Bab 8

5.6K 296 5
                                    

Kerusi roda itu ditolak oleh Adellia, menghala keluar dari hospital itu. Pemandu Haze sudah menanti di pintu utama hospital swasta itu.

"Tadi masa checkup aku dengar perut kau bunyi-bunyi so aku assume kau lapar." Nah! Terus merah muka Adellia malu.

Buat hal lah! Perut tak behave!

"Jom pergi makan? Aku belanja sebab sudi jadi driver wheelchair aku"

"Dekat mana?"

"Mana-mana aku tak kisah.. Tapi kalau kau malu nak keluar dengan aku, kita take away pun boleh. Tak apa, aku faham je.. Ikutla kau selesa yang mana"

Adellia kerut kening. Terus langkahnya terhenti. Bahu Haze kemudiannya dicubit-cubit sesuka hati.

"Adel tak suka betul Haze cakap Adel malu nak keluar dan Haze tau.. Eii geramnya"

"Sakitla woi" kata Haze sambil cuba mengelak. Dia gelak-gelak saja. Cubit pun tak sakit. Reaksi muka saja lebih. Over tau Adellia ni!

"Hey belum kahwin dah abuse aku macamni. Lepas kahwin lunyai agaknya aku ni kau kerjakan"

"Biar! Suka sangat insecure tak bertempat kan? Hah ambil ni" dicubit lagi bakal suaminya itu.

Para jururawat yang berlegar-legar disitu hanya senyum saja melihat gelagat mereka berdua. Cocok sangat bakal pengantin itu! Bagai pinang dibelah dua!

***

MARISSA sedang menggoreng pasta buat makan tengah hari. Kedengaran, kerusi ditarik. Terus dia berpaling kebelakang sambil tersenyum melihat suaminya melemparkan senyum buatnya biarpun dalam keadaan yang masih mamai.

"Morning husband" ucapnnya sebelum kembali sambung menggaul semula.

"Hmm.. Masak apa tu?"

"Simple-simple je.. You off day eh harini? I ingat nak ajak pergi beli barang dapur nanti dekat Tesco"

Nubhan jeling jam di dinding. "Half day. Petang sikit I masuk kerja.. Pergi sendiri tak boleh ke?"

Marissa tarik muncung. Sudip sudah diletak dalam kuali. Dia balikkan badan menghadap suaminya itu.

"Asyik pergi sendiri saja.. Sekali sekala nak juga ada orang teman"

"Adik you?" cadang Nubhan. Sambil- sambil itu dia menuang air teh ke dalam mug di depannya.

"Tak boleh.. Dia busy sikit buat persiapan"

Dia mencicip teh itu perlahan sambil memerhati isterinya

"Persiapan apa?"

"Kahwin" tersembur terus air teh yang dihirup tadi, hampir-hampir mengenai muka Marissa.

Marissa ketawa kecil. "Itula I pun terkejut juga tiba-tiba saja dia buat keputusan macam tu.. Tak apalah.. Asalkan dia happy, I ikut happy"

"Dengan siapa dia kahwin?"

Marissa jungkit bahu

"Yang itu I pun tak tahu.. Dia tak cerita pula lebih-lebih. Katanya kita tak perlu datang pun majlis dia.. So tak perlu ambil berat sangat pun tak apa"

"Apasal kahwin senyap-senyap sampai kita ni dia tak jemput? Dia dah termengandung ke?" selamba Nubhan menunduh. Hubungan dia dan Adellia sebenarnya tak pernah baik. Adellia terang- terangan tunjuk kebencian dia terhadap abang iparnya itu.

"Ish you ni.. Boleh tak berhenti tuduh adik I yang bukan-bukan?"

"Huh! Dia pun tak pernah hormat I.. Buat apa I nak hormat budak tak ada adab macam dia?" Nubhan buat muka selamba. Roti yang sudah disapu mentega itu diraih dan dicarit kecil-kecil.

"Harap-harap perkahwinan tu kekal lama lah.. Bukan apa, I risau bakal suami dia tu tak tahan dengan perangai dia nanti. Jangan baru sehari kahwin dah kena cerai sudah" ujar Nubhan tanpa lapik.

