#14 Indahnya TakdirMu |Last Part!|

58 1 0
                                    

Rabu, 16 Mei 2016 (Malam Ramadhan aku akan akhiri cerita ini) 8:35pm

"Rasa macam mana Fia?." Tanya abang Ash sambil mengendalikan kereta Perodua Alza menuju ke kediaman
Mulut Sufia terkunci seakan terkedu setelah dikaunselingkan
"Tak apa, nak mengubah hidup kita perlu memakan masa yang lama. Fia cuba ubah cara hidup Fia step by step. InshaAllah, Allah permudahkan segalanya. Abang yakin yang adik abang yang cantik ayu ni dapat merawat diri dan hati yang lara. Fia yang abang kenal sejak dari azali lagi tak pernah berputus asa bila jatuh tersungkur." Kata abang Ash pada Sufia.

****

Setelah mengambil wuduk, Sufia mengenakan telekung lycra chiffon berwarna putih lalu segera menunaikan solat Isyak. Selesai solat Isyak, Sufia mengambil Al Quran yang terletak di atas laci meja. Sudah lama rasanya di meninggalkan perintah-Nya dan mengerjakan suruhan Allah. Sufia membuka Al-Quran lalu membaca ayat-ayat suci Al-Quran ditepi langsir tingkap beralun-alun ditiup angin. Angin malam meniup sangat mengasyikkan
Usai membaca ayat suci Al-Quran, Sufia duduk sebentar berzikir kepada Allah
Bergenang airmata Sufia bila terkenang kembali saat-saat akhir sebelum arwah suaminya yang telah meninggal dunia
Arwah suaminya Pasha sering mengimamkannya setiap kali waktu solat jika arwah Pasha mempunyai masa terluang untuk isteri tercintanya itu
Tidak mampu dibendung airmata nya lagi, airmata Sufia menitis satu-persatu membasahi pipinya bila saat Sufia mengenangkan kembali kenang kenangan manis seindah mimpi bersama arwah Pasha ketika dia masih hidup sambil tangannya bergerak memegang tasbih berzikir kepada Allah. Allah lebih sayangkan mereka
Moga Allah SWT menempatkan kedua ibu bapaku dan suamiku dikalangan orang-orang yang beriman.

Selama ini Sufia dihimpit dengan rasa hampa yang kian menghimpitnya dan mengelilinginya. Dan kini, Sufia seolah dapat satu sinar baru melangkah ke alam baru. Perasaan negatif segera ditepiskan dari hidupnya. Positifkan diri!

Keesokan harinya, Sufia dapat satu berita buruk. Azran baru sahaja kehilangan Hannah. Hannah meninggal dunia ketika bersalin anak pertama. Ternyata dalam duka lara Sufia, Azran gembira namun gembiranya hanya seketika. Sufia sungguh terkejut apabila mendapati bahawa isteri Azran meninggal dunia. Adyan menangis tidak habis bila ibunya Hannah meninggal dunia. Jenazah Allahyarhamah Hannah dikuburkan di tanah perkuburan Islam wangsa maju berhampiran dengan rumah keluarga Hannah. Ketika Hannah melahirkan bayi itu, dokter berkata kepada Azran anak perempuan mereka dalam keadaan pramatang. Dokter tidak dapat menyelamatkan Hannah ketika bersalin secara pembedahan hanya dapat selamatkan bayi sahaja.

Sufia mengenakan baju kurung dan memutuskan untuk menziarahi keluarga Azran dan Hannah di Johor Bahru

Tidak lama kemudian kereta Perodua Alza yang dipandu oleh Sufia tiba di hadapan rumah Azran. Sufia melangkah ke hadapan gerbang pintu rumah itu dengan langkah yang ragu
"Assalamualaikum!!!."
Salam Sufia tidak disahut Sufia memanggil salam sekali lagi ada seorang budak kecil yang menyambut kedatangan Sufia
Sufia sangat mengenali budak kecil itu
Budak kecil itu seraya membuka gerbang pintu itu dan mendakap tubuh Sufia
"M... Mama.. Adyan rindu mama. Ibu Hannah dah tak ada.." Kata Adyan dengan nada pilu
"Mama pun rindu sangat-sangat dengan Adyan."
"Marilah masuk. Papa ada dekat ruang tamu.." Adyan menjemput Sufia masuk ke dalam rumah mereka.

Sufia pun memasuki ke dalam rumah itu. Suasana pilu menyelubungi dalam rumah itu. Sufia turut berdukacita atas pemergian arwah Hannah
"Assalamualaikum..."
Azran bangun dari duduknya apabila melihat Sufia datang ke rumahnya
"Saya nak ucapkan takziah kepada keluarga abang.." Kata Sufia dengan nada yang hormat dan lembut kepada Azran
Ibu mertua Azran yakni ibu kepada Allahyarhamah Hannah tiba diruang tamu
Sufia menyalami tangan ibu Hannah
"Terima kasih sebab sudi datang melawat kami."
"Saya minta maaf sebab tak dapat nak turut sama pengebumian jenazah Allahyarhamah Hannah.." Kata Sufia
Azran menarik tangan Sufia lalu membawa Sufia ke balkoni rumah itu kerana ia ada sesuatu yang hendak disampaikan

Mischievous GirlWhere stories live. Discover now