13

172 13 2
                                    

Dia merenungku. Semua rakan-rakan abang Afiq masih merenungku. Terasa lemah lututku berdiri. Namun ku gagahkan juga untuk terus berjalan ke arah mereka. Andai sahaja mukaku tidak berubah, sudah pasti dia akan mengenaliku.

"Hai." Aku sedaya upaya menahan debaran di dada dan menyapa rakan-rakan abang Afiq. Mereka membalas dan menyuruh aku duduk.

"Sejak bila kau ada adiq ni Fiq ?" Salah seorang rakan abang Afiq bertanya.

"Adik aku ni datang sbb Allah tahu aku nak sangat ada adik." Jawapan abang Afiq membuatkan rakan-rakannya ketawa. Aku ? Seperti biasa hanya membisu dingin. Eh, ada kawanlah kali ini. 'Dia' juga sama seperti. Senyap. Dingin. Di saat rakan-rakannya yang lain sibuk bertanya khabar berkongsi cerita dan ketawa dia hanya dingin sahaja daripada tadi. Ada emas agaknya dalam mulut tu susah betul nak muka. Eh eh aku ni ckp orang . Aku sendiri pun apa kurangnya. Huhuuu .

"Iz, tahniah bro. Lepas ni kalau ada apa-apa kes bolehlah nak request kau ni." Dia hanya mengangkat keningnya. Macamlah cantik. Menyampah pula I.

Rakan-rakan abang Afiq yang lain meminta diri untuk balik ke rumah kerana ada hal kata mereka. Tinggallah aku, abang Afiq dan 'dia' disini.

Suasana sunyi membuatkan aku terbayang sesuatu. Beberapa tanda noktah berada disekeliling kami, burung gagak sedang melimpas (?) dan bunyi cengkerik bermain-main di telingaku.

"Saya nak minta tolong abang." Ewwwww, apa ni ! Aki menoleh ke arah abang Afiq. Tak sangka kata-kataku boleh membuatkan abang Afiq tersembur ke arahku. Arghh ! Aku menjulingkan mata ke atas.

"Maaf dik abang tak sengaja." Dia segera mengambil jaketnya di dalam kereta.

"Kau nak minta tolong apa?" Aku diam sebentar. Nak cerita ke tak nak. Tapi aku nak cari umi dan abah. Abang Afiq sudah kembali dengan jaket di tangannya. Dia menghulurkan aku jake tersebut. Aku memakainya.

"Abang, Hannah nak cerita." Suaraku mengecil dan kepalaku menunduk. Mereka berdua orang yang baru pertama kali aku jumpa hari ini tapi aku dapat rasa yang aku mampu bergantung kepada mereka.

Muka abang Afiq yang sentiasa ceria mulai bertukar serius seolah-olah bersedia mendengar ceritaku.

"Hannah nak cari umi dan abah Hannah." Aduh ! Sudah ! Kali ni apa lagi ? Tak kan tersembur lagi abang Afiq oiiii. Aku menepuk-nepuk belakang abang Afiq. Tak. Kali ni tersedak 'jerr'.

"Umi dan Abah Hannah masih hidup?" Aku mengangguk. Aku menunjukkan loket dan cincin pemberian umi dan abah kepada mereka. Mereka meniliknya.

"Kalau boleh aku nak pinjam dua benda ni." Aku mengangguk.

"Abang Izmeer boleh tak tolong cari umi dan abah Hannah secepat mungkin?" Mereka berpandangan sesama sendiri dan mengerutkan dahi.

"Macam mana Hannah tahu nama kawan abang ni Izmeer ?" Sudah ! Kali ni aku membayangkan ada tukul di atas kepalaku sedang menukul kepalaku.

Aku sedaya upaya menahan mukaku.

"Tadi abang ada sebut." Izmeer kembali beriak biasa. Abang Afiq pula mulai kebingungan.

"Kenapa Hannah nak cari umi dan abah Hannah secepat mungkin ? Hannah tak sayang kami semua ke ?" Aku menoleh melihat ke arah abang Afiq.

"Sayang." Hanya itu yang ku katakan. Aku yakin abang Afiq memahaminya kerana dia mulai berdiam diri.

"Aku cuba. In Sha Allah." Dia menyimpan loket dan cincinku ke dalam plastik.

Orangnya nampak baik. Tapi apa dia buat kat kelab malam beberapa bulan yang lalu ?

"Kalau boleh saya nak minta tolong abang cari dua orang lagi."

Mereka diam tapi riak muka mereka jelas menunjukkan mereka ingin bertanya 'siapa'. Aku hanya berdiam diri.
Selepas beberapa saat aku bersuara.

Kenapa Harus Aku ? (Complete)Where stories live. Discover now