#12 Seperti Yang Dulu

27 2 0
                                    

Tiada guna kau kembali, mengisi ruang hati ini semuanya telah berlalu bersama luka aku...
Semuanya telah berakhir, antara hatiku dan hatimu takkan ada cinta, seperti yang dulu...

Suasana semakin cemas dan tegang apabila Sufia makin bertindak agresif ingin membunuh dirinya. Seketika itu Azran menaiki anak tangga menuju ke atas rouftop kediaman itu dan mendapatkan Sufia namun langkahnya dihentikan kira-kira 5 jarak sentimeter dari Sufia.

Ya Allah, berilah ia satu peluang untuk miliki satu cahaya sinar yang diredhai dari-Mu

"Fia, Fia tak takut azab Allah jika seseorang itu takbur dengan larangan DIA?! Abang tak nak Fia berlumuran dengan dosa-dosa. Abang faham apa yang Fia lalui sekarang! Sebab abang pun pernah lalui apa yang Fia lalui sekarang. Abang pun pernah kehilangan orang-orang yang abang sayangi. Arwah ayah dan arwah Pasha tinggalkan kami berdua beranak. Masa tu hidup abang seolah-olah sudah kelam, kosong dah tak ada harapan langsung!. Mujurlah masa itu ibu abang beri dorongan dan sokongan moral kepada abang..." Lembut suara Azran menasihati Sufia

"Kau takkan faham. Kau masih beruntung masih merasakan kasih sayang daripada seorang ibu. Aku??! Mama, papa, suami aku! Semuanya tinggalkan aku! Aku sepi!..."

Sedang Sufia leka meluahkan perasaan hampa yang dipendamnya selama ini, Azran segera menarik tangan Sufia lalu dia seraya mendakap erat tubuh Sufia. Dengan cara itulah yang mampu meredakan tekanan Sufia. Kerana, Azran pernah lewati tempuh hari-hari mereka berdua bersama-sama.

Sufia berasa tenang dalam pelukan Azran. Abang Ash dan isterinya menghembuskan nafas lega dan memanjatkan rasa syukur begitu juga dengan Along yang memerhatikan dibawah kerana akhirnya Azran mampu meredakan keadaan ini.
Lalu, Sufia dibawa masuk ke dalam kamar tidurnya supaya dia dapat berehat dengan tenang

--SKIP--

Kini, Sufia terlantar di atas katil kamar tidurnya. Penyakit kemurungan Sufia kembali menguasai dirinya. Dia sering muntah-muntah teruk susulan daripada penyakit yang dialaminya sejak kebelakangan ini. Abang Ash sanggup bersengkang mata semata-mata kerana hendak menjaga adik perempuannya itu kerana Ash bimbang ia sering kali mengalami Nausea, muntah-muntah, cirt-birit dan Insomnia (kesukaran untuk tidur) apa yang paling bahaya adalah, Berpeluh, Pening kepala, Otot tegang dan mudah merasa pengsan.

Sedang Sufia lena ketiduran selepas diberi ubat ubat anti-kemurungan, Sufia tertidur tidak lama itu Ia terjaga lalu  bergegas ke dalam kamar mandi lalu Sufia muntah-muntah teruk ke dalam sinki bilik air itu
Abang Ash menggosok-gosok lembut tubuh belakang Sufia agar Sufia berasa sedikit lega dan mudah untuk memuntahkan Hingga badan Sufia tiada tenaga wajah Sufia pucat lesu Abang Ash bimbangnya semakin risau segera membawa Sufia ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kemurungan adalah reaksi normal kepada
tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas
dan kekhuatiran yang berturut-turut mungkin
disebabkan disorder kebimbangan. Gangguan
kerisauan boleh membuat hidup sengsara.
Kebanyakan kemurungan kebimbangan Sufia dapat
dirawat dengan kejayaan, biasanya melalui
bantuan campuran dari kaunseling dan
ubat-ubatan
Gangguan kemurungan sangat umum, dengan
satu dalam 10 orang mengalami sakitan ini pada
suatu masa dalam hidup mereka.

Sufia cukup tidak suka bila kena beruniform hospital berwarna biru pekat. Tiub pernafasan dipasangkan pada hidungnya serta sebelah tangannya diinfus air. Doktor yang memeriksa keadaan Sufia menyatakan bahawa Sufia kehilangan banyak air dan gula dalam badan akibat terlalu sering muntah-muntah. Itu menyebabkan badan Sufia semakin lemah dan tidak bertenaga.

Abang Ash bawa bekalan nasi goreng ayam sememangnya menjadi makanan kegemaran Sufia. Sungguh Sufia berselera makan nasi goreng itu diatas suapan dari abangnya itu
"Kuat makan juga ya adik manja abang sorang ni tapi tak gemuk gemuk juga.." Kata Ash berjenaka lalu menyuapkan nasi goreng ayam itu ke dalam mulut Sufia yang telah siap terlopong mulutnya bagaikan anak burung yang sedang tertunggu-tunggu ibu burung yang memberi anak-anaknya makan
Sufia tertawa dengan jenaka abangnya itu
Walaupun kini Sufia sedang sakit, dia tetap ceria
"Auuummm..." Bunyi begitu menandakan bahawa nasi goreng ayam itu terlalu sedap
"Nah, minum air Milo ni. Biar badan tu bertenaga sikit." Abang Ash menghulurkan minuman kotak Milo kepada Sufia
Sufia minum air Milo kotak itu dengan nikmat
"Abang cemburu ya adik kurus Hah?". Kata Sufia dengan sisa-sisa ketawa yang tidak terhabis
"Cemburu buat apa, hey badan abang bukan gemuk tapi sado! Hero Malaya yang gagah perkasa dan Badang Perkasa!." Kata Ash dengan riaknya
Sufia memegang otot abangnya yang berketul-ketul itu Milo kotak ais straw disedutnya perlahan-lahan.

Mischievous GirlWhere stories live. Discover now