22

167 12 0
                                    

"Patutlah macam pernah nampak loket dan cincin tu." Medina tersenyum sinis.

Aku dan abang Izmeer meninggalkan pantai untuk pulang ke rumah masing-masing. Abang Izmeer menghantarku. Tanpa sedar, rupanya Medina mengekori kereta abang Izmeer.

"Aku tak naklah komen apa-apa, aku cuma harap kau akan jadi diri kau yang lama balik. Kau boleh tipu semua orang, tapi kau tak boleh tipu diri kau sendiri. Fikirkan." Aku diam sambil membuka pintu kereta dan segera masuk ke dalam rumah tanpa ucapan terima kasih.

"Hannah !" Panggilan abang Afiq aku hiraukan. Abanag Afiq memandang abang Izmeer meminta penjelasan namun abang Izmeer tidak menjawab. Dia memecut keretanya laju meninggalkan perkarangan rumah.

Pin !

Bunyi hon mengalihkan pandangan abang Afiq. Dia menunduk bagi melihat gerangan gadis yang menghonnya tadi.

"Oh, Medina. Nak jumpa Hannah ke?" Medina keluar daripada kereta.

"Eh tak, saya kebetulan lalu kat sini. Nampak abang tu la singgah kejap menegur. Hannah ada kat rumah ke?" Abang Afiq mengangguk.

"Ada. Nak jumpa ke?" Medina mengangguk. Abang Afiq menjemput Medina masuk ke dalam rumah.

"Hannah, Hannah." Aku dengar namaku dipanggil dari arah bawah namun aku malas nak menyahut. Aku meneruskan tidurku.

"Medina datang ni nak jumpa Hannah." What ? Apa dia buat kat sini ? Macam mana dia tahu rumah ni?

Aku segera bangun dan menuju ke ruang tamu tingkat bawah. Wajah aku maniskan didepan abang Afiq. Mujur abang Afiq segera meminta diri.

"Rindu ke?" Aku memulakan perbualan. Sengaja menyakitkan hati Medina. Medina ketawa.

"Rindu. Rindu sangat. Lama tak jumpa kau, Madiha Hanina." Aku terkejut namun sedaya upaya aku menahan mimik muka dan reaksiku. Aku tersenyum manis.

"Jadi kau dah tahu la. Baguslah. Aku pun rindukan kau the dark angel." Senyuman sinis aku hadiahkan. Medina tak puas hati kerana ini bukan seperti apa yang dia inginkan. Reaksi yang dia inginkan ialah reaksi wajah ketakutan yang aku tunjukkan selepas dia beritahu dah tahu rahsia aku.

"Pandai kau eh. Bodohkan aku dan Hariz ! Kitorang semua kau bodohkan." Aku duduk dan menghiraukan Medina.

"Cantik rambut kau." Aku ketawa. Dia merengus kuat.

"Nasib baiklah ni rumah kau kalau tak dah lama kau aku kerjakan. Opss ! Rumah tumpangan." Aku puas melihatnya marah. Hahahah.

"Untuk pengetahuan kau ni bukan 'rumah tumpangan' aku seperti yang kau cakap. Ni rumah keluarga aku. Kau jealous eh sebab aku ada dua keluarga sedangkan kau tak ada satu pun ? Itulah, dulu ada keluarga niat tu tak baik. Kan dah kena buang dah. Hmmm, kesian kau."

Abang Afiq turun dari atas dan hendak menuju ke arah kami. Belum sempat Medina meledakkan kemarahan dan rasa tak puas hatinya aku menguatkan suara.

"La, dah nak balik ke Medina. Awal lagi ni. Minum pun belum. Tapi tak apa lah, lain kali datanglah lagi ye." Aku berdiri. Medina merenungku tajam. Aku mendekatinya.

"Dah bagus dah tu aku buat cara halus. Kau nak kena halau dengan cara kasar ke?" Aku berbisik di telinga Medina. Dia menolakku.

"Nak balik dah Medina ? Ha, hati-hati memandu tu. Dah sampai rumah nanti text Hannah tau bagitahu dah sampai." Medina menunjukkan senyuman manisnya dan meminta diri untuk pulang. Dia menoleh ke arahku dengan pandangan 'kau tunggu!'.

"Byee." Aku melambai.

*****************************

Aku berjalan perlahan menuju ke taman sekolah. Nak dating. Huhuuu. Dengan Hariz ? Tak lah. Buat apa dating dengan dia. Sekadar scandal. Huh.

Kenapa Harus Aku ? (Complete)Where stories live. Discover now