20

170 11 0
                                    

Sudah genap 7 bulan aku dan Hariz 'couple'. Nampak sangat Hariz bangga dapat couple dengan aku. Berbahagialah dahulu selagi masih mampu.

Aku melihat keadaan sekeliling kelasku, semua rakan-rakanku sedang sibuk berlatih untuk persembahan teater yang akan berlangsung disekolah ini pada esok hari.

Tak tahulah kenapa cikgu letak aku, Medina dan Hariz sebagai watak utama. Cinta tiga segi kononnya. Huh !
Aku mula berlatih lagu utama yang akan aku nyanyikan solo di awal persembahan.

Ku tak habis fikir,
Kurang ku dimana,
Kau tega melepaskan aku.

Jauhku menatap,
Namun terlalu jauh,
Imaginasiku terberai (?).

Terdiam aku,
Beku tanpamu,
Di manakah letak hatimu.

Kau putuskan tuk mendua,
Dengan dia dibelakangku,
Padahalku pilih kamu,
Jadi cinta terakhir.

Entahlah, lagu ni kena sangat dengan diri aku yang lama. Aku kena kuat. Aku meneruskan nyanyianku.
Tiba-tiba telingaku mendengar suara sumbang dari belakang. Suara orang menguap. Atau 'sengaja' menguap. Siapa lagi kan? Korang pun tahu siapa.

Yes ! Medina.

"Saya tak sangka pula nyanyian saya boleh jadi lulaby untuk awak. Sweet dream dear." Aku menyusun kertas lirikku.

"Kau nampak ke cuaca macam nak hujan tu? Nampak sangat suara kau sumbang !." Aku diam sahaja. Namun rakan-rakanku yang lain menyokongku.

"Cerah je cuaca ni Medina. Kau dah buta ke apa ni? Tak ada pula nak hujan." Medina menjeling tajam ke arah pelajar tersebut.

"Ah ! Sudahlah kau." Medina mula berlatih sendiri. Dia ingin memastikan nyanyiannya lebih bagus daripada Hannah.

Dummmmmm !

Suara guruh kuat diikuti dengan sinaran kilat menghentikan segala aktiviti kami semua. Semua memandang ke arah Medina.

"APA?" Medina bertanya marah kerana semua pelajar melihat ke arahnya.

"Takde lah Medina. Tadi kau cakap suara Hannah sumbang sampai hujan nak turun tapi tak ada pula hujan. Sekarang kau baru nyanyi sikit dah hujan. Hahahahah" Kata-kata pelajar tersebut disambut oleh gelak tawa oleh rakan-rakan yang lain. Aku juga sedaya upaya menahan tawaku.

Medina melangkah keluar daripada kelas dalam keadaan marah. Dia menghentak-hentakkan kakinya kuat. Mindanya memikirkan sesuatu. Dia tersenyum sinis dan menuju ke ruang pakaian.

"Aku.akan.pastikan.kau.malu."
"Atau lebih tepat lagi aku akan pastikan kau tak dapat buat persembahan esok !"

*********************

"Para pelajar boleh cek baju masing-masing di ruang pakaian ye. Boleh ambil terus untuk persediaan hari esok." Kata-kata Cikgu Atiqah membuatkan semua pelajar berlari ke ruang pakaian untuk memilih baju.

Aku, Hariz dan Medina sudah ada pakaian khas yang disediakan sebab itulah kami tidak bergegas seperti yang lain.

Aku tiba di ruang pakaian. Aku terkejut, tergamam, tersentak dan semua lagi selepas melihat keadan pakaianku. Pakaianku tidak lengkap dan penuh contengan. Kemarin aku lihat pakaian aku lengkap dengan selendang dan batik.

"Aaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh"
Semua menoleh.

Cikgu Atiqah mengambil pakaianku dan pakaian Medina.

"KENAPA DENGAN PAKAIAN AWAK BERDUA ?? Persembahan tu esok. ESOK, FAHAM TAK ?"
Medina sudah menangis memikirkan nasib pakaiannya.

(Flashback)

Kenapa Harus Aku ? (Complete)Where stories live. Discover now