Bab 16

5.5K 346 16
                                    

Pintu bilik Haze dibuka Adellia. Kelihatan, Haze sedang menunaikan solat Zohor di ruangan berdekatan dengan tv. Perlahan, Adellia melangkah masuk ke dalam. Matanya melilau menikmati keindahan bilik suaminya. Tema hitam putih.. Nampak kemas dan elegan.

Hantaran dia dan Haze disusun elok di atas katil. Dia senyum. Tak sempat lagi dia lihat apa yang Haze beri kepada dia untuk hantaran tempoh hari. Manakan tidak? Di hari dia bersanding pun dia perlu bekerja! Nak belek pun tak ada masa.

Satu persatu dulang dilihatnya. "iPad pun ada.. Memang dia tepati janji ni"

Matanya kemudiannya beralih kepada dulang hantaran yang berisi sekeping kertas kecil yang dipamerkan di frame gambar. Frame itu tidak disentuh langsung. Dia hanya pandang tanpa berkelip mata. Kaget.

"Dia bagi 2 juta kat aku untuk duit hantaran?" dijelingnya ke arah suaminya itu yang kelihatan sudah beri salam. Hampir selesai solat.

Dia tahu sepatutnya dia melompat girang tetapi kenapa sedih pula yang dia rasai? Adakah kerana kontrak yang terikat diantara dia dan dato' Zahirah yang dimanterai di luar pengetahuan suaminya itu?

Langkah terus diatur menghala kearah suaminya itu. Duduk dilabuhkan disisi kerusi Haze. Termenung dia melihat sejadah yang Haze bentang itu.

Nanti sebelum balik, aku kena ambil telekung hadiah hantaran yang Haze beri. Boleh solat sama-sama. Dia senyum kecil.

"Kenapa tunggu?" soal Haze sambil menghulur tangan untuk Adellia salam.

Hulurannya itu disahut Adellia dan dikucup lembut. "Jadi isteri yang baik ya Adellia Natasya"

Adel angguk kecil. Dia angkat muka pandang Haze. Sugul saja wajahnya itu membuatkan kening Haze berkerut.

Mesti ada something yang Adellia sorokkan ni!

"Okay tak? Muka macam ayam berak kapur saja aku tengok"

"Boleh tak-" cepat-cepat Adellia geleng. Tak tahu macam mana nak susun ayat supaya hasrat hatinya itu tak disalah tafsirkan oleh Haze.

"Boleh apa? Ini yang aku geram ni.. Cakap separuh-separuh" suara Haze kedengaran keras sedikit.

Adellia diam saja. Dia menunduk pula. Tak payahlah teruskan hasrat kau tu. Bertahan sekejap saja.. Esok ajakla dia balik rumah semula.

"Cerita dengan aku.."

"Boleh tak kita balik rumah Adel kejap lagi?"

"Kenapa?"

Adellia terus geleng kepala. "Tak ada apa"

"Pasal mummy eh? Dia buat kau tak selesa?" Adellia diam saja. Mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak.

"Mummy ada buat apa-apa kat kau dalam stor tadi?" Haze menebak lagi umpama mampu menghidu apa yang tak kena pada isterinya itu.

"Mana ada"

"Mummy marah kau?" lambat Adellia geleng.

"Adel nak pergi mandi.. Kalau Haze nak apa-apa panggil Adel eh?" senyuman kecil diberi buat suaminya itu.

Dengan itu, Adelliaterus bangun dan menuju ke tandas yang terletak bertentangan dengan ruangan closet Haze. Agak kecewa juga keranaHaze umpama tak mampu untuk baca akalnya. Nampak gayanya, dia perluhadap dato' Zahirahlah untuk beberapa hari ini

Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now