2

211 15 0
                                    

"Untuk apa aku takut, lepas ni cuma aku seorang saja anak umi dan abah. Madiha, Madiha, Madiha, kesian kau kan. Aku tak rela kongsi umi dan abah dengan kau. Maaflah yee. Terima kasih sayang."

Hahahhahaa, puas pula hati aku.

Tanpa sedar, seseorang telah melihat dan mendengar segala gelagat Medina namun semuanya telah terlambat.

======================================

Madiha merenung lama biliknya. Lepas ni bilik ni akan kosong tanpa penghuni. Walaupun beberapa barang dan pakaiannya masih ada.

"Aku yakin aku akan kembali semula ke sini walau apa pun yang terjadi." Sayu perasaanku meninggalkan bilik ini. Seolah-olah ini benar-benar kali terakhir aku disini.

"Dan aku tak akan biarkan kau kembali." Entah dari mana pula datang bisikan suara syaitan ni. Siapa lagi syaitan yang ada disini selain dia, kan ? Malas nak layan.

Aku sudah penat. Dari 5 tahun kami bersama-sama sehingga berusia 18 tahun kini. Cepat betul perangai manusia ni berubah ya ? Ataupun, bukan berubah cuma perangai sebenar sudah muncul ? Entahlah.

Kakiku melangkah pergi meninggalkan insan tak tahu malu itu.

"Hoi perempuan, aku cakap dengan kau kan ! Dah tak ada telinga ke ?." Tudungku ditarik kasar sehingga aku hampir tercekik.

"Lepaslah ! Apa yang Dina nak sebenarnya ? Tak cukup ke dengan rampas boyfriend Dea ? Rampas keluarga Dea ? Apa lagi yang Dina nak rampas lepas ni ??'

Dia ketawa. Sama persis seperti beruk di dalam hutan. Eh, bukan. Beruk lagi cantik.

" Well well well. Sayang, kau tau tak, aku bukan RAMPAS, tapi boyfriend kau sendiri yang datang kat aku. 6 tahun bersama ? Huh, hahahha. 6 tahun jugalah Riz dengan aku." Medina menolak dahiku kuat menyebabkan aku terjatuh.

Kenapa kau lemah sangat ni Madiha ?
Kenapa kau tak dapat nak lawan ?
Entahlah.

"Satu lagi sayang, rampas keluarga ? Aku tak rampas okay. Pleaselah. Tak ada keluarga pun aku tak kisah. Cumakan sayang, kalau kau tak ada, sudah pastilah harta ni semua akan jatuh kat tangan suci I ni."

Astagfirullah Al-Aziim. Kalau hartalah penyebab Medina buat semua ni, semogalah cepat-cepat insaf sebelum terlambat. Tak cukup lagi ke apa yang umi abah bagi selama ni ? Duit belanja melebihi Rm20 000 sebulan. Sedangkan aku ? Duit belanja aku cuma Rm5000 sebulan. Selebihnya aku simpan untuk kegunaan masa hadapan.

Baru hendak membalas kata-katanya, dia menyambung ayat.

"Kau tanyakan lepas ni apa lagi yang aku nak rampas dari kau?" Medina berjalan menuju ke aras sofa ditepiku.

"Aku.nak.rampas.nyawa.kau." Katanya dengan senyum sinisnya.

Huarggh, what everlah. Aku dah penat.

"Okey." Aku membalas lalu berlalu meninggalkan Medina yang masih tak puas hati dengan jawapanku. Mungkin jawapanku tidak seperti apa yang diharapkannya.

Sebelum melangkah anak tangga aku berpaling.

"Semoga kita berjumpa lagi the dark angel."

Aku tersenyum puas.

The dark angel ? Korang tahu kan kenapa ?

Gelaran tersebut sesuai untuknya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selepas bersalaman dengan umi, abah dan Medina ? Ya, Medina. Sudi juga rupanya bersalaman dengan aku. Huhuu, itupun sebab ada umi dan abah. Aku menuju rumah Mak Long. Tak jauh sangat. Dalam 30 minit sampailah rumah Mak Long.

Kenapa Harus Aku ? (Complete)Where stories live. Discover now