15

172 13 5
                                    

(Izmeer POV)

"Aduh !" Cecair merah ditanganku membuatkan aku sedar bahawa tanganku berdarah. Luka kecil itu agak sakit dan pedih.

Aku menoleh melihat muka pak-cik yang melanggar ku .

Eh !

Aku menoleh kembali lukisan Hannah.

Sama !

Sebiji !

Aku berpura-pura berada dalam keadaan kesakitan yang teramat sangat. (Padahal jatuh sikit je pun.)
Pak cik tersebut kelihatan serba salah.

"Maaf nak. Jom, ikut pak-cik balik dululah ye." Aku mengangguk. Yes ! Aku akan sedaya upaya merungkai segalanya.

Aku masuk ke dalam kereta diikuti oleh Pak Cik tersebut.

"Nama Pak Cik Hazrul. Panggil pak cik Pak Arul je la ye." Aku mengangguk. Aku yakin dia orangnya. Abah Hannah.

Kami berhenti dihadapan sebuah rumah banglo dua tingkat yang agak mewah. Pak Arul membantu ku berdiri.

"Duduk dulu ye nak." Aku duduk sambil memerhatikan sekeliling. Mana tahu kot-kot ada gambar Hannah. Aku betul-betul yakin ini rumah keluarga Hannah.

"Maaflah ye. Ayah saya solat sekejap. Ayah suruh saya teman awak kat sini. Macam mana luka tu ? Teruk sangat ke ? Ni saya ada bawa peti kecemasan ni." Suara seorang gadis membawa aku kembali ke dunia realiti. Mesti kaka atau adik Hannah ni. Aku memalingkan kepalaku ke arahnya.

"Izmeer !" Aku terkejut. Automatik badanku berdiri.

"Fara !" Tak sangka, dunia ini betul-betul kecil sekali. Tak sangka selepas 2 tahun berpisah aku bertemu kembali dengannya. Ya dia. Orang yang pernah aku sayangi 2 tahun yang lalu. Hampir tiga tahun kami bersama namun disebabkan orang ketiga kami berpisah. Tak ada jodoh katakan.

"Apa awak buat kat sini? Awak ke orang yang ayah saya langgar?" Aku hanya mengangguk.

"Hmmm." Dia membuka peti pertolongan cemas dan mula menguruskan lukaku. Suasana sepi mengiringi kami berdua.

Awkward

Ni bukan masa yang sesuai untuk aku melayani perasaan. Misi aku sekarang ni cari umi dan ayah Hannah.

Ingat tu Izmeer !

"Fara, saya nak tanya sikit boleh tak." Dia menoleh ke arahku dan mengangkat keningnya.

"Awak ada tak adik atau kakak yang bernama Raihannah Hanani?" Fara kelihatan mengerutkan kepalanya.

"Tak ada." Dumm ! Jantungku bagaikan terkena panahan petir. Jadi ? Pak cik Arul bukan ayah Hannah ? Aku dah buat langkah yang salah.

"Kenapa awak tanya ?" Aku mendiamkan diri. Macam mana nak tanya pula ni. Adui ! Aku kembali memerhatikan gambar-gambar didinding mana tahu ada yang memberi petunjuk.

Tiba-tiba mataku berhenti ke satu gambar.

"Itu gambar keluarga ayah awak ke ?" Aku menunjuk satu gambar di sebelah pintu utama.

"Ya, itu ayah saya dan disebelahnya merupakan adik ayah. Mereka berdua sahaja lelaki dalam adik beradik ayah." Ada sinar harapan lagi !

Pak Arul datang semula ke ruang tamu.

"Yang itu gambar keluarga Pak cik ke?" Pak Arul mengangguk dan mengeluh.

"Adik pak cik tu baru sahaja kehilangan satu-satunya anak perempuan mereka." Tak mustahil itu ayah Hannah!

"Pak cik boleh tak bawa saya jumpa mereka? Kebetulan saya seorang penulis novel. Kalau boleh saya nak dengar sendiri cerita dari mereka dan menjadikannya sebagai inspirasi kepada novel saya nanti." Pak Arul mengangguk tanpa sebarang pertanyaan.

Kenapa Harus Aku ? (Complete)Where stories live. Discover now