#13 Dia Yang Pernah Kumiliki

45 1 0
                                    

Sebaik sahaja Sufia terjaga dari tidurnya yang cukup lena, dia sebenarnya telah mengalami satu mimpi yang sangat dahsyat
Sufia membuka matanya dengan nafas yang kencang.
Airmata Sufia mengalir tiba-tiba tidak lama selepas itu airmata Sufia mengalir deras umpama air terjun
Sebenarnya Sufia telah bermimpi arwah mama dan papanya dengan satu keadaan yang sangat ngeri
Abang Ash yang terdengar suara Sufia kuat teriak menangis dari arah bilik tidurnya segera mendapatkan Sufia yang sedang baring

"Kenapa sayang Hah? Adik kenapa?.." abang Ash cuba untuk memujuk Sufia
Walaupun kini umur Sufia sudah berganjak ke 25, Sufia menangis teresak-esak dan sangat kencang seakan-akan kanak-kanak kecil menangis tidak dapat apa yang diinginkan
"Mama... papa..." Sufia menangis meracau-racau
Suhu panas badan Sufia masih kekal sama tidak pernah turun
"Ya Allah, bawa bersabar dik. Bawa mengucap. Mama dan papa dah lama tinggalkan kita.." Abang Ash menyedarkan Sufia

Isteri abang Ash cuba untuk menenangkan Sufia manakala abang Ash cuba untuk menghubungi nombor telefon Syuhada

Dalam Talian
"Assalamualaikum Syuhada,"
"Waalaikumsalam Abang Ash kenapa? ada apa call Syuhada?."
"Abang nak minta tolong sangat pada kamu Syuha, balik sekarang ya? Urgent sangat."
"Urgent apanya abang. Minggu depan Syuhada ada percubaan SPM lagi  urgent masa depan Syuha,"
"Please Syuha. Kak Fia kamu sakit tenat sekarang. Dia perlukan kita adik beradik berada di samping dia."
"Hah? Kak Fia sakit tenat? Ok ok Syuha balik sekarang. Syuha try dapatkan izin kepada warden asrama dulu ya. Nanti apa-apa hal Syuha infom abang."
"Terima kasih Syuha."
"Sama-sama abang. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."

Rakan sebilik Syuhada hairan kenapa Syuhada mengemas bagasinya dengan tergesa-gesa
"Kenapa kau Syuha?." Tanyanya hairan kerana sebentar sahaja lagi mereka berdua ada kelas prep
"Kakak aku sedang sakit tenat sekarang. Baru tadi abang aku call. Aku nak minta izin dengan warden dulu."
"Ok."
"Bye Syuha,"
"Bye!."

Setelah Syuhada mendapat izin warden yang dia boleh balik ke rumahnya sebentar, Syuhada membuka iPhone nya lalu menekan aplikasi grap car
Syuhada memutuskan balik ke rumah itu dengan menaiki grap car

***

Bunyi deruman enjin kereta memasuki ke dalam perkarangan kediaman itu. Abang long dan isterinya menuju ke arah ruang tamu dimana tempat Sufia dibaringkan.
Abang long duduk melutut di sisi Sufia manakala isterinya duduk di atas sofa
Along terlihat Kool fiver extra cool ditampalkan pada dahi Sufia memang saat along menyentuh badan Sufia suhu panas badan Sufia amatlah panas
"Macam mana adik boleh jadi teruk begini Ash? Bukan ke sakit adik dah memulih?."
"Entahlah long, sekejap elok sekejap tak sakit Fia ni. Aku cadangkan hari Rabu ni nak bawa adik pergi ke kaunseling."
"Mahu pula Fia tidur?." Tanya abang long yang setahunya Sufia susah untuk tidur malam mahupun tidur siang
"Itupun aku suntikkan picagari ubat penenang dekat bahu lengan tangan Fia sebab dia meronta-ronta. Kalau tak, tak usah harap Fia nak tidur lena begini." Kata abang Ash
Abang long menghulurkan beberapa bungkus plastik yang diisi polisterin kepada abang Ash "Nah, aku belikan nasi ayam hainan untuk Fia. Tahu Fia tak berapa nak makan. Mesti Fia nak makan bila ada ayam.." Abang long begitu prihatin terhadap Sufia adik perempuannya itu


Seketika itu Syuhada baru sampai ke kediaman rumah. Syuhada ternampak kereta Audi A5 milik abang long nya berparkir di perkarangan rumah itu. Itu menandakan bahawa abang long sudah sampai bagi menjenguk sufia Syuhada menarik bagasi nya dan memasuki ke arah ruang tamu
"Assalamualaikum."
Kepulangan Syuhada disambut oleh abang Ash
"Waalaikumsalam."

Syuhada mendapatkan Sufia yang sedang lena terbaring di ruang tamu
""Kenapa kak Fia nampak letih dan lemah sangat ni?." Tanya Syuhada yang terlihat posisi baring Sufia tidur cukup keletihan
"Kak Fia tak cukup tidur. Tengah-tengah malam bersengkang mata. Biarkan kak Fia tidur dapat berehat secukupnya."
"Syuhada marilah kita makan tengahari sama-sama." Kak Shiha mempelawa Syuhada yang masih lagi duduk di samping Sufia
Semua sudah duduk di dapur bagi menikmati hidangan makan tengahari hanya Syuhada yang masih lagi berada di sisi kakaknya itu.

Mischievous GirlWhere stories live. Discover now