17

182 11 0
                                    

(Dua bulan kemudian)

Hari ini merupakan hari pertama aku disini. Disekolah ini. Di sekolah Hariz dan Medina. Oleh sebab aku pelajar baru, dan tidak mengambil peperiksaan penggal satu, aku kena belajar sendiri untuk mengambil peperiksaan penggal 1 secara persendirian terlebih dahulu. (Tak pasti kes sebenar macam mana).

Mujur mama dan papa ada. Mereka mengupah seorang guru peribadi untukku bagi membantu aku belajar dan menduduki peperiksaan. Selama 2 bulan cuti sekolah masa aku dihabiskan dengan belajar. Syukur, aku sudah berjaya menduduki peperiksaan stpm penggal 1 dengan jayanya.

Dan sekarang, disini aku berdiri. Di hadapan sekolah ini. Aku kini berada di penggal 2. Oleh sebab pelajar stpm bebas memakai pakaian apa pun, aku memeriksa pakaianku sebelum masuk sekolah.

Blaus mewah berwarna merah dipadankan pula dengan skirt mewah paras lutut. Kasut ? Aku masih mematuhi peraturan sekolah. Kasutku hanya kasut hitam biasa sahaja yang biasa digunakan untuk para pelajar stpm. Wajahku aku make up biasa sahaja. Rambut perang purpleku yang panjang paras pinggang aku hias dan dandan cantik. Dan yeah ! Lengkap.

"Sayang, jaga diri kat sana ye." Abang Syafiq memimpin tanganku ke pintu pagar sekolah. Aku menjelingnya tajam. Aku sudah berkali-kali memberinya amaran agar tidak memanjakanku. Dia sekadar tersenyum.

"Just go!" Aku meninggalkannya.

"Hariz, Dina?" Langkahku terhenti. Abang Afiq panggil siapa tadi ? Hariz ? Medina ? Pantas aku menoleh.

"Hai abang." Medina menyapa abang Afiq dengan senyuman gula madunya. Hariz pula terus menuju ke arahku selepas menyapa abang Afiq. Medina tu kenapa pula nak menyibuk sangat dengan abang aku. Ish !

"Hai Hannah." Aku membalas sapaan Hariz.

"Hai handsome." Hariz ketawa.

"Sayang, Hannah masuk dulu ye. Hati-hati memandu tu." Kata-kataku membuat Medina bermasam muka. Hahaha, baru tahu. Abang Afiq seperti biasa, hanya ketawa.

Entahlah, abang Afiq ni setiap kali ketawa nampak macam aku nak cubit-cubit je pipi tu supaya tak ketawa lagi disebabkan kesakitan.

Abang Afiq mula meninggalkan perkarangan sekolah.
Medina perlahan-lahan menuju ke arah kami. Mukanya masam. Dari wajahnya sahaja aku sudah tahu bahawa dia tak suka dengan kehadiran aku.

"Saya tak ada kawan." Aku mula memasang umpan.

"Awak boleh ikut kitorang."
"kat dalam sana ramai kawan nanti adalah tu"

Hariz dan Medina menjawab serentak. Medina mencuit perut Hariz namun Hariz buat tak tahu sahaja. Aku berpura-pura hanya mendengar kata-kata Hariz dan mengabaikan kata-kata Medina.

"Betul ke ni saya boleh join korang ?" Hariz ketawa dan mengangguk. Kami bertiga berjalan memasuki sekolah. Medina memaut lengan Hariz konon-kononnya nak mengingatkan aku yang Hariz tu boyfriend dia.

Aku tersenyum sinis dari belakang. Aku memerhatikan penampilannya. Rambut hitamnya lurus mencecah bahu. Bajunya sendat paras paha (rekaan semata-mata ye. Sekolah menengah tak akan membenarkan pelajarnya memakai pakaian sebegini.) Make upnya agak tebal namun masih cantik.

Eh ? Aku puji dia cantik ke tadi ? Hahahah.

Hariz kelihatan rimas dengan gelagat Medina. Berulang kali dia menoleh untuk melihat keadaanku dibelakang. Dia menoleh lagi. Aku memberinya flying kiss dan wink. Terbatuk-batuk dia jadinya. Haahaha.

Kami berjalan menuju ke kantin sekolah.

"D, ambilkan B makanan macam selalu." Medina melenggokkan badannya ke arah Hariz.

Kenapa Harus Aku ? (Complete)Where stories live. Discover now