Marissa geleng kepala saja. Dia tahu kalau dia ikut sama melayan dan menangkan adiknya, nasibnya mungkin akan jadi tidak baik nanti. Fikirnya, sebelum Nubhan tangankan dia, lebih baik dia sambung memasak semula.

***

PANJANG leher Adellia meninjau mana- mana meja kosong yang ada di restoran makanan segera itu. Penuh semuanya. Dia mendecit,

"Time kita nak datinglah McD ni nak penuh! Selalunya lengang je" gumamnya kecil namun bisa didengari Haze. Haze senyum saja. Seronok dengar perkataan 'dating' yang keluar dari mulut bakal isterinya itu tadi.

"Kita take away sajala.." Adellia jatuhkan pandangan ke arah lelaki itu.

"Makan dekat ofis aku" sambung Haze lagi. Adellia sudah membentuk- bentukkan bibir. Berfikir pada masa yang sama.

"Tapi nak dating dekat sini.." 

"Lepas kahwin pun boleh"

"Kita tunggu sikit lagi boleh? Kot-kot ada orang dah habis makan?" Adellia masih cuba berunding.

"Dah 10 minit Adellia kita disini.. Tak ada sesiapa pun berura-ura nak gerak.. Kau tu.. Dah 10 minit berdiri dengan heels. Nanti sakit kaki.. Aku tak ada nak urutkan"

"Haze belikanla mesin urut tu satu untuk Adel.. Confirm tak sakit dah" Adellia bercanda.

"Nak? Kejap lagi kita pergi beli"

"Orang gurau jelah"

"Balik ofis aku sajala.. Aku ada.. Kerusi urut pun ada.. Nak tak?" 

"Seganlah"

Mata Adellia melilau ke serata tempat. Meninjau keadaan perkarangan bangunan pejabat bakal suaminya itu. Segan juga dia kalau-kalau ada staff Haze yang nampak nanti. Apa kata mereka nanti? Bos bawa kekasih datang ofis? Mana dia nak menyorok?

"Jangan risau.. Ofis aku sorang je dekat second floor tu.. Tak ada sesiapa nak tengok kau pun"

Adellia menolak kerusi roda Haze menuju ke lobi bangunan itu. Makanan yang dibungkus disangkut pada pemegang kerusi roda itu.

"Adel bukan nak risau apa.. Kitakan tak kahwin lagi. Lepastu, ofis Haze sorang je dekat tingkat dua.. Kalau kena tangkap basah macam mana?"

"Kau ingat kita makan berdua?" 

"Dahtu?"

Sebaik saja kad akses Haze diimbas, pintu pejabatnya terbuka, mendedahkan beberapa orang penghuni di dalam ofis yang agak besar itu. Sepasang suami isteri sedang duduk di sofa, menonton tv.

"Dato'" kata Adellia sebaik saja matanya tertancap pada wajah dato' Zahirah. Dia dan wanita itu bersalaman. Bapa Haze juga turut ada disitu.

"Dato' sihat?"

"Eh kau ni.. Dah nak kahwin pun dengan aku.. Patutnya kau panggil mummy dengan daddy.. Dato apanya?" ujar Haze.

"Sihat alhamdulillah.. Macam mana check up tadi?" dato' Mustafa menyoal.

"Okay saja.. Serba serbi cepat.. Sebab Haze bawa pergi hospital swasta kot.. Sebabtu servis cepat" jawab Adellia sopan.

Makanan yang dibeli tadi diletakkan di atas meja. Ada raga kecil dan mangkuk tingkat juga di atas meja itu. Bekal yang dato' Zahirah bawa agaknya.

"Haze kita beli makanan untuk dua orang saja.. Kenapa tak cakap mummy dengan daddy ada? Boleh tapau lebih tadi"

"Eh tak apa..Mummy dengan daddy tak makan fast food.. Ni hah mummy ada masak lauk tadi.. Masakkan kampong" seloroh dato' Zahirah.

"Mummy ni tekak orang melayu sikit.. Ulam-ulaman kena ada. Kalau tak, dia bising" sampuk dato' Mustafa, memperolehi jelingan dari isterinya.

"Yang penting, ada budu" tambah wanita itu lagi membuatkan Haze geleng kepala.

"Habisla busuk bau ofis Haze ni mummy"


Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now