19

165 11 0
                                    

"Sekarang ni macam mana ?" Direktor Fuad bertanya. Semua mendiamkan diri.

"Urgen ni ! Kita semua nak cepat. Korang semua suka sangat buat kerja last minit. Sekarang benda dah jadi macam ini macam mana lagi nak selesaikan ? Tak kan kita nak biar dia photoshoot dengan muka penuh lebam begini?"

Medina mulai risau. Dia tak nak dibuang kerja. Habislah dirinya nanti jika tiada wang. Walaupun duit yang abah beri masih banyak namun duit itu tak akan cukup untuk menampung hidupnya jika dia tidak bekerja.

Hariz disisinya mencuba untuk menenangkannya.

"Macam ni lah, buat masa sekarang ni kita cari pengganti dahulu. Pengganti sementara." Hariz perlahan-lahan mendekati Direktor Fuad tanpa disedari oleh Medina.

"Tuan direktor, saya ada calon."

*************************************

"Hai everyone." Medina terkejut melihat kelibat musuhnya disana. Hannah. Dia segera berdiri dan meluru ke arah Medina.

"Kau buat apa kat sini ha?" Aku tersenyum sinis.

"Well, Hariz yang panggil aku kat sini." Aku mengelilinginya.

"Katanya nak suruh aku jadi pengganti kau. Pengganti sementara or." Aku berhenti ditelinga kanan Medina dan berbisik.

"Pengganti tetap." Terasa tubuhku ditolak kuat ke belakang.

"Kau !" Dahiku ditolak kuat.

"Kau !" Tubuhku ditolak lagi membuatkan aku terundur ke belakang.

"KAUUU !" Bahuku ditolak kuat membuatkan aku terjatuh.

"SEBAB KAU MUKA AKU JADI BEGINI !!!!!" Aku bangun dari jatuh.

"Helo there, what are u talking about Medina? Are u out of your mind ? Aku rasa kau ni dah.." Aku berhenti tepat diwajahnya.

"Gila." Senyuman sinis aku hadiahkan.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh"
Medina menjerit sekuat hati bagi melepaskan perasaan sakit hatinya.

"Kau ni siapa ha Hannah ? Muncul dalam hidup aku semata-mata nak sakitkan hati aku?" Medina mengetap bibirnya.

"Kawan kau." Kataku berbisik.

******************************

"Okay Hannah. Ready." Aku dibawa ke ruang solek. Mukaku disolak halus oleh jurusolek professional yang diupah.  Aku meminta tolong jurusolek tersebut mengambil telefon dan earphoneku. Aku menghubungi seseorang.

"Hello." Kata orang ditalian.

"Hello abang. Hannah kat syarikat ABC ni ada shooting."

"Aik ? Syarikat permodelan terkenal tu, sejak bila Hannah berminat jadi model ni?"

"Tak adalah berminat. Hannah ganti 'kawan' Hannah, Medina. Abang boleh datang tak harini jemput Hannah?"

"Boleh, nanti text abang ye kalau dah siap."

Aku menamatkan perbualan telefon.

Medina memasuki ruang solek.

"Kak Ain, tak boleh ke tutup je lebam kat muka saya ni dengan make up ? Kata jurusolek profesional. Takkan ni pun tak boleh nak tutup." Kak Ain berhenti menyolek wajahku.

"Kau ingat semua benda boleh tutup ke dengan make up? Lebam kau tu kalau aku tutup pun tetap nampak juga sedikit. Dah tahu muka dah buruk ada hati lagi nak jadi model kat sini." Aku menahan tawa mendengar kata-kata Kak Ain. Boleh tahan pedas juga kata-katanya.

Kenapa Harus Aku ? (Complete)Where stories live. Discover now