1

412 17 0
                                    

"Sayang, Riz nak bawa Dea pergi mana ni?" Aku menyentuh penutup mataku dan menggerak-gerakkan tanganku untuk mengenalpasti kedudukan Hariz.

"Sabarlah dulu sayang, Riz nak bawa Dea ke tempat yang istimewa." Hidungku terhidu suatu bau. Bau ? Asap ? Rokok ? Sejak bila Hariz merokok ? Perasaanku mulai tak selesa tapi aku menyedapkan hati sendiri dengan menganggap perkara itu nomal.

Aduh, lambat pula Hariz nak buka mata aku ni.

Aku dan Hariz dah 6 tahun bersama. Dalam 6 tahun tu kami lalui segala suka duka bersama-sama. Aku bercadang untuk memberitahu mama dan abah tentangnya tapi nanti saja kot. Aku tak rasa itu perkara yang betul.

"Sayang, jom. Riz pimpin jalan. Hati-hati jangan sampai jatuh." Hariz mula memimpin aku menuju tempat yang dikatakan istimewa itu.

Aku berjalan perlahan.

"Cepatlah sikit! Lembab betul !" Aku terkilan. Selama 6 tahun bersama, ini pertama kalinya Hariz meninggikan suaranya padaku. Kini perasaanku semakin berdebar-debar.

Aku mempercepatkan jalan. Entah macam mana kakiku tersadung batu sehingga aku terjatuh. Aku dengar Hariz mendengus marah kuat.

"Eh, perempuan. Kau kalau tak buat masalah tak boleh ke ? Asyik nak menyusahkan aku je." Tanganku ditarik kasar. Penutup mataku juga ditarik dengan kasar.

"Astagfirullah Al-Aziim. Kita di mana ni Hariz ? Tempat apa ini ? Kenapa Riz bawa Dea ke tempat macam ni ? Kalau umi dan abah tahu macam mana ?

Aku terkejut,
Aku tergamam,
Aku tersentak,

Di depan aku kini kelihatan manusia-manusia yang tidak bermoral sedang melakukan pelbagai perkara terkutuk.

Yang lelaki ketawa besar. Yang perempuan memakai baju tetapi kelihatan seperti tidak berbaju. Aku melihat diriku. Tudung labuh, baju labuh, purdah. Kenapa Hariz bawa aku ke sini ? Apa tujuannya ?

Aku mencuba untuk lari tapi niatku batal apabila muncul seorang wajah yang aku kenal selain Hariz. Cukup kenal. Malah lebih daripada kenal. Kami membesar bersama sejak berusia 5 tahun. Kongsi segala-galanya bersama-sama dan melakukan semua perkara bersama-sama.

Ya, dia. Dia anak angkat keluargaku. Medina nama yang abah berikan. Abah jumpa Medina di tepi jalan ditinggalkan ibunya. Tanpa sedar air mataku menitis apabila melihat Medina memeluk Hariz di depan mataku.

"APA SEMUA NI!!!!!!?"

Medina teesenyum sinis.

"Look here. Like what u have seen. Tak dapat tangkap lagi ke ? Dalam banyak benda yang kita kongsi selama ini. Oppss, what i mean is "semua" benda yang kita kongsi selama tak bermakna sedikit pun bagi aku kecuali ini. Sooooo." Medina mengelilingiku sambil tersenyum sinis dan berhenti di telinga kiriku.

"I nak kongsi Hariz dengan u, Madiha Hanina."
Bisik Medina perlahan.

Air mataku semakin laju mengalir.

Papp papp papp pappp pappp

"Bie, sudahlah tu. Bosan I tengok drama swasta ni kat sini." Hariz bertepuk tangan sambil meraih bahu Medina. Dia merenungku dengan tajam.

"Kau perempuan tak sedar diri. Tengoklah sikit diri tu. Bukan test aku langsung. Entah macam manalah aku boleh 'terjebak' dengan perempuan macam kau ni." Hariz menekan perkataan terjebak tersebut membuatkan aku terasa hina dimatanya.

Kau kuat Madiha, kau kuat.

Aku tersenyum.

Dan melangkah pergi. Oh, jadi inilah tempat istimewa yang awak cakap tu ye Riz. Terima kasih, istimewa sangat. Aku terharu. Huhuu.

Kenapa Harus Aku ? (Complete)Where stories live. Discover now