14

177 14 0
                                    

"Adik abang ni kenapa ni?." Aku tak ada tenaga nak jawab pertanyaan abang. Mataku sibuk memerhatikan luar cermin kereta. Seolah-olah memahami perasaanku sekarang, hujan yang turun sedikit sebanyak membuatku tenang.

"Hannah nak pergi pantai tadi." Abang Afiq memandangku hairan namun dituruti jua kemahuanku.

Sebaik sahaja tiba kembali ke pantai tadi, aku segera keluar dari kereta. Tak kisahlah hujan ke tak. Aku berjalan perlahan ditengah hujan.

Hariz,

I miss u.

***********************************

"Hannah !" Panggilan daripada abang Afiq aku hiraukan.

"Hannah, hujan tu ! Demam nanti dik." Di atas (?)  kepalaku kini ada payung melindungi diriku dari hujan.
Aku bersyukur sebenarnya ada abang begini. Caring, baik, handsome (hahaha).

"Abang tau tak kenapa Hannah nak jumpa umi dan abah Hannah secepat mungkin." Aku merenung mata abang Afiq.  

Tanganku menolak lembut payung abang Afiq. Aku berjalan perlahan menuju ke sebuah kerusi. Mujur hujan tak lebat sangat. Namun masih cukup untuk membasahi seluruh tubuhku.

Abang Afiq melangkah perlahan ke arahku dan duduk di hadapanku.

"Abang pernah ke rasa dikhianati sehingga abang kehilangan orang-orang yang abang sayangi ? Abang pernah tak dibuli disekolah ? Abang pernah diculik ?" Kata-kataku membuatkan abang Afiq tergamam.

"Aa pa maksud adik ni?" Aku tersenyum sinis.

"Hannah dah rasa semuanya." Senyuman sinisku semakin lebar.

"Dikhianati oleh 2 orang yang Hannah paling sayang. Hannah dituduh menjejaki kaki ke kelab malam sehingga umi dan abah susah nak terima kata-kata Hannah walaupun mereka masih percayakan Hannah."

Aku berhenti berbicara. Hujan semakin lebat.

"Hannah pindah sekolah. Tapi disana Hannah dibuli. Hannah diculik. Sepanjang Hannah diculik macam-macam Hannah dah lalui."

Aku berdiri.

"SEMUANYA SEBAB MEREKA BERDUA !!!!!!" Sekuat hati aku menjerit. Keadaan hujan yang mulai lebat sedikit sebanyak menenggelamkan suaraku. Namun aku puas dapat meluahkannya.

Abang Afiq membawa aku ke dalam pelukannya.

"Shhhh, jangan menangis. Abang janji abang akan tolong Hannah dan Izmeer cari umi dan abah Hannah semula ye." Aku membalas pelukannya.

"Dua orang di depan restoran tadi." Kataku perlahan. Abang Afq terkejut.

"Mereka ke?" Aku mengangguk.

"Kenapa mereka tak kenal adik?" Dulu adik lain abang. Sekarang adik bukan yang dulu lagi.

Perbualan kami terhenti.  Aku mengajak abang Afiq balik ke rumah takut mama dan papa risau pula.

*****************************

Aku membuka kotak simpananku. Kad itu masih disini. Kad yang membolehkan aku keluar dari kelab malam tempat Ed menjualku kepada Mumy.

Jaket, topi dan kaca mata ini juga masih disini. Hanya ini sahajalah benda2 yang aku sempat bawa lari semasa melarikan diri dari 'markas' Ed dan rakan-rakannya. (Rujuk bab 8)

Apa agaknya nasib budak-budak yang tak sempat melarikan diri semasa kebakaran itu berlaku.

Tanganku mengambil kad tersebut. Namanya ku baca.

Izmeer Aliff. Umur 21 tahun.

Tua tiga tahun je dari aku. Abang Afiq pun berusia 21 tahun agaknya tahun ini.

Kenapa Harus Aku ? (Complete)Where stories live. Discover now