#6 Villa Usang (Culik)

20 2 0
                                    

Sebuah video dirakam oleh Hannah. Dalam video itu Adyan diikatkan pada kerusi. Terdengar suara Adyan menangis ketakutan minta dilepaskan membuatkan diri Sufia semakin risau dengan Adyan. Dirinya seolah-olah tidak terdaya untuk menonton video itu lagi tidak sanggup
Hannah sengaja merakam video durasi selama lima saat. Video yang dirakam oleh Hannah tidak habis dirakam membiarkan sahaja Sufia tertanya-tanya apakah Adyan masih selamat ketika ini membuatkan Sufia semakin khuatir takut Adyan akan diapa-apakan oleh penculik itu.
Ya Allah lindungilah Adyan bantulah hambamu yang kerdil ini.

Pintu rumah itu diketuk berkali-kali membuatkan Sufia yang sedang takut tersentak. Bila Sufia membuka pintu itu, kelihatan tiada siapa pun.
Bila Sufia pandang ke bawah lantai, ada kaset CD ditinggalkan beserta sekeping nota.

Lalu, Sufia pun memainkan CD pada laptop nya.

Setelah menonton CD itu, Sufia semakin tidak tenang. Risaunya semakin menjadi. Sufia tidak boleh duduk diam selagi Adyan tidak ditemui dengan selamat di depan mata nya.

Sedang Sufia tergopoh-gapah ingin keluar dari rumah itu, Sufia tidak sengaja terlanggar Azran yang baru sahaja balik dari kerjanya dari belakang
Tidak henti-henti Sufia meluncurkan kata-kata maaf
Azran :"Kenapa sayang? Tergesa-gesa?."
Sufia :"Adyan abang..."
Azran :"Ye abang tahu, pihak polis sedang mengesan kedudukan penculik yang culik Adyan. Dan sekarang pihak polis sedang menyerbu lokasi tempat persembunyian Adyan,"
Sufia :"Saya tak kira saya nak selamatkan Adyan sendiri." (Katanya sebelum meninggalkan rumah itu)
Azran :"Sayang!!!.."

Adyan diculik, Sufia tidak duduk diam. Dirinya resah berharap agar anaknya itu dikembalikan kepadanya dengan selamat. Azran tidak menampakkan kepanikkan namun dalam hatinya cukup gelisah

Azran memandu kereta Audi A5 nya dashboard kereta terus Maksimum bagi mengejar Sufia yang sedang memandu keretanya sendiri dari belakang. Azran bimbang sekiranya Sufia memandu keretanya sendiri dalam keadaan dirinya tidak terkawal dan tidak terarah. Ada pernah sekali, Sufia memandu kereta dalam keadaan cemas bila mendapati Adyan sakit demam panas dan Adyan dimasukkan ke dalam Hospital
Bila dalam keadaan cemas begitu, kereta yang dipandu oleh Sufia yang hendak menuju ke Hospital nyaris kemalangan mujur Sufia sempat menekan brek tangan.
Azran tidak mahu perkara itu terulang kembali pada Sufia
Azran terus mengekori kereta Sufia
Dan akhirnya Kereta yang dipandu oleh Sufia sampai ke satu tempat. Dimana tempat Adyan diculik lalu disembunyikan disini

Sebuah Villa terlihat usang dan jalan yang lenggang sunyi. Sufia memasuki ke dalam Villa itu. Setelah melihat alamat di nota itu, benarlah ini tempat Adyan disembunyikan
Sepucuk pistol diacukan ke belakang Sufia membuatkan Sufia tersentak
"Jalan terus. Jangan pandang belakang. Letak phone kau dekat atas tar jalan" Satu suara garau menyuruh Sufia ikuti nya
Sufia pun buat apa yang disuruh tanpa menoleh ke belakang

Tidak lama selepas itu kereta yang dipandu oleh Azran tiba ditempat yang Sufia pergi. Sebuah Villa usang
Azran keluar dari kereta nya lalu menghampiri dekat kereta Sufia yang diparkir di tepian jalan.
Azran cuba untuk menghubungi nombor telefon Sufia. Tapi, Azran terdengar bunyi nada dering iPhone Sufia berbunyi berdekatan dengannya Azran sangat mengenali nada dering pemanggil telefon Sufia. Dia pandang ke bawah Azran mengambil iPhone Sufia yang kelihatannya ditinggalkan.

Beberapa minit kemudian, beberapa buah kereta polis pun tiba di Villa itu.

***

"Hannah! Lepaskan anak aku! Kalau kau nak Azran pergilah! Kita berdamai dengan cara baik! Aku mohon sangat pada kau."
Kata Sufia merayu-rayu pada Hannah
Sufia dibawa ke tempat dimana Adyan dikurung lalu diikat. Sufia jumpa Adyan itupun sudah rasa syukur namun adegan ini tidak akan terhabis selagi Hannah tidak dapat tuntutan janji pada Sufia
"Kau nak aku lepaskan anak kau? Sedangkan apa yang aku suruh kau tak buat!?." Hannah melepaskan satu tumbukan tepat pada bahagian perut Sufia dengan sekuat hati membuatkan perut Sufia terasa senak perut sakit tidak terhingga walau hanya satu tumbukan
Sufia tertunduk lemah menahan sakit saat ditumbuk oleh Hannah Hannah menyentap kuat rambut Sufia
"Macam mana Azran boleh kutip kau jadi isteri dia Hah? Kau memang perempuan tak guna!."

Dengan langkah berani, Azran memasuki ke dalam Villa itu. Sedang Azran mencari-cari kelibat Sufia dan Adyan, telinga Azran tertangkap satu suara dari arah bilik stor simpanan
Azran pun terus meluru ke arah bilik stor itu.

"Hannah! Lepaskan mereka! Apa yang kau nak sebenarnya?." Azran menyergah Hannah dan dua orang bodyguard Hannah
Kehadiran Azran mengejutkan mereka semua
Tangan Sufia seraya direntap oleh Hannah lalu Hannah menguncikan badan Sufia dan mengacukan pisau kecil pada tengkuk leher Sufia
Nafas Sufia tidak teratur. Habis wajah Sufia lebam di bahagian tepi bibirnya dipukul teruk oleh puak celaka itu
"Lepaskan Fia Hannah! Jangan apa-apakan dia!."
"Kau pilih salah satu Azran! Sama ada kau nak Adyan atau Fia? Kalau kau nak si Fia ni jadi isteri kau Adyan aku bunuh! Kedua, Kalau kau nak Adyan semula dengan keadaan Adyan masih bernyawa, kau ceraikan isteri kau! Aku lepaskan Adyan kalau kau jadi suami aku! Pilih Azran!." Hannah mengugut
Azran melepaskan nafas berat sukar untuk membuat pilihan.

***

Beberapa orang anggota polis telah siap sedia untuk menangkap penculik yang telah menculik Adyan
Dalam senyap, polis menyerbu masuk ke dalam Villa dan memasuki ke dalam stor
Kehadiran beberapa orang anggota polis mengejutkan Hannah dan bodyguard nya
Hannah dan dua orang bodyguard nya cuba untuk melarikan diri dari ditangkap polis tapi tidak berjaya Hannah dan dua orang bodyguard nya berjaya ditangkap oleh pihak polis
Sufia seraya melepaskan ikatan tali yang diikatkan pada tubuh Adyan dibantu oleh Azran
Adyan Seraya mendakap erat tubuh mamanya
"Syukur Alhamdulillah Adyan selamat."
Sufia memeluk tubuh Adyan anaknya itu tanpa terlepas mulutnya tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur kerana anaknya selamat
"Mama, Adyan minta maaf sebab Adyan tak dengar cakap mama."
"Mari kita pergi dari sini," Azran mengajak mereka pulang ke rumah
Sufia mendukung Adyan yang kelihatan semakin penat lalu memasuki ke dalam kereta Perodua Myvi nya tetapi
Azran :"Sayang naik kereta abang. Kereta tu nanti abang panggil orang ambilkan bawa balik. Biar abang yang drive kereta."
Sufia mengangguk ikut kata suaminya itu.

Setibanya mereka di rumah, Sufia mendukung tubuh Adyan yang ketiduran lalu Sufia menaiki anak tangga dan membawa Adyan masuk ke dalam kamar tidur Azran dan Sufia.
Kali ini, Sufia tidak akan pernah membiarkan Adyan tinggal sendiri di rumah
Sufia menyelimuti tubuh Adyan
Sufia pun perlu tidur kerana keletihan
Adyan terjaga dari tidurnya dalam keadaan mamai lalu mengambil tangan Sufia digenggamnya Adyan tangan Sufia
"Mama jangan tinggalkan Adyan lagi ya?."
"Tak sayang. Dah tidur..."

Azran memasuki ke dalam kamar tidurnya. Kelihatan Sufia dan Adyan anaknya itu sudah tidur lena sekatil. Azran pun ingin tidur dia melabuhkan punggung nya di sisi Adyan lalu mengucup dahi Adyan...

Aku takkan biarkan semua ini terjadi lagi. Cukuplah sekadar pengajaran hidup. Oh Tuhan, tempatkanlah aku ditempat isteriku biarlah aku yang laluinya banyak dugaan yang ditempuhi Sufia
Isteriku adalah seorang wanita yang tabah dalam menghadapi segala ujian yang mendatang dari-Mu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepadanya. Batin Azran berdoa kepada Allah SWT semoga segala yang Sufia lalui tidak terus-terusan
Andai aku bisa menghentikan waktu, aku tidak akan biarkan isteriku dibelenggu dengan keadaan ini.

...(TBC)...





Mischievous GirlWhere stories live. Discover now