Bab 15

5.3K 326 20
                                    

"I.. I did.." takut-takut Adellia menjawab. "Kenapa mummy tampar Adel? Out of sudden?" soalan demi soalan keluar dari mulut Adellia. Dato' Zahirah senyum sinis. Persis watak antagonis seperti dalam drama tv!

"You asked me that Adellia?" Adellia yang masih terpingga-pingga hanya mengangguk.

"As far as I am concerned, Adel tak langgar mana-mana syarat dalam kontrak lagi.." kata Adellia, yakin.

Terus, dato Zahirah memegang muka menantunya itu kuat membuatkan mulut Adellia memuncung sedikit.

"Haze talked about having a baby together with you and that means, he wants to have a child with you." Ujar Dato Zahirah, dalam nada yang rendah. Giginya sengaja diketap dan matanya juga sengaja dijegil.

"Sudah tertulis dalam kontrak, you tak dibenarkan untuk disentuh oleh Haze dan I tak nak Haze ada keturunan yang keluar dari perut you.. You dan dia tak sama taraf, Adellia" pegangan pada muka gadis itu terus dilepaskan.

Dahi Adellia ditunjal pula berkali- kali. Geram benar dia terhadap Adellia nampaknya.

"I nak you ingat hal ni baik-baik.. You hanya isteri dia yang I upah sebanyak RM 3 juta ringgit untuk hidup bersama dia selama tiga bulan.. You hanya isteri dia atas kertas saja dan I bayar gaji you sejuta ringgit setiap bulan. Faham? Jangan nak berangan sangat nak jadi puteri raja sedangkan diri you tu.." dato Zahirah ketawa sinis.

"Tak layak pun jejakkan kaki di rumah agam I ni.. Jijik" sambung wanita itu lagi, berbaur hinaan pula.

Adellia tunduk sedikit. Matanya sudah berkaca. Rasa kerdil benar dia apabila dihina sebegitu rupa. Seumur hidup dia, tidak ada orang yang pernah menghina dia dek kerana statusnya kurang senang. Hina sangat ke jadi orang miskin?

"Adellia.. Tolong ambilkan air kejap.. Aku hauslah"

Dato Zahirah dan Adellia masing- masing sudah tersentak. Wanita berusia 50an itu sudah menggelabah. Menggelabah kerana bekas tamparan tangannya pada muka Adellia itu jelas kelihatan. Apa pula kata Haze nanti?

"Adellia?" Panggil Haze lagi.

"Lap air mata you sekarang dan keluar. Cover pipi you tu" Tubuh Adellia ditolak sedikit membuatkan gadis itu terdorong kebelakang.

Adellia mengelap sisa air jernih di tubir mata. Senyum manis dikoyak dibibir, khas buat suaminya. Pintu stor itu terus dikuak dari dalam, menampakkan Haze yang sedang menuang air di meja makan.

"Hai" Adellia menyapa tatkala dia pergi mendapatkan Haze yang sedang berura-ura untuk meneguk air kosong di gelas.

Haze senyum kecil sambil matanya dipakukan pada wajah isterinya membuatkan Adellia berpaling sedikit. Risau Haze perasan akan tanda pada pipinya itu.

Gelas kembali ditempatkan di atas meja.

"You okay?" Mata Haze sengaja dikecilkan. "Buat apa dalam stor sana?"

Adellia geleng kecil. Tak tahu soalan yang mana yang dia perlu dijawab terlebih dahulu.

"Adellia.. Mummy dah jumpa mop yang kita cari tadi..." dato Zahirah pula keluar dari stor itu sambil memegang batang mop.

Mata Haze terus mencerlung ke arah wanita itu. Kenapa dato Zahirah tiba-tiba pula cari mop di stor?


Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now