggi-tinggi tapi bodoh. Menyesal I kenalkan you dengan Haze tau tak?"
Teko itu ditepis dato' Zahirah membuatkan isi dalamnya berkocak keluar dari mulut teko. Air panas itu memercik mengenai perut dan tangan Adellia. Teko itu cepat-cepat diletakkan ke atas meja.
"Ouch panas" Adellia mengaduh kecil. Tisu dapur yang ada berdekatannya itu terus diraih. Ditekap pada tangan dan perutnya supaya air itu hilang.
"Diam. Jangan nak manja sangat"
***
"STRESS je muka tu.. Kenapa?" pertanyaan Haze mengganggu konsentrasi Adellia yang sedang tenang memandu itu.
Adellia senyum kecil namun matanya masih melekat pada jalan di hadapan.
"Adel nak tanya satu soalan boleh?"
Haze angguk kecil. "Tanyalah"
"Haze marah ke Adel tidur awal dari Haze semalam?" lelaki itu dikerling sekilas.
"Tak.. Dah kau penat.. Tidur jelah. I have no problem with that. Buat apa nak marah?" Adellia angguk kecil.
"Satu lagi soalan" jeda. "Sekiranya satu hari, ditakdirkan Adellia terbuat silap yang paling besar dan ianya mampu menjejaskan kepercayaan Haze pada Adel.. Will you stay with me?"
Suasana bertukar senyap seketika.
Haze kelihatan seperti sedang berfikir.
"Well it actually depends on how big your mistake is.." Adellia angguk kecil seolah-olah dia faham tentang apa yang dicakapkan oleh lelaki itu.
"Tapi.. Tak kirala sebesar manapun salah kau kepada aku, ia sikit pun tak akan mampu jejaskan hubungan kita inshaAllah" tangan Haze mula meraih tangan Adellia yang direhatkan di atas tombol gear.
"Apapun aku akan cuba rasional. Kalau kau buat silap, aku akan betulkan. Kalau aku buat silap kau betulkan. That is how relationship works. Fixing each other" kenyataan Haze itu mengundang senyum di bibir Adellia tanpa dia sedar.
Macam comel je ayat tu. Fixing each other.
"Oh by the way.. Lupa nak tanya. Kau buat apa dengan mummy dalam bilik stor semalam?"
YOU ARE READING
Kerana Dia Untukku (E-book)
RomanceEBOOK IS OUT ON Shopee! Adellia diupah menjadi isteri kepada Hazeman Iskandar yang lumpuh itu selama 3 bulan. selama 3 bulan itu dia perlu bikin lelaki itu sukakan dia sepenuh hati namun, dia perlu mengawal hatinya sendiri agar tidak terlamau menjiw...