#LoveNotAboveBelongTidak mampu rasanya untuk menampung rasa rindu yang kian membara pada bayang-bayang semu yang kerap kali menghantui diriku tidak tentu masa setiap waktu.
Sejak kebelakangan ini, Sufia sering mengurungkan dirinya di dalam bilik tidurnya. Asyik murung kan diri. Segala yang hidup pun terasa mati
Abangnya Ashraf semakin bimbang terhadap kesihatan diri Sufia kerana Azran sendiri mengesahkan bahawa Sufia menghidap penyakit kemurungan yang semakin serius.
Antara simptom simptom yang utama menjelaskan bahawa Sufia menghidap penyakit kemurungan itu adalah, sejak kebelakangan ini Sufia kerap kali jatuh pengsan dan dia juga sering kali muntah muntah teruk serta ada kalanya Sufia mengalami demam panas mengejut dan suhu panas badan Sufia mendadak hingga dirinya diserang sawan. Penyakit yang dialami oleh Sufia itu perlu dirawat dengan segera jika tidak mungkin penyakit serius itu akan akan menjadi lebih bahaya dan membawa kepada kematian.Abangnya itu tidak tahu bagaimana hendak memujuk hati Sufia yang kini sedang lara agar dia tidak terlalu mengenangkan peristiwa duka itu
Pada malam ini, Ashraf memanggil Azran supaya memujuk Sufia mungkin dengan Azran Sufia mahu dengar kata
"Abang pun tak tahu macam mana lagi nak pujuk si Fia. Semakin ketara sangat abang nampak perubahan yang berlaku pada Fia adik abang tu. Tolong ya Azran? Abang minta tolong sangat supaya Azran pujuk Fia. Mungkin dengan adanya Azran Fia nak dengar kata." Pinta abang dengan memohon kepada Azran
"Insya Allah. Azran akan cuba untuk pujuk dia. "
Pergilah naik ke atas abang pun letih tengok Fia asyik menangis terus-terusan. Fia ada di dalam bilik tidur dia. Tak ke mana pun dia ada je disitu."Tanpa perlu ditunjukkan dimana arah bilik tidur Sufia, Azran menaiki anak tangga dan menuju ke arah bilik tidur Sufia
Memang benar, sesampai sahaja Azran dihadapan pintu kamar tidur Sufia, Azran melihat Sufia yang sedang duduk di atas katil sambil termenung jauh dari belakang Sufia seakan akan patung. Termenung panjang entah tersasar ke mana. Waktu begini Sufia diusik kenangan lalu hingga membuatkan Sufia menangis. Teringatkan derita yang memisahkan jarak antara mereka.
"Assalamualaikum. " Azran memanggil salam pada Sufia
Salam Azran tidak disahut Sufia. Sufia langsung tidak menyedari akan kehadiran Azran disitu. Lamunan Sufia terlalu jauh.
Azran menghampiri sisi Sufia lalu menepuk perlahan bahu kanan Sufia membuatkan Sufia tersentak dan lamunan Sufia terhapus begitu sahaja.
Sufia hairan melihat kehadiran Azran dibilik tidurnya. Entah sejak bilakah lelaki itu duduk di sebelah kanan nya segera Sufia mengesatkan air matanya.Azran ternampak Sufia sedang melukis gambar dirinya dan juga Adyan anaknya itu sangat cantik ternyata dalam diam Sufia mempunyai bakat melukis. Selain itu Azran ternampak juga Sufia memegang baju arwah abangnya sesekali Sufia mencium baju peninggalan arwah bau wangi arwah suaminya Pasha masih melekat pada baju itu Sufia tidak membenarkan sesiapa yang mengusik atau menyentuh baju petak-petak hijau itu. Azran sangat mengecam baju arwah abangnya yang dipegang Sufia. Baju petak-petak hijau itu sentiasa arwah abangnya pakai ketika ingin keluar bersiar-siar dengan keluarganya dulu. Teddy Bear yang Azran bagi pada Sufia pun dia pegang. Sufia memeluk teddy bear itu.
"Fia apa khabar? lama dah abang tak berbual dengan Fia..." Azran menanyakan khabar pada Sufia ingin mengajak Sufia berbual bual dengannya
Senyap! Sufia membisu. Mulutnya terkunci rapi sudah habis kata kata. Air mata Sufia yang berhenti mengalir bertakung semula tunggu saja masanya ia akan menjunam. Mata Sufia berkaca dan merah menahan daripada terus menangis bila melihat Azran datang ke rumahnya

YOU ARE READING
Mischievous Girl
RomanceCover By Myself •Mendaki tangga ke #10 ranking in (TWINS) & • #52 ranking in (PERCINTAAN) Love, it's hard to believe if somebody in felling better than enough above The lastest Times. Cinta yang berputik tidak mahu terhenti. Bintang yang tidak te...