[JUNGKOOK POV]
Kenapa?
Kenapa dengan Minjae?
Dia menangis?
Semalam, aku pergi ke dapur untuk mengambil segelas air kerana tekak aku berasa haus. Aku juga ada bawakan segelas air untuk Minjae.
Sewaktu aku sampai ke bilik yang selalu aku dan Minjae berbual ataupun mengulang kaji pelajaran, aku terdengar esak tangis seseorang.
Adakah itu Minjae? Duga hatiku.
Tidak. Tidak mungkin itu Minjae. Tapi siapa lagi selain Minjae? Hanya dia seorang yang berada di bilik itu.
"Jungkook-ah, maafkan saya. Jeball, lepaskan saya. Saya dah tak tahan. Saya terseksa." Aku terpana.
L-lepaskan dia?
Aku tidak mengurungnya.
Apakah maksudnya lepaskan dia seperti....
Tidak.
Aku takkan melakukan itu.
Aku sayang dia.
Aku takkan benarkan perkara itu berlaku.
Jika ianya benar berlaku,
Aku tanggung sakit nya sendiri.