Chapter 5

3K 97 0
                                    

" Hasya . . . " lelaki tersebut memegang tangan Hasya . Hasya menoleh kemudian mata Hasya terbeliak setelah melihat lelaki tersebut .

" Asy Asyraf ? " lidah Hasya kelu . Terkejut kerana Asyraf berada di hadapannya .

" Hasya , you pergi mana menghilang ? Lama I cari you . " kata Asyraf , masih lagi memegang tangan Hasya .

" Ish lepas la . Kau nak apa lagi ? Aku tak nak tengok muka kau ." balas Hasya sambil menarik tangannya minta dilepaskan . Walaupun begitu , Asyraf menguatkan genggamannya pada tangan Hasya .

" Hasya please , I tak boleh hidup tanpa you . I masih sayang you . " pujuk Asyraf .

" Aku tak kesah la semua tu . Kalau kau sayang aku , kau tak buat benda tak senonoh tu dulu . Lepas la tangan aku ." jawab Hasy sambil menarik tangannya dari genggaman Asyraf .

" Hasya , benda tu dah lepas . Lagipun you tau kan I buat benda tu on purpose . Hasya please , I'm sorry . " Asyraf masih tidak putus asa untuk memujuk Hasya dengan meminta maaf atas kesilapannya dulu .

Flashback

toktoktok ~

Hasya mengetuk pintu apartmen milik boyfriendnya Asyraf tetapi tiada sahutan . Diketuknya berkali-kali namun masih tiada sahutan . Spare key yang Asyraf berikan kepada Hasya untuk diguna semasa Asyraf tiada di apartmen dikeluarkan dari begnya .

klik . Pintu tersebut terbuka . Hasya kemudian masuk untuk mencari telefon pintarnya yang tertinggal semasa dia dan rakannya lepak di situ kelmarin . Setelah Hasya menjumpai telefon pintarnya , dia ingin menghantar message kepada Asyraf . Namun , tangannya terhenti apabila terdengar suara wanita ketawa dari dalam bilik Asyraf . Hasya terus membuka pintu bilik Asyraf .

" Hahaha . You , jangan laaa . Geli tau . "

" Geli ke suk - " kata-kata Asyraf terhenti .

" ASYRAF ?! APE NI ?! " mata Hasya terbeliak setelah terlihat seorang wanita yang sangat dikenalinya sedang duduk di atas riba Asyraf .

Wanita tersebut terperanjat lalu bangun dari pangkuan Asyraf .

Mrs. Arif [On Going]Where stories live. Discover now