4

165 16 0
                                    

Aku termenung di pintu pagar sekolah. Hujan masih turun dengan lebat. Aku menggunakan payung yang diberikan oleh lelaki tadi.

Perlahan,
Aku keluar daripada pintu pagar dan berjalan tanpa arah.

Sejujurnya aku takut. Dalam keadaan hujan seperti ini banyak kes-kes yang tidak diingini berlaku. Terutama selali aku perempuan.

Tapi, aku cuma mahu menenangkan diriku. Dan aku tekad meredah hujan yang masih tiada tanda-tanda untuk berhenti ini.

"AAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH"

Tangisanku keluar kembali. Belum cukup dengan satu jeritan untuk menenangkan diriku. Kenapa nasib aku begini ? Apa salah aku terhadap mereka berdua ?

Hariz Iqbal, Medina Juliana

Dua nama yang aku pasti tak akan lupakan sampai bila-bila.

"APA SALAH AKU ?? APA ? APA ? APAAAAAAAA?"

Hati aku, seperti ditusuk-tusuk. Sakit itu tidak dapat aku jelaskan.

Akhirnya aku hanya mampu duduk ditepi jalan ini. Melepaskan payung membiarkan diriku tenggelam dalam kebasahan.

Sekurang-kurangnya hujan ini mampu melindungi air mataku yang mengalir deras.

"Tooooooloooooooooooonggg tolooooooooooooongggg"

Suara apa itu ?

"Tooooloooooooooonnngggggggg"

Automatik mindaku mengingat kembali cerita-cerita mengenai kes-kes yang berlaku di kawasan ini setiap kali hari hujan.

Ya Allah, Kau lindungilah hamba-Mu ini, Ya Allah.

Kakiku hendak melangkah pergi. Tapi hatiku berkeras untuk membantu suara yang aku dengar tadi.

"Tooolooooooongggggggggg!!!"

Sekali lagi aku mendengar suara meminta tolong.

Aku mencari suara tersebut.

"Diamlah b**** ! Ikut korang senang cerita. Naik cepat !!"

Kali ini aku mendengar suara lelaki lain pula yang lebih kasar.

Aku mencari-cari. Aku melihat sebuah van berwarna putih berhenti dihadapan seorang budak lelaki yang aku kira lingkungan umur aku.

Budak lelaki tersebut sedaya upaya menarik tangannya daripada ditarik pergi. Lelaki yang menarik itu pula, eh. Ada 3 orang. Semua memiliki tubuh yang besar.

Ya Allah, apa aku nak buat ni.

Akhirnya aku mengambil keputusan paling gila yang aku tak tahu bakal merubah seluruh diriku di masa akan datang.

Aku berlari ke arah mereka untuk menolong budak lelaki tersebut. Kehadiran aku disedari oleh salah seorang daripada mereka.

"Nampaknya, dapat 1 percuma 1. Hahahaha"

Dia meluru ke arahku. Kini aku menyesal dan mencuba berpatah balik. Namun keadaan jalan yang licin membuatkan aku jatuh tersungkur dan ditangkap oleh lelaki tadi.

Aku sedaya upaya melawan menggunakan sisa tenagaku yang masih ada. Semuanya sia-sia.

"Kau ni perempuan kan ? Nak cakap psiko tak juga. Tapi nak cakap tak psiko, lagilah tidak. Hahahah." Aku tahu dia mentertawakan penampilanku.

Tapi aku sudah tidak peduli. Apa yang aku tahu, aku nak pergi dari sini secepat yang mungkin.

"Tooooloooooooooooonnnggggggggggg"

Suaraku mengganti meminta tolong apabila aku sedar budak lelaki tadi sudah pengsan dipukul oleh salah satu daripada mereka. Aku mulai cuak melihat pisau ditangannya.

Kenapa Harus Aku ? (Complete)Where stories live. Discover now