#4 Rapuh

22 2 0
                                    

Begitu sibuk Azran di Hospital walaupun dihujung minggu ini. Sufia memasang niat untuk makan tengahari sekeluarga bersama-sama. Nampak gayanya, hanya Sufia dan Adyan makan tengahari bersama tanpa Azran
Lauk kegemaran Azran ikan siakap kukus tigarasa dimasak oleh Sufia kerana ia fikiran Azran akan turut serta makan tengahari bersama.

Dalam diam sebenarnya, Azran akan balik ke rumah untuk makan tengahari bersama dengan keluarga tercintanya. Sengaja Azran tidak mahu memaklumkan kepada Sufia biarlah jadi satu kejutan istimewa. Lagipun, isterinya masak makanan kegemaran nya ikan siakap kukus tigarasa mana boleh tahan bukan selalu dapat balik sebentar.

Beberapa minit kemudian kereta Hilux yang dipandu oleh Azran tiba di perkarangan banglo yang didiami oleh keluarga itu. Azran mengaturkan langkahnya dengan berwaspada supaya kepulangannya tidak disedari oleh Sufia dan Adyan.

Sufia dan Adyan sedang menikmati hidangan makan tengahari. Azran memang suka begitu, bila ingin bagi kejutan, Azran akan menutup mata
Azran menghampiri dekat belakang Sufia lalu menutup kedua dua mata Sufia.
Adyan happy bila Azran memasuki ke dalam rumah itu
Sufia memegang tangan yang menutup matanya
"Abang??..."
Azran membuka mata Sufia lalu duduk di atas kerusi
Sufia mencedokkan nasi putih panas ke dalam pinggan Azran
"Bila masa abang sampai? Kata buzy hari ini?." Tanya Sufia
"Abang tengah free time sekarang bolehlah abang balik sekejap,"
"Itulah kami dua beranak dah makan dulu lapar sangat.." Kata Sufia
Adyan menikmati hidangan nasi putih panas berlaukkan ikan siakap kukus tigarasa dengan senyap tanpa suara kerana enak sangat masakkan mamanya itu seperti makan di restoran
"It's ok' saja je abang nak bagi surprise!."
"Hmm.. Jiran sebelah kiri kita Kak Emma nak pindah besok."
Serta merta Adyan tidak jadi menyuapkan nasi ke dalam mulutnya terhenti bagaikan di pause dengan menggunakan remote control bila dengar Sufia berkata begitu
"Why?." Tanya Azran
"Si Kamal dia terpaksa berpindah ke Georgetown Penang diatas urusan kerja,"
"B-betul ke mama? Kayla nak pindah?." Tanya Adyan dengan nada yang tidak berpuas hati
"Betullah. Kenapa Adyan?."
Raut wajah Adyan yang penuh dengan selera makan tadi tiba-tiba bertukar menjadi murung bila mendapat berita bahawa sahabatnya Kayla akan berpindah dari sini. Lepas ini, dah tak boleh jumpa Kayla lagi seperti biasa macam dulu. Bolehkah aku hidup tanpa Kayla?!
Hubungan Adyan dan Kayla lebih kepada status sahabat sejati namun mereka saling memahami hati. Adyan dan Kayla ibarat dua beradik kembar yang tidak boleh dipisahkan.

"Adyan dah kenyang lah.."
Tiba tiba Adyan berasa makan tak kenyang tadi bukan main lapar sungguh Adyan mencuci tangannya di dalam mangkuk berisikan air lalu dia berlalu pergi menuju ke arah bilik tidur nya
Sufia :"Aik? dah kenyang? Cepatnya makan tak sampai lima saat selalunya makan macam pengantin,"
Azran :"Diet lah tu..."
Sufia tertawa kecil dengan kerenah anaknya itu
"Tengoklah anak abang tu Kawan dengan Kayla macam bercinta."
Azran hanya tersenyum mendengar kata-kata Sufia
Ada ada sajalah Adyan...

Azran harus berangkat ke hospital semula. Itupun dia tidak boleh lama-lama di rumah.

Sementara itu, Adyan pergi ke rumah Kayla disebelah denga membawa sesuatu untuk Kayla. Kayla sedang bermain dengan arnab belaannya di perkarangan rumah
Adyan :"Assalamualaikum Kayla,
Kayla :"Waalaikumsalam Adyan. Masuklah..."
Adyan : (menghampiri dekat dengan Kayla dengan wajah tidak ceria) "Kayla, betul ke awak nak pindah besok?." .
Kayla :"Yes kenapa Adyan? Macam mana awak boleh tahu yang saya nak pindah besok?."
Adyan :"Mama saya yang bagitahu. Jauh ke rumah baru awak Kayla?."
Kayla :"Tak jauh pun dekat Georgetown je,"
Adyan :"Lepas ni mesti awak lupakan saya kan sebab dah dapat kawan baru..."
Kayla :"Siapa kata saya begitu (bangun dari duduknya dan datang dekat pada Adyan) saya janji saya takkan pernah lupakan persahabatan kita."
Adyan dan Kayla membuat akur janji
Adyan :"Betul?."
Kayla :"Ye betul."
Adyan :"Tak tipu?." Tanya Adyan sekali lagi bagi mendapatkan pasti
Kayla :"Yes! Saya sumpah!." (Mengangkat sumpah sebagai tanda persahabatan mereka)

Mischievous GirlWhere stories live. Discover